Friday 7 March 2014

Hentam Sajela Labu ;p




Hehe ;p
ini baru betul kene dengan tajuk ;p
dah takde idea nak buat ape dengan baki labu yang beli itu hari
makanya haku telah masak sesuatu ikut kepala sukati haku je ;p
inila Puding Biskut Digestive Labu Cheese hentam sajelah ;p
bila haku rase ok2 je la
tapi bila adik n encik somi makan dorang ckp sedap
errrr hape?? biar betol dorang ni ;p
dah tinggal suku pun erk!
ok la jugak main hentam masak2 ni kan? ;p kihkihkih
so ku persembahkan masakan ikut sukati haku ni ;p





Okla kan not bad ;p


Kadang-kadang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".
 

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang
  bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,
   maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana 
 labu itu menguatkan hati yang duka".


KHASIAT BUAH LABU


 *credit to google




              1.Vitamin A.               
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.


2. Kulit Halus Berseri.  
Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.


3. Antioksida.    
Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.


4. Rabun Malam.   
Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.


5. Masalah Paru-Paru.   
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.   Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.




K alang2 kerajinan terus haku buat :

CARROT with PUMPKIN SEED JUICE :)





*KISAR :

- Biji Labu


- Gula


- Carrot


- Air Masak

* TAPIS & SEJUKKAN



senangkan? cubalah sedap minum sejuk2 :)

No comments: