Sunday 23 March 2014

SUSAH HATI




Ye, haku memang sejak kehilangan pesawat MH370 bersama penumpang2nya hati haku memang sangat susah hati,
bagi umat islam pastinya dapat menerima qadar dan qada' Allah S.W.T walaupun bersedih atas kehilangan orang yang disayangi tapi umat islam masih ada pertimbangan yang waras
tapi bagaimana kepada mereka yang bukan umat islam dan tak dapat menerima hakikat kehilangan orang yang disayangi?
orang2 macam ni seharusnya diberi kaunseling berterusan supaya dapat menerima kejadian yang tak disangka2 ini,tidak ada pihak yang mahukan kejadian ini berlaku,sudah takdir dan teruskan berdoa agar mereka ditemui masih selamat.
Janganlah menuduh yang bukan2 kerana pasti ada pihak yang akan menangguk di air yang keruh ketika semua pihak sedang berusaha tingkatkan usaha pencarian
hargailah dan beri sokongan pada pasukan SAR yang tak henti2 melaksanakan misi SAR ni siang malam
janganlah asyik mengetuk tong yang kosong
apakata anda pergi turut serta dalam pencarian baru tahu susah senangnya usaha SAR itu
kejadian seperti ini masih kekal misteri kerana segala usaha pencarian telah melibatkan segala peralatan canggih manusia tapi masih tidak ditemui
maka kembalilah pada PENCIPTA ALAM SEMESTA ini yang pasti MAHA MENGETAHUI dimana mereka.
kepada umat islam khususnya teruskan berdoa dan bersolat hajat InshaaAllah jika ALLAH S.W.T izinkan pasti kita akan berjumpa dengan mereka.
kepada yang bukan umat islam tu kawallah emosi anda kerana semua pihak tidak menjangka berlaku kejadian seperti ini dan bersabarlah dan berdoa cara anda agar mereka segera ditemui.
yang pasti haku turut sama merasakan keadaan yang sukar ini
selagi belum selesai pastinya haku turut sama menunggu berita dan berharap mereka selamat dimana2 cuma belum ditemui,jika mereka masih hidup haku doakan mereka diberi kekuatan dalam meneruskan kehidupan,jika sebaliknya semoga ALLAH S.W.T tempatkan mereka yang beriman di kalangan orang2 yang soleh.. Amin..


Semoga ALLAH S.W.T membantu usaha pencarian pesawat MAS MH370.
Amin.




SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.

No comments: