Saturday 8 March 2014

PESAWAT MAS BOEING MH370 'HILANG?'





Rasa terkejut juga dengar berita pesawat MAS MH307 hilang setakat ni belum dapat dipastikan dimana ia berada..


 Semoga sama2 kita berdoa semua berada dalam keadaan selamat walau dimana mereka berada dan inshaaAllah akan dijumpai sikit masa lagi.


Bila dengar berita camni terus haku macam gementar sikit
yelah sebab setiap kali kalau haku naik flight mesti akan ade 1 perasaan yang tak dapat dipastikan melainkan perasaan nak cepat2 sampai dan mendarat dengan selamat ke destinasi yang dituju.


yang agak cuak tu bila semasa penerbangan terdengar bunyik mikrofon dari pilot yang cakap cuaca tidak berapa baik,diminta semua duduk ditempat duduk masing2..masa tu memang dup dap dup dap la jantung kan doa byk2 semua ok2 je...:)


ada sekali tu pulak bila flight masuk dalam awan haku nampak putih je kat luar tingkap tu n flight berlanggar dengan awan,bergegar la sket kan flight time tu n skrin route perjalanan pun gelap je aduh memang cuak kot just mengucap byk2 je time tu n doa semoga semuanya selamat.


ade sekali tu haku n cik farah masing2 diam je zikir byk2...
apepun kita selalu je berdoa dan baca doa menaiki kenderaan walau dimana kita berada kan

InshaaAllah haku harap semua berada dalam keadaan selamat pergi dan balik Amin...semoga penumpang2 pesawat MAS MH307 pun selamat Amin.

 Semoga ALLAH S.W.T membantu usaha pencarian pesawat MAS MH370.
Amin.

 SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.

No comments: