Tuesday 18 March 2014

SURAH AL HADIID ( BESI )





Tetibe selepas solat haku terase nak mencari 1 surah yang hati haku nak bace
selak2 surah dalam Al Quran tetibe haku terhenti kat Surah Al Hadiid ni
surah ni adalah surah ke 57 & mempunyai 29 Ayat didalamnya
terase macam menjawab dengan ape yang berlaku sekarang ni

meh kita hayati sekejap tafsir Surah Al Hadiid ni :


BISMILLAHIRROHMANIRROHIM


1. Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada ALLAH S.W.T ( menyatakan kebesaran ALLAH S.W.T ). Dan DIA lah YANG MAHA KUASA atas segala sesuatu.


2. Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi. DIA menghidupkan dan mematikan,dan DIA MAHA KUASA atas segala sesuatu.


3. DIAlah YANG AWAL dan YANG AKHIR YANG ZAHIR dan YANG BATIN, dan DIA MAHA MENGETAHUI segala sesuatu.


4. DIAlah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,kemudian DIA bersemanyam di atas Arsy, DIA mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan DIA bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan ALLAH MAHA MELIHAT apa yang kamu kerjakan.


5. KepunyaanNyalah kerajaan langit dan bumi. Dan kepada ALLAH lah dikembalikan segala urusan.


dan seterusnya..



So dekat sini kita dah nampakkan?
Segalanya kita berserah kepada ALLAH S.W.T di samping usaha2 berterusan pihak2 SAR.
Semoga penumpang2 pesawat MH370 dijumpai sedikit masa lagi
Amin... 




Semoga ALLAH S.W.T membantu usaha pencarian pesawat MAS MH370.
Amin.




SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.

No comments: