Thursday, 14 June 2018

❤29 RAMADHAN 1439H❤



Jap je dah nak habis ramadhan kan korang?
Aku sekarang dah pun berada di rumah mertua aku di Terengganu baru sampai tadi lewat malamlah jugak so pas borak dengan teman encik suami makan terus berehat je loteh kot travel ke pantai timur ni ha ha

Tahun ni memang turn raya di kampung encik suami maklumla setahun sekali je dapat balik syahdunyelah tapi nak buat camne kan disebabkan kekangan kerja pastu jauh pulak tu kalau ikut hati nak je balik hari2 tapi tu lah sape suruh kawen dengan orang jauh2? haha lenkali ingat korang2 yang belum kawen tu kalau nak balik kampung hari2 sila kawen dengan orang senegeri jugak sonang nak lari balik rumah parents hehe😃

So mak mertua aku dah tempah satay dengan ketupat untuk pagi raya pastu serunding daging adik ipar aku Safarah nak buat aku pulak bawak balik kek dengan maybe gi cari lemang esok sebab aku suka makan lemang kalau balik pantai timur ni hehe 

Lagi satu aku memang suka balik terengganu ni sebab nak gi pantai yang berlambak2 kat sini 😄 aku pun suka dengan makanan2 yang jarang2 jumpa kat tempat lain so kalau berlamaan kat terengganu pun ok je bagi aku ha ha ha motip sangat 👊😄

Kuih raya pun aku buat serba sikit sebab nak bawak balik kampung aku dengan kampung encik suami tapi bukan nak makan sangat kuih2 raya ni kan....



Ni first biskut raya yang aku buat ha ha 😄
Namanya Biskut Sapi Susu
Aku lah yang letak nama tu sebab yelah dah guna minyak sapi dengan susu tepung kan 😄
So nak membulat2 biskut ni bertabahlah wey ha ha jenuh nak siapkan pheww 😄
Tapi alhamdulillah sedap la kat tekak aku hehe pastu aku suruh mak & adik mertua aku rasa pastu tanya sedap tak? ofkosla kate sedap hihihi 😄









Pastu lak aku teruskan misi buat Biskut Semperit 






Seterusnya dah rajin terus buat Biskut Cornflakes






Seterusnya lagi Biskut Sesedap Rasa 😄











Monday, 11 June 2018

CERITA SEHARIAN DI BULAN RAMADHANKU



Hi korang 🙋‍♀️
Dah busy buat persiapan raye ke tu? 😃
Aku sekarang tengah busy buat kuih raya hehe
tapi baru 3 jenis 🤣
Aku buat biskut suji tu pastu semperit dengan biskut koko cornflakes je baru tapi biskut koko tu esok baru buat sebab aku balik rumah pun dah lewat malam gara2 gi supper laksa 😄 
Aku gi makan laksa dekat kawasan yang ada food truck je coz banyak pilihan makanan situ dengan tempatnye pun santai2 je la tapi best je bagi aku 😍


Ni encik suami teman je aku makan laksa tapi beliau orderla jugak nescafe ais bekas besar tu nak bagi kurang rasa mengantuk katenye pastu terus aku tepuk dahi bila beliau cakap harganya 🤣
RM6 kawwwww
*pitamlaa...
so aku tak order punla just share sudah walaupun aku tak berapa sangat nescafe2 ni 😉


Time ni encik suami tengah ronda2 tengok makanan2 yang ada situ yang aku plak memang dah set nak makan laksa so duduk je la kat meja tunggu order sambil buat keje takde pekdah ni muahaha 😄😄😄


Ni pulak putu mayam harga RM2 5 keping aku beli kat bazar ramadhan sebelum ke Mydin Mall tu yang tak menahan tu dalam banyak2 makanan kat bazar tu aku cuma beli putu mayam ni je ha ha 😄
Nampaknya aku betul2 berjaya mengawal nafsu makan bulan ramadhan tahun ni 😃 Alhamdulillah 
Sebab aku hanya pilih makanan yang aku betul2 rasa nak makan pastu mesti ikut sukatan yang perut perlukan je bukan melebih2 gituuuu 😄


Sebelum ke Mydin Mall dengan bazar ramadhan tu aku melayan 🐺🐺🐺 kucing2 sape ntah tetibe rajin datang bertandang kat rumah aku ni 😃 bagi dorang makan dulu kalau tak rasa bersalah pulak biar dorang berlapar lame2 😊


Tup tup tengah melayan 3 ekor tadi toinggg muncul pulak sekor lagi tapi yang ni hanya perhati je 3 ekor tadi makan so takdela aku tambah bekas sebab aku memang sediakan bekas2 untuk kucing2 ni makan sekor sepinggan 😊


Ni pulak aku supper dengan encik suami malam semalam tu
Time ni memang aku cari laksa tapi takde pulak kat kedai ni so aku order kueyteow bandung je pastu encik suami order kueyteow goreng dengan keropok hmm orang pantai timur memang sukala makan apepun dengan keropok kan 😊


Aku sebenarnya order teh tarik panas tapi dapat teh ais hmm walaupun aku tak kisah pun tapi balik tu menahan jugakla masuk angin adeh 🤣 aku memang jarangla nak minum yang berais2 ni sebab aku lagi suka minuman panas


Tiap2 hari mesti kena fikir masak ape 🤦‍♀️ sampai tak tahula nak masak ape hari2 😄 so untuk mudahkan aku masak aku beli je perencah2 adabi ni haaa sonang den masak hahaha 🤣
Selesai masalah kehidupan seharian aku 😄


Ni pun aku guna perencah ikan bakar adabi untuk sahur kami cepat & senang dimasak 😃

Oklah korang 
banyak gambar aku tempek sini 
Nak menaip ni aku ikut rajin jugak
Maklumla busy je aku ni dengan kehidupan seharian haha
So kalau nak menaip tu memang tengah2 malam je la ataupun tengah2 pagi buta ha ha ha
Barula ada feel nak bercerita dengan santai2 😉

Oklah tido dulu jap lagi bangun nak masak sahur pulak
Bahan2 memang aku dah siap2 kan so bangun terus campak je dalam kuali muahahaha 😉
daaaaaaa 🙋‍♀️🙋‍♀️🙋‍♀️

Saturday, 9 June 2018

IFTAR MURTABAK & AIR MANGGA BAZAR RAMADHAN



Hari ni nak tak nak aku kena gi Mydin beli barang2 dapur
Top up barang2 masak yang licin terus ha ha 😄
Ramadhan tahun ni aku rajin sikit masak so hanya 5 kali je aku gi bazar ramadhan termasuk hari ni 😄
Dalam masa sama aku beli bahan2 nak buat kuih raya
Macam rajin je kan? 😄
Yelah mestila sekian lama tak buat kuih raya so tahun ni nakla cuba asah bakat buat kuih raya ha ha harap2 sedapla kan dahla tahun ni turn aku balik raya rumah mertua so aku ingat nak bawak sikit kuih raya bagi ke family sebelah ganu sinun 😃

So bertolak gi bazar pun dah jam 6 ptg lebih so lepas pusing2 tu aku beli murtabak daging dengan air mangga , harga dua2 RM3 yang murtabak tu sedapla tapi air mangga tu banyak sangat ais sampai tak rasa kemanggaannya 🤣 tapi bukanla berbuka kat bazar tu just tapau pastu terus gi Mydin beli bahan2 kering dulu serba sikit pastu dekat jam nak berbuka tu terus cari port nak duduk , dekat meja makan semua full house aiseh tapi takpe kami just beli air mangga dengan murtabak je so jalan2 nampak ada 2 kerusi kosong bawah khemah jualan tepi kami ada 2 orang lain jugak tengah tunggu azan so kami duduk tepi dorang je lepas tanye ade orang ke dah reserve kerusi tu so takde orang kami duduk je plus ade meja senangla nak berbuka jap lagi 😉

Lepas berbuka terus kami ke surau solat maghrib dulu pastu barula teruskan misi mencari barang2 dapur dan bahan2 kuih raya tapi yang ralat tu tepung jagung dengan tepung kastard licin stock weh 🤦‍♀️ acaner ni? dahla 2 tepung tu mainkan peranan penting dalam pembuatan kuih raya huhu so encik suami cakap beli dekat kedai runcit je balik jap g so oklah sikit tapi lagi kedai runcit pun takde stock 2 tepung tu adeh camno ni? 

Encik suami hantar aku balik dulu so aku kemas2 barang2 dapur encik suami gi kedai runcit lain pulak alhamdulillah ade hehe lega aku 😄

So lepas balik dari Mydin tu encik suami ajak makan malam kat restoran so jomlah walaupun aku blur nak makan ape ha ha last2 aku order nasi daging merah dengan teh tarik tapi yang sampainya teh ais 🤦‍♀️aku ade silap order ke tadi tapi ape2 je lah tak kisah pun sebab aku sebenarnya lagi suka minum air panas dari yang berais2 ni...
Encik suami pulak order nasi putih , ikan kembung goreng dengan telur dadar so pas makan tu terus balik rumah 




Sekian dulu loteh mengemas kat dapur tadi 😉 dah nak bangun masak sahur pulak kang ni tengah pikir nak masak ape 🤦‍♀️

Friday, 8 June 2018

❤ IFTAR DI SECRET RECIPE - 23 RAMADHAN 1439H❤



Al kisah hari ni aku berbuka puasa kat secret recipe sebab dah terbayang2 kek sejak semalam 😄 jadinya aku takde klu nak makan ape selain kek so jom terjah secret recipe pada jam 6 petang lebih ha ha time ni aku pasrah je kalau meja dah full reserved 😄 aku tak kisah pun ade rezeki adela meja kosong untuk kami 😃 rezeki kan dah ditentukan? gitu pasrahnya aku dengan penuh redha 🤣


So sampai2 je memang ade je beberapa tempat yang masih kosong alhamdulillah kan aku kate kalau ada rezeki kita memang meja tu dah tersedia pun untuk kami reserve 😄
so aku pilih kek New York Cheese RM9.25 manakala encik suami order Hazelnut Cream Cake RM7.74 dengan Nasi Tomato bersama Iced Plum Lime RM19.62
Nasi ni memang set dengan air sempena ramadhan dan ayam dia memang sedap sangat ha ha rugi order 1 set je tapi takpelah sebab aku memang nak makan kek je 😄
Puasa tahun ni nampaknya aku berjaya mengawal pemakanan aku wow sangat 😆


New York Cheese Cake dengan Hazelnut Cream Cake bagi aku sedaplah kat tekak aku 😘


Nasi Tomato yang ayam goreng dia sedap sangat 😄 macam nak je lagi takpe lenkali he he...


Lepas order aku ajak encik suami ke Jaya Grocer jap sebab ade mase lagi sebelum berbuka so pusing2 dalam jaya grocer tu terbeli la potongan buah RM2 , Megi Asam Laksa RM4.90 , Kobis Cina RM3.21 dengan Coconut Water 500ml RM4.53


Pas settle berbuka puasa terus rushing gi teraweh


Pas teraweh ada moreh bubur kacang tapi sebab aku tak berapa sangat dengan bubur kacang ni plus encik suami masih kenyang maklumla dah bedal nasik tadi muahaha so mohle balik rumah 😄


Ni semalam punye cerita ha ha pas teraweh supper kueyteow sup manakala encik suami kueyteow goreng 😃


Ni pulak memang keje binik yang kebosanan menunggu ape2pun layan.....🤣


Wednesday, 6 June 2018

❤👫SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 8 TAHUN👫❤



Alhamdulillah ramadan ke 21 tahun ni genap 8 tahun usia perkahwinan aku dengan encik suami
Tarikh perkahwinan aku pada 6/6/2010 , tarikh merisik seterusnya bertunang & akad nikah pada 5/6/2010 ( merisik & bertunang pagi pastu akad nikah lepas asar )
Maklumlah aku kawen dengan orang Terengganu so nak memudahkan pihak lelaki dari datang banyak kali tu yang sekaliguskan saje 😄

Ni pun aku masih lagi terfikir2 nak buat ape sempena hari ulang tahun perkahwinan maklumla memang perempuan je selalu ambil berat tarikh2 penting ni kan muahaha 😄 takpelah aku tak kisah pun janji aku puas hati dengan apa yang aku rancangkan nanti 😍 tengah taip ni pun memang ada la beberapa pilihan yang aku nak buat tapi tu lah sebab dalam bulan puasa kena adjust sikitlah nanti.

Oklah bab sambutan ulang tahun kita letak tepi dulu sebab aku nak cerita perjalanan hidup aku dengan encik suami yang dah masuk ke 8 tahun ni 😊

Usia 8 tahun kalau dikira tempoh yang dah matang dalam suatu perkahwinan tapi percayalah walaupun dah 8 tahun aku masih belum kenal betul2 dengan encik suami punya peel ha ha ha 😄 sebab beliau seorang yang baik & bertanggungjawab so aku tak kisah pun dengan peel beliau yang kerap buat my blood going upstairs hari2 ha ha ha 😄 ( bini mithali hanya mampu istighfar je lah 😄 )

Yup aku akui aku seorang yang cukup teliti dalam segala hal time aku rajinla ha ha kadang2 benda kecik pun boleh jadi perang dunia ke ntah berapa kali boleh terjadi antara kami ha ha ha 😄 segala manis , pahit , masam , kelat semua dah & sedang kami lalui tapi bila dah semakin matang sesuatu usia perkahwinan tu aku jadi macam whatever la encik suami sambil mata ke atas gituuu 🤣

Kadang2 bila sampai 1 tahap bergaduh tu dengan tengok muka tak bersalah encik suami tu tiba2 aku boleh je nak tergelak2 tapi marah tetap marah aku pun tak reti nak cerita macam mana maklumla perempuan ni kalau tengah moody ape yang dia cakap pun dia tak faham ha ha ha 😄

Lagila aku orang utara kalau aku cakap memang cepat tapi yang buat aku kadang2 tak tahu nak marah ke nak buat ape encik suami rupenye tak faham ape yang aku cube sampaikan hahahahaha 🤣 penat je aku membebel rupenye 1 pun encik suami tak faham? ko rase??? patutla muka macam tengah fikir sampai ke london huwaaaaa 🤣🤣🤣

Tapi takpelah sebagai isteri mithali aku pasrah 😆

Ok bercerita tentang anak pulak memang kami belum dikurniakan anugerah terhebat yang satu tu tapi aku dengan encik suami pasti Allah S.W.T akan kurniakan jugak suatu hari nanti walaupun family aku dengan family encik suami pasti bertanyakan hal tersebut masa aku balik kampung bulan lepas tu mak aku pun ada bertanyakan aku tak nak ambil anak angkat ke? Aku memang suka kanak2 tapi itulah rezeki yang satu tu belum datang so kami hepi2 je hidup berdua dulu semoga Allah S.W.T akan makbulkan doa kami & keluarga2 kami amin...😍

So sekarang kami hanya menumpang kasih anak2 saudara saja dulu 😍

Bagi korang yang masih di awal perkahwinan memang akan kerap bergaduh macam aku dulu sebab masa tu kita tengah berada di fasa mengenal perangai pasangan masing2 memang akan banyak bertentangan sikap lepas hidup bersama tapi tips yang dapat aku kongsikan sedikit sebanyak bawak2la bersabar & istighfar selalu pastu kalau solat tu solatla bersama2 insyaAllah jodoh kita semua akan berkekalan & dirahmatiNya amin...

Ape korang ingat kawen ni senang ke? 🤦‍♀️sebelum kawen memangla semua sweet2 je lepas kawen segala rencah kehidupan korang akan lalui samada korang bertahan melaluinya @ kecundang di pertengahan fasa...jadi fikirlah habis2 sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan serasi kita tu...aku doakan korang berbahagia hingga ke syurga begitu jugak aku 😍

Wow tengok dah panjang aku menaip maklumla tempoh 8 tahun usia perkahwinan tu bukan macam setahun dua tu yang berjela aku membebel sini hahaha 😄

Oklah aku stop dulu sebab jam dah 1.16 pagi ni jap lagi nak bangun sahur so selamat bersahur & berpuasa ye korang 🙋‍♀️daaaaa....