Saturday, 24 October 2020

PART 1 :- TRIP BIRTHDAY ISTERI2 TXCJ @ CAMERON HIGHLANDS

 


Alhamdulillah 

 


Syukur pada ALLAH S.W.T melancarkan perjalanan kami ke Cameron Highlands pada 16 Oktober hinggalah 18 Oktober 2020 sempena sambutan hari lahir aku dengan 2 orang lagi rakan Qilah & Eka lahir bulan yang sama cuma berbeza hari dan tahun sahaja hehe

Percutian ke Cameron Highlands kami dah rancang selama 3 bulan lagi dari bulan 7 dengan deposit RM200 pun dah bank in kat tuan punya homestay di Tanah Rata sehinggalah bermacam2 perkara tak di duga telah terjadi bila semakin hampir dengan tarikh nak pergi bercuti heeee 😃

Semakin hampir tarikh percutian kes covid 19 semakin meningkat di Malaysia memang merisaukan aku dengan rakan2 aku mana taknya salah seorang dari kami akan bawak 2 anak kecil lagi memang kejap nak pergi kejap nak cancel hehe jadinya setiap hari kami pantau kes2 di tempat2 sekitar kawasan kami tapi kes masa tu hanyalah kes tembok jauh dari tempat kami kemudian lagi seminggu tuan punya homestay kat Tanah Rata Cameron pulak nak buat pembersihan sekitar kawasan homestay pulak aduhhh mulalah aku dengan rakan aku sorang lagi nak cancel kan je sambut birthday kat Cameron tukar sambut dekat restoran arab je lah hehe tapi rakan aku sorang lagi tak setuju sebab dia belum pernah pergi lagi Cameron tu hehe terus cepat2 cari homestay lain di Tanah Rata , Alhamdulillah ada apalagi terus kami buat keputusan teruskan saja tapi mesti ikut segala s.o.p yang ditetapkan KKM tapi bila kami yang jaga s.o.p orang lain ada yang tak jaga s.o.p camne tu? hmmm 🙉

Bermula dari tarikh kami rancang nak ke Cameron aku tiap hari berdoa semoga percutian kami dipermudahkan & berjalan lancar yelah sambut hari lahir kan hehe walaupun ada juga perasaan risau dengan jem , sesak @ cuaca hujan tapi Alhamdulillah segala kerisauan sebelum ni hilang & Allah S.W.T telah permudahkan percutian hari lahir kami dengan jalan lengang , takde ramai orang pun dengan cuaca sangat baik masa kami keluar berjalan2 , Syukur....

Pagi2 aku dah bangun awal siapkan bekalan nasi lemak daun pisang ayam berempah untuk 6 orang dalam kata lain aku sebenarnya tak tido pun lebih pada tido2 ayam hehe sebab lepas subuh kami akan bertolak dari rumah untuk mengelak jem awalnya hehe tapi serius tak jem langsung jalan lengang je Alhamdulillah sangat cuaca pun bagus jadi kami berkumpul di stesyen petronas isi minyak check sana sini dengan lafaz doa kami pun mulakan perjalanan seronok betul pagi tu masing2 teruja lagi2 rakan2 aku yang belum pernah naik Cameron 😃

 



 


Sampai di jambatan yang nampak pemandangan gunung ganang kami pun berhenti untuk bergambar lepas tu mana2 tempat yang kami rasa nak bergambar terus berhenti je maklumla trip kami ni lebih pada trip santai & rileks2 je hehe

 


 

























Kemudian kami singgah makan bekalan di Medan Selera di Brinchang cuaca bertukar sejuk seronok betul hirup kopi O panas2 sambil layan makan nasik lemak hehe






 

Sampai je di homestay kami di Cameron Jaya Tanah Rata tu B8 tingkat 6 umah no 1 rehat2 jap pastu aku dengan rakan aku Qilah dan suaminya Hafiz gi amek kek yang dah aku tempah sempena birthday kami kat kawasan tu jugak namanya Manisz Delight dekat blok C3 dekat je dengan homestay kami hehe kebetulan pulakkan aku tempah kek Coklat Moist memang sedap 1Kg RM90 sebelum tu kena deposit RM45 pastu malam sambut birthday makan2 sket kat umah je hehe kemudian bersiap gi pasar malam golden hills 



 Sampai dah dalam homestay masa ni seronok dak iqin ni dengan suhu sejuk memang kerap tido je dia hehe

 




 









Kisah Pasar Malam Golden Hills aku sambung di Part 2 pulak sebab banyaknya gambar dengan banyak nak cerita hehe

Perumahan Cameron Jaya memang sejuk betul walaupun dalam rumah siang malam takde langsung kipas atau aircond mandi kena pakai heater dalam bilik air lantai pun sejuk jadinya aku dengan rakan2 aku beli selipar strawberry je pakai hehehe kedai2 souvenir dengan makan banyak je dalam kawasan ni best betul hehe



 



Friday, 23 October 2020

SANTAI PETANG @ THE COFFEE BEAN & TEA LEAF

 


Bila suami cuti lampu nak keluar jalan2 pun bermula hehe 😃 dapat isteri yang tak demand lebih ni setakat jalan2 dalam shopping mall pun dah seronok dah 😄 dapat cuci mata tengok baju , kasut , beg je pun dah seronok hihi tapi agenda membeli tetap ada bila tiba masanya 🤣🤣🤣 dalam erti kata lain survey2 je dulu pilihan hati heeee



Berkenan pulak dengan baju berenang muslimah ni hehe sebab aku takde lagi baju berenang tapi berenang pun tak reti caner tu🤣

Dah cuci2 mata masuk Cafe Coffee Bean jap minum2 makan kek sebelum balik sebab nak tengok cerita kat tv 😄 hari ni aku order Salted Caramel Cake RM12.21 ( sedap ) , Vanilla Latte Regular RM14.33 ( sedap ) , Midnight M Choc RM13.01 pastu ada gov tax 6% RM2.37


Encik suami amek order 😍


Tunggu menu siap & dipanggil 😍☕🍵🍰







Sebelum gi cafe ni aku ada singgah kedai arab ni jual makanan menu2 negara dorang jadi sebab dah nampak & nak rasa aku beli 4 perasa ni hehe rasa? oklah rasa kacang2 gitu bolehla layan makan 😄



Malam aku gi pasar malam 😄 malas nak masak belilah makanan untuk makan malam sekali sarapan pagi esok hehe senang keje aku 😘


 

 

Saturday, 10 October 2020

MAKAN MALAM BAKSO BERANAK

 

Aku update gambar dulu ye 😃 nanti aku cerita hehe



















 

Thursday, 8 October 2020

RESTORAN AL MEDINA YEMANIAN & MEDITERRANEAN CUISINE

 


Malam ni aku tanya encik suami nak makan malam kat mane sebab aku tak masak bahan2 masak dah kehabisan jadinya jomla makan kat luar dulu 😃 pastu encik suami tanya nak makan kat mane? kat kedai A? B? C? aku macam kenapa kedai makan yang same je tak mau2 hahaha pastu aku kata jomla makan nasik arab nak? 😄 encik suami pun jomlah kita gi 1 restoran arab ni baru bukak pastu aku macam ada eh? haa itu yang aku nak dengar tu cuba kedai2 makan lain pulak kan 😄 jadinya ok jom la dah lapar dah ni hehe


Ok dah sampai pun 😍 eksklusif je nampak restoran arab ni dah macam ala2 restoran hotel ade je beberapa orang makan situ tapi tak ramai mungkin dah malam sangat kami datang 😃


Ok jom tengok menu dulu banyak je menu2 arab kat sini rambang pulak mata tengok hahaha yang mana 1 ni nak makan tolongggggg 😄 aku memang camtu bila dah banyak pilihan jadi tak reti pulak nak pilih hahaha encik suami pun tengah tengok2 banyak pulak hai nak pilih pun tak tahu dah nak yang mana hahahaha

Dessert pun ado tapi aku tak pilih nantilah datang semula sebab malam mestilah nak makan nasik kan 😃 dah banyak sangat menu nanti semua aku nak cuba haha maksudnya kena datang lagi la nanti 😄

 


Sementara tunggu menu2 sampai apelagi nak buat kan? 😃 cantik , santai , sejuk je duduk dalam restoran arab ni best aku suka suasana2 macam ni takdela nak bau asap rokok ke kalau makan kat tempat2 terbuka kan panas je hati aku kalau terbau asap rokok masa tengah makan terus terbantut selera 😄


Dah sampai dah menu pilihan kami 😘 kami order Set Family untuk 2 orang senang lagipun banyak je nasiknya aku dahla tak makan banyak sangat maklumla dah remaja purba ni aku jadi makan sekadarnya je saje tak macam zaman2 kegemilangan dulu ewah 😄 sekarang aku jadi lebih memilih pulak hehe

 

Cantik restoran arab AL MEDINA ni dengan dekorasinya lampu2nya memang macam makan dalam hotel 😍👍pasni kita datang lagi ye bang hihihihi nanti keluarga aku datang bila2 kat rumah aku nak ajak dorang makan malam sini ade set family sampai 8 orang jugak ada surau lelaki perempuan ada toilet bersih encik suami bagitahu sebab selepas makan aku minta encik suami tengok ade tak 2 kemudahan ni supaya senang nanti ajak keluarga aku datang makan sini



             Fried Squid RM14 SEDAP 😘👍 

Mulanya aku order set family nasik tapi saje lah tambah 1 menu ni lagi 😃 

 


2 Pax Mansaf RM39

Nasik dia ada 2 jenis 

lauk ada 2 jenis ayam dengan daging

Air Lemon Tea

Sambal2 dia

SEDAP 😘👍

 


Santai2 je aku dengan encik suami makan sampai takde orang suasana semakin sejuk dengan aircond dia macam kami je kat situ ewah makan sampai restoran nak tutuplah hahaha tu pun staff situ datang kat kami bagitahu ada beberapa minit lagi dorang akan tutup hahaha aku ingat tutup jam 12 tengah malam ke rupenye 10.30 malam dorang tutup ade lagi 10 minit heeeee 😄 cepat2 habiskan makan haha

Sekian taipan aku hari ni jom sambung wat keje heeeee 😄 Wassalam....💓


Monday, 5 October 2020

APAM NASI WARNA WARNI

 


Aku buat apam nasik ni start jam 1 pagi dah 😃 sebab tunggu bancuhan perap 3 jam jadi pikirla jam berapa pulak nak tido kan 🦉


Bancuhan dia senang je

2 cawan nasik

2 cawan air

1 peket yis

( kisar )

pastu kisar lagi dengan bahan bawah ni

2 cawan tepung gandum

2 cawan beras

garam

gula


Tadi aku makan malam kat luar sebab tak tahu nak masak ape makan malam hihi lagipun makanan kucing dah habis jomla keluar gi beli sian asyik bising je marah kitorang 🤣






Aku order Kueyteow Bandung

Encik suami order Nasi Goreng USA

Alhamdulillah sedap & kenyang je

Balik baru singgah kedai runcit beli makanan kucing dengan bahan2 menu apam nasik

Sampai depan pagar dah siap tunggu meow2 tu haha kadang aku rasa meow tu tak sedar dorang tu binatang 🤣 sebab cara dorang tu macam orang je kalau aku dengan encik suami balik lambat sket dia punya bunyik tu macam dok potpetpotpet kat kami hahaha pastu cara tenung pun mcm marah eeeee 🤣


Senang je bahan2 buat apam nasik ni asal ada lebiham nasik 😃

Kueyteow Bandung