Thursday 8 October 2020

RESTORAN AL MEDINA YEMANIAN & MEDITERRANEAN CUISINE

 


Malam ni aku tanya encik suami nak makan malam kat mane sebab aku tak masak bahan2 masak dah kehabisan jadinya jomla makan kat luar dulu 😃 pastu encik suami tanya nak makan kat mane? kat kedai A? B? C? aku macam kenapa kedai makan yang same je tak mau2 hahaha pastu aku kata jomla makan nasik arab nak? 😄 encik suami pun jomlah kita gi 1 restoran arab ni baru bukak pastu aku macam ada eh? haa itu yang aku nak dengar tu cuba kedai2 makan lain pulak kan 😄 jadinya ok jom la dah lapar dah ni hehe


Ok dah sampai pun 😍 eksklusif je nampak restoran arab ni dah macam ala2 restoran hotel ade je beberapa orang makan situ tapi tak ramai mungkin dah malam sangat kami datang 😃


Ok jom tengok menu dulu banyak je menu2 arab kat sini rambang pulak mata tengok hahaha yang mana 1 ni nak makan tolongggggg 😄 aku memang camtu bila dah banyak pilihan jadi tak reti pulak nak pilih hahaha encik suami pun tengah tengok2 banyak pulak hai nak pilih pun tak tahu dah nak yang mana hahahaha

Dessert pun ado tapi aku tak pilih nantilah datang semula sebab malam mestilah nak makan nasik kan 😃 dah banyak sangat menu nanti semua aku nak cuba haha maksudnya kena datang lagi la nanti 😄

 


Sementara tunggu menu2 sampai apelagi nak buat kan? 😃 cantik , santai , sejuk je duduk dalam restoran arab ni best aku suka suasana2 macam ni takdela nak bau asap rokok ke kalau makan kat tempat2 terbuka kan panas je hati aku kalau terbau asap rokok masa tengah makan terus terbantut selera 😄


Dah sampai dah menu pilihan kami 😘 kami order Set Family untuk 2 orang senang lagipun banyak je nasiknya aku dahla tak makan banyak sangat maklumla dah remaja purba ni aku jadi makan sekadarnya je saje tak macam zaman2 kegemilangan dulu ewah 😄 sekarang aku jadi lebih memilih pulak hehe

 

Cantik restoran arab AL MEDINA ni dengan dekorasinya lampu2nya memang macam makan dalam hotel 😍👍pasni kita datang lagi ye bang hihihihi nanti keluarga aku datang bila2 kat rumah aku nak ajak dorang makan malam sini ade set family sampai 8 orang jugak ada surau lelaki perempuan ada toilet bersih encik suami bagitahu sebab selepas makan aku minta encik suami tengok ade tak 2 kemudahan ni supaya senang nanti ajak keluarga aku datang makan sini



             Fried Squid RM14 SEDAP 😘👍 

Mulanya aku order set family nasik tapi saje lah tambah 1 menu ni lagi 😃 

 


2 Pax Mansaf RM39

Nasik dia ada 2 jenis 

lauk ada 2 jenis ayam dengan daging

Air Lemon Tea

Sambal2 dia

SEDAP 😘👍

 


Santai2 je aku dengan encik suami makan sampai takde orang suasana semakin sejuk dengan aircond dia macam kami je kat situ ewah makan sampai restoran nak tutuplah hahaha tu pun staff situ datang kat kami bagitahu ada beberapa minit lagi dorang akan tutup hahaha aku ingat tutup jam 12 tengah malam ke rupenye 10.30 malam dorang tutup ade lagi 10 minit heeeee 😄 cepat2 habiskan makan haha

Sekian taipan aku hari ni jom sambung wat keje heeeee 😄 Wassalam....💓


No comments: