Wednesday, 6 April 2022

AL KISAH RAMADHAN 1443H D3

 

 Eh tiba2 dah hari ke 3 berbuka puasa kan, korang berbuka apa hari ni? aku hari ni keluar jap ada urusan kehidupan gitu padahal gi jalan2 jap cuci2 mata tengok barang2 jualan hari raya ke barang2 makan ke macam tadi aku beli kuih peneram , acar limau yang memang bulan puasa jadi semacam menu wajib untuk sahur untuk ayah aku sebab beliau sebut hari tu , aku ni kalau ada orang sebut je terus pap melekat di otak tak beli nanti teringat2 tak beli baik beli je untuk aku sekali jugakla walaupun aku jarang layan tapi kalau ada aku on je makan hehe pastu encik suami beli kacang2 campur tu ada badam , gajus , kismis dengan apa benda ntah aku tak tau nama tapi kalau masuk semua dalam nasik jadi warna warni lah sedap buat nasik minyak aku rasa pastu aku cari madu tualang sebab nak campur dengan air nanti minum hari2 ganti gula sajelah suka2 ewah dah jalan2 tu balikla rumah nampak pulak orang jual ayam golek pusing balik gi beli sebelum tu aku dah beli kuih tepung bungkus , pulut panggang dengan apam gula melaka cukuplah menu berbuka hari ni sebab menu semalam ada lebih lagi jadi tambah sikit2 je lah heee

Aku taip ni pun jam 2.31 pagi haha mata segar lagi aku rasa tadi aku layan kopi best tu kopi ayah aku suka minum tu ha esok dahla nak bergerak balik rumah dari kampung kena tido jap ni kang nak sahur pulak kan , Oklah puasa2 ni byk pulak aku minum air ais dah mula rasa terbatuk pulak biasalah air berjenis2 ais penuh segelas adoilah tengok yang lain sedap je minum aku join la sekali padahal aku sejenis jarang sangat nak layan air ais ni hihi , Oklah nanti sambung potpetpotpet lagi ye kena paksa mata tido ni ha ha...Selamat bersahur ye & berpuasa esok Wassalam...

        Alhamdulillah atas rezeki dariNya

 

Tuesday, 5 April 2022

AL KISAH RAMADHAN 1443H D2

 


Sebenarnya lepas sahur semua aku nak sambung tdo tapi sampai lepas subuh pun tak leh tdo lagi mehla aku potpet sat sementara mode rajin nak menaip on ha ha

Ok untuk menu berbuka hari ke 2 ni aku tak gi bazar lebih pada masak kat rumah je dah alang2 beli daging kat market semalam kelas tak orang kampung sini tak panggil pasar tani tapi panggil market ha ha henggelish sgt hehe jadi aku masak nasi daging kunyit kismis , sup daging , air asam , goreng karipap frozen beli kat market jugak , buat puding 3 warna dengan anak buah aku Arif , Ammar rajin nak tolong senang keja aku pantau je hihi pastu pi beli murtabak legend tu lagi haha sanggupla beratuq panjang kan demi sekeping murtabak tu je betul ke istilah keping tu ha ha

 Aku gerak anak3 buah aku Arif , Aidil , Ammar bangun sahur tadi , Ya Allah susah betul nak bangun budak3 lelaki ni kan? ha ha last2 ayah aku gi panggil je baru nak bangun dorang ni takutla tu kang kena tibai hihi terkebil2 ngadap makanan kat meja kelakar betul teringat masa kecik2 dulu mmg makan suap tu sambil terpejamla mata ha ha

Oklah aku stop dulu sambung tdo jap sebab jap lagi aku nak kuar ada beberapa urusan ( la sangat tu hihi ) Selamat berpuasa ye Wassalam...



 

 

Monday, 4 April 2022

AL KISAH RAMADHAN 1443H D1

 


 Alhamdulillah menu2 pertama Ramadhan 1443H ada yang dibeli kat bazar ramadhan stadium macam dorayaki inti coklat tu harga untuk 10 biji RM6 sedap je layan masa berbuka tadi pastu sebelum sampai bazar stadium tu adik aku turun beli murtabak area kampung aku ni sedap katanya sampai kena beraturlah demi menu yang sedap tu tapi memang sedap la weh ha ha kalau tak nape orang sanggup beratur panjang kan hihi pastu ada otak2 ikan anak buah aku Ammar beli lepas tu aku dok kacau dia otakkkkk....alah mcm cita zombie tu hehe pastu beli air berjenis2 macam air tebu ( Ammar nak ) , air jagung ( Aidil nak ) , air jasmine ( aku nak hihi )  , air amra asam boi ( pun aku nak ha ha ) , air laichikang ( Arif nak ) tapiiii ke semuanya sedap acaner tu? suh aku gi lagi bazar tu ke caner ni ha ha ha pastu lain2 menu macam nasik , sayur campur ( bwg putih , sawi , lobak merah , cendawan ) , ikan goreng , sambal limau kasturi , timun dengan ulam daun putat ke ape aku beli pastu aku tak ingat nama daun tu boleh? ha ha semua tu aku dengan bantuan adik aku noin & anak buah aku Ammar masak siap2 sebelum gi bazar senangkan kang kalut nak balik cepat dahla nak santai2 je kat bazar ramadhan lama kan tak gi bazar ramadhan ni hihuhihuhihu pastu menu lain macam ayam masak kicap dengan sambal bilis baki malam semalam masak masa nak makan malam adik aku diana panaskan je tapi masih ada lagi tak habis hehe bolehla bawak ke sahur hari ke 2 ramadhan lak heeeee haaaa panjangkan penulisan aku selepas berkurun tak pot pet pot pet kat sini ha ha 

Oklah aku benti dulu sebab sekarang dah jam 1.28 pagi kang nak bangun sahur pulak apapun aku ucapkan selamat bersahur jap lagi dengan selamat berpuasa ye....Wassalam. 


Monday, 31 January 2022

BORAK 11.22 MALAM

 


Lamanya aku tak menaip 😁 ni pun tadi lepas aku muntah ntah apa yang aku makan hari ni rasanya aku banyak minum air tebu dengan air kelapa pandan siang tadi letih rasa tapi lepas makan malam alhamdulillah rasa dah ok , tibe dengar bunyi mercun maklumla cny kan , korang gi mana je? aku tak ke mana pun esok ada urusan sikit di luar pastu balik rumah je maklumla aku baru balik dari Alor Setar dekat seminggu di sana adik aku ajak gi imperio professional suite sebab anak3nya nak mandi kolam tingkat atas tu memang seronoklah budak3 dapat mandi kolam dahla cuti sekolah kan hehe

 


Seharian kami di sini 😊 layan kolam je 

Lepas tu aku balik Perlis melawat sepupu aku yang baru kematian maknya yang sangat baik di usia 91 tahun , aku panggil wa teh dulu masa sekolah menengah aku tinggal kejap dengan dorang pastu esoknya aku gi melawat kubur mak sedara aku , malam tu abang sepupu aku ajak makan malam dekat Kuala Perlis lama tak keluar makan beramai2 seronok rasa

Petang balik rumah malamnya aku ke expo makanan thai dekat bandar darul aman sebab anak3 buah aku nak gi mini zoo , lepas maghrib kami bertolak jalan2 kawasan expo tu masuk mini zoo kena RM5 sorang ada burung2 , ular2 , binatang2 unik pada pandangan aku jadilah untuk bergambar sedikit sebanyak 😄 lepas tu baru beli makanan2 thai yang ada situ

Alhamdulillah sekarang aku melalui 1 fasa baru yang aku sendiri tak sangka aku akan pakai niqab 😊 1 perasaan yang tak dapat aku nak cerita sebaik saja aku mengenakan niqab lepas aku balik dari taiping hari tu masa tu aku ke bukit larut dengan taman tasek taiping mula2 aku beli 1 set baju dengan niqab warna hitam lepas tu aku beli niqab combo warna kelabu kemudian warna hitam semua aku beli kat shopee je mungkin lepas ni ada warna2 lain pulak aku nak beli , ada 1 niqab aku beli kat mydin warna putih aku pakai masa di imperio tu tengah santai2 tepi kolam ada dron terbang dan berhenti lama tengok aku dari jauh hehe aku dengan adik2 aku gelak je sebab mungkin dron tu nak pastikan aku ni bukan entiti yang duduk tepi kolam sebab masa tu memang masa nak tutup dah tapi masa kami nak turun ada pulak budak5 lelaki naik baru nak terjun kolam ok je pulak kan 😊 

 

 Aku dengan adik2 aku , masa ni lah kami nampak dron terbang tu 😄

aku lepas berniqab 2022 😁

Oklah bila lama tak menaip berjela2 nak cerita hehe tapi takde gambar sebab aku simpan nanti aku tempek sket kat sini masa rajin ha ha aku nak tido lah sebab letih muntah awal malam tadi , Wassalam...💖

Friday, 3 December 2021

SANTAI2 DI ZULYAHYA STEAMBOAT & GRILL

 


Alhamdulillah lepas selesai urusan aku dengan encik suami gi makan malam kat Restoran Zulyahya Steamboat & Grill di Meru ni

Walaupun jam 4 petang tapi tetap makan untuk dinner sebab makan awal hehe 😃 


Tumpang duduk kejap depan pintu masuk sebab kami pelanggan pertama sampai😄


Nasi Butter Seafood Telur Masin Shell Out
RM38 / 2 Pax
aku asalnya kenyang lagi makan pagi tadi tapi dah encik suami nak cuba set ni makanya faham2la kena la aku makan sekali tapi licin je ha ha 😄


Jom makan , masa ni takde ramai orang sebab petang baru bukak aku dengan encik suami masuk lagi seminit nak bukak hihi 😄


Surau pun ada disediakan tingkat 1 , lelaki dengan wanita di sebalik tirai hehe ada aircond ok selesa sangat & senang je nak jumpa surau ni dari pintu masuk pun boleh nampak 😊👍


Nak manja2 kan diri bagi kaum wanita bolehla tempah pakej2 kat Bidadari SPA ni , tingkat atas restoran je , boleh call no tu 😊 aku insyaAllah nak santai2 dengan geng2 TXCJ nanti 😍💪

Alhamdulillah lepas makan2 solat kami pun bergerak pulang kenyang sampai malam hihi 😍