Wednesday, 22 June 2022

STRAWBERRY CELUP COKLAT

 


 Masa ada urusan di Tapah tiba2 encik suami dapat tepon gi urusan di Cameron hehe seriuslah nak naik Cameron ni? dahla petang dah tapi sebab penting kami teruslah menuju puncak ewah 😄💪 cuaca sejuk je lagi2 awan mendung sepanjang jalan...


Sesekali sampai kat Taman Sedia ni tak pernah pulak aku nak masuk dalam Opah Strawberry & Jems ni tapi sebab belum masuk jadi aku pun apalagi terjah lah ke dalam & order menu tak ramai pun pelanggan lagi masa ni tapi bila dah semakin petang ramai mula masuk mungkin pelancong2 yang tengah bercuti datang makan


Sebab datang dah petang hanya tinggal beberapa menu je masa ni , ada jugak kebun strawberry kat kawasan meja makan kami tapi belum berbuah lagi 


Banyak kali jugak aku naik cameron ni perasaan tetap sama seronok betul tapi kalau menginap sini mungkin tidak sebab aku suka cuaca yang sederhana saja sesekali layan cuaca yang sejuk oklah bukan selalu atau hari2 hehe 


Aku order Cheese Scone , Nasi Lemak Ayam , Sambal Strawberry , Telur Goreng , Teh Anggur dengan Teh O Limau sebagai makan malam kami , ada macam2 perisa scone aku tengok macam nak semua je hihi tapi sabar boleh datang makan satu2 hihi sedap sungguh layan makan dalam suhu yang sejuk & nyaman ni kan...


Buah Strawberry kawan aku qilah punya

 Segar2 je buah strawberry ni kan? geram je tengoknya merah2 segar lagi tu


 Serius aku bukanlah seorang yang suka sangat2 nak makan strawberry pastu yang celup2 coklat tu tapi sebab selalu je baca & dengar orang cakap sedap makan camtu aku pun cubalah beli 1 pek jugak harga RM20 tu alang2 kawan aku qilah pesan belikan strawberry kat dia jugak sebab anak dia iqin yang umur 4 tahun tu memang suka minum jus strawberry kawan aku buatkan...

 Dekat Taman Sedia tu aku beli strawberry ni depan Dahlia Homestay tu ada pulak coklat celup2 jadi aku beli lah 2 bekas harga 1 bekas tu RM4 je

 Bila balik aku rendam jap strawberry tu basuh sikit terus celup coklat & makan hmmm oklah bolehlah layan makan santai2 heee

Saturday, 11 June 2022

ANNIVERSARY 12 @ CAMERON HIGHLANDS DAY 2

 



Aku terjaga jam 5.20 pagi ni , sejuk suhu pagi ni dalam 16 darjah celcius , dari bilik hotel boleh dengar laungan azan apalagi terus bangun ambil wudhuk & solat , lepas tu aku bancuh lagi strawberry teh tarik tu hmmm sedapnya minum panas2 suam dalam suhu sejuk kan 😍 siap2 pastu turun makan kat kedai jam 7.15 pagi


 Menarikkan nasik lemak kedai Bunda ni? kedai ni siap semua menu pastu sendiri layan semua dah ada bagi aku senanglah camtu kan....tapi nak refill minuman tu kena lah bayar jugak bukan percuma hehe


 Bismillah..jom makan , total menu pagi ni RM20 dah makan naik bilik santai2 sebelum check out...

 


Kami pelanggan awal masuk sarapan kat kedai ni 😘 

 Lepas sarapan jam 10 pagi camtu kami ke Taman Sedia sebab nak ke Opah Strawberry kawan aku pesan beli strawberry dengan scone pastu dengan aku beli sama hehe 

 


Scone 4 perisa dengan jems RM23 1 bekas tu

 


 Masa ni aku dengan encik suami singgah jap kat Masjid Kayangan Brinchang buat solat jama' pas siap semua kami gi makan kat kedai Nik Ikan Bakar belakang masjid ni je jalan kaki sikit tepi masjid


Kawan aku cik farah cakap sedap masakan kat kedai makan Nik ikan bakar ni jadi aku pun nak cubalah 😄 sekali suap wah memang sedap2 pun patutla kawan aku tu rajin singgah makan sini kalau naik Cameron , menu aku order macam nasi putih , Telur Dadar , Sup Cendawan Ikan Masin , Ikan Bawal Masak 3 Rasa , Tomyam Cendawan , Sambal Belacan , Timun , Air Sirap Ros special , Teh O Limau semua menepati tekak aku 😘


Tomyam Cendawan pun sedap

 Siap makan semua kami pun bertolak balik hujan sepanjang jalan dengan kabus kiri kanan rasa macam masuk alam mana ntah hehe

 

 

ANNIVERSARY 12 @ CAMERON HIGHLANDS DAY 1

 


Al kisah hari ni aku ikut encik suami gi selesaikan beberapa urusan area Tapah pastu masa dalam perjalanan balik encik suami cakap kita gi makan tengahari kat Cameron nak? 😄 aku macam.....apo? dahlah hari jumaat dengan tak booking hotel pastu dah petang nak terjah camtu je macam seriuslah? ha ha ha tido masjid kang tu pun kalau boleh kalau tak beku la kat atas dengan hujan renyai2 kejap2 kan tapi apapun perjalanan naik diteruskan jugak hehe adoilah.....


Bilik 207 Alhamdulillah bilik ok lah lepas berdebar je cari  bilik yang masih kosong hehe


                      Lega teramat hehe

 Sampai je area Taman Sedia kami berhenti solat 'asar lepas tu baru cari bilik area2 situ tapi kebanyakkannya penuh alamak dahla dekat jam 7 petang kelam kabut patah balik ke Tanah Rata tanya hotel2 situ  , Alhamdulillah sangat bila ada 1 hotel ni nama SunBirds ada lagi bilik kosong hihi lega weh tapi bukan kami je kelam kabut cari bilik ada 2,3  keluarga lagi haha owner hotel pun paham bila tengok masing2 dah cuak takut takde bilik hihihi padanla muka kami sape suruh berani mati naik masa hari minggu 🤣🤣🤣 tapi Allah Maha Baik doalah banyak2 ye insyaAllah adalah rezeki tu.....heeee 


 Syukur Alhamdulillah...ALLAH S.W.T Maha Baik ❤

 Tapi boleh la aku anggap hadiah anniversary kami bulan 6 ni genap 12 tahun perkahwinan , hari tu makan2 kek je beli kat Secret Recipe ni bermalam pulak kat Cameron syukurlah sambut ala kadar je lagipun sedar dah purba pun heeeee


 Jom cari makan malam , lalu jugak tempat ni tapi jeling2 je haaa malam ni ayuh 😄


Alhamdulillah lepas Solat semua terus ke Restoran Glory 78 ni masih ada meja..nak datang makan sini jangan lambat2 ye lagi2 hari minggu 😃

 

 Cantik dekorasi restoran ni....💕


Hah ketuk2 keluar lah nasik dari buluh heeee 😄 


Bismillah...jom makan sementara panas2 lagi tu kang suhu sejuk kejap sejuk je nasik tu hi hi 


Order jugak Set Scone , Kacang dengan Fries...layan makan santai2  

Pastu tambah Strawberry Milkshake....Sedap 😘


 Lepas masuk bilik rehat2 kejap solat maghrib jama' sekali 'isyak kami gi makan malam di Glory78 Steamboat Snack Corner tu aku order Nasi Beriyani Mutton , Set Scone , Strawberry Milkshake , Kacang , Fries pastu semakin malam semakin ramai yang datang Alhamdulillah kami datang awal dapatlah meja di bawah lampu cantik tu


Cantik lampu meja nya pun 😍 


 Siap makan & bayar kami jalan2 jap ke kedai cenderahati kat sebelah cuci2 mata katanya 😄 sekali tersangkut jugak beli keychain beg , Strawberry Teh Tarik dengan T-Shirt lengan panjang hehe dah2 jom balik udara malam pun makin sejuk pastu elok balik bilik je aku buat air panas Strawberry Teh Tarik tu hmmm sedapnye minum panas2 dalam suhu sejuk ni kan licin terus minum hehe


 Depan lif hotel


Beli sikit2 baju CH , Strawberry Teh Tarik dengan KeyChain tu pun dah dekat RM70 😅 

Oklah aku stop dulu nak rehat2 jap sambil tengok tv , encik suami pun dah tido , Good Night dulu....Wassalam . . 

 

 

Wednesday, 1 June 2022

SINGGAH DI TEMPAT MEMANAH

 


 Aku sebenarnya dah beberapa kali jugak lalu kat tempat memanah ni masa selesaikan urusan2 luar tapi sekadar lalu je lah tak rasa nak berhenti tengok tapi ada hari tu aku terus suruh encik suami belok masuk tempat ni hehe ada beberapa pemanah tengah berlatih memanah situ


Kagum aku tengok pemanah2 ni baguskan libatkan diri dalam sukan sunnah nabi ni dapat melatih minda & fizikal kita supaya disiplin , fokus  & cekap

 


Sebelah kiri aku pun ada lagi pemanah2 tengah berlatih , bestkan ada alatan memanah sendiri... 


Masa ni aku dengan encik suami tengah borak2 dengan sorang coach memanah boleh je nak cuba memanah situ tapi masa ni kami nak tengok je dulu last masa aku cuba memanah pun tahun 2011 dulu masa gi bercuti kat Bukit Fraser

 


 Encik suami cuba alat memanah sorang pemanah muda , berat betul masa aku try angkat hari tu ha ha macam mana lah beliau berlatih hari2 dengan alat memanah berat ni kan hihi tapi mungkin dah biasa jadi ok je lah kan

 


 Nak berlatih pakai alat memanah ni pun ada teknik2 aku pun tengok je hihi


 Berat weh alatan memanah ni hehe macam mana lah bawak alat ni sambil berlari2 dalam perang ke kan

 


 Tapi kalau hari2 berlatih baru lah cekap kan? insyaAllah ada rezeki bolehlah 

 


Kemudian Kami gi makan sebelum balik 

SARAPAN @ ARTWORK HOTEL

 


 Cerita minggu2 lepas ni lepas kami selesai beberapa urusan terus gi sarapan dekat Cafe Warisan Bonda Artwork Hotel lagipun dah agak lewat tapi oklah masih pagi lagi hehe ajomlah apalagik lapaq wey.....hihi


 Masa ni tak ramai lagi pelanggan ke sebab kami yang lewat hehe apapun jom makan cepat.....


 Pastu ada lagi yang masih datang sarapan sini ok lah , tengah tunggu encik suami ambik menu


Masa ni menu pagi ni Nasi Wok rasanya hehe encik suami ingat Nasi Lemak tapi sambalnya rasa lain , kalau makan sini semua nampak sedap termasuk roti hihi


Bismillah....apalagi jomlah makan 😊💪 


Tenang & santai je makan bila tak mengejar waktu kan berbanding dulu setiap waktu rushing...rushing...rushing....Alhamdulillah.. 

 


Dah kenyang jomlah balik automatik mengantuk ha ha 😄