Sunday, 3 March 2019

KARNIVAL HARI KETIGA DI MAPs



Sempena Karnival Maps @ Movie Animation Parks ni aku terjah sekali lagi sebab bulan March ni masuk adalah PERCUMA 😍
Nak main permainan dalam tu je kena bayar
Tu pun kalau korang nak main
Selebihnya tempat2 makan yang tak murah jugak tak mahal sangat2
Sesekali bolehla layan

Tapi aku makan dekat khemah2 karnival tu je sebab harga pun okla bagi aku yang tak kaya macam korang 😉
Janji sedap kat tekak aku hehe

Wefie sket seronok sampai untuk kali kedua 😍

Cuaca panas sempat je senyum 🤣
Panas macam dalam oven dah ni so cepat2 cari tempat redup ha ha


Asteroid Attack
Nak naik ke tak? Naik ke tak?
😅


Time tengahari lepas makan memang time tido haha 😄


Asteroid Attack ni aku tengok ramai je beratur naik haha
Korang memang beranilah berbanding aku yang nak pikir 1000 kali ni 🤣🤣🤣


Aku ambil gambar je ok tak naik pun haha jangan ingat aku naik pulak 🤣


Dalam perjalanan ke kawasan permainan
Luas tasek sini
Time tak panas berangin je
Best 😍👍


Jom makan lapaq dah ni ha ha 😉


Aku order laksa RM4.80
sedap 😍👍
Air aku order sirap selasih
segar je rase


Nasi Tomato Ayam Beriani RM7.80
sedap
menu encik suami order
Air lemon pudina RM2 pun sedap , segar je minum time cuaca membahang


Makan tengahari kat sini
Aku order laksa RM4.80 encik suami order nasi tomato ayam beriani
Memang sedaplah 😍👍
Hargai sangat bila penjual jual makanan seikhlas hati
Semua sedap


Yeayy dah sampai pun maps ni 😍
Orang dewasa bila datang tempat ni terus karakter akan bertukar menjadi kanak2 riang haha 😄
Ke aku je? ha ha


Encik suami awal2 dah surrender bila di tanya nak naik tak asteroid attack ni 😄
Aku pun tak pasti tahap keberanian aku nak naik permainan ni ha ha
Betul ke aku berani?
Nanti aku pikir 1000 kali dulu 🤣🤣🤣


Mata masing2 jadi kecik bila bergambar time cuaca panas 😅


Aku pun tak pasti kenapa aku datang sini time tengahari dahlah panas payung pun tak bawak pastu encik suami pun lupa bawak topi makanya layankan aje la kepanasan kat situ adeh 😂

Tuesday, 26 February 2019

JALAN2 DI AEON MALL DAN GHOST PEPPER TWISTER




Hai Korang 🙋‍♀️
Aku taip ni jam 4.30 pagi
Aku tertido awal pastu terbangun dekat jam 4 pagi
So buat ape yang patut 
Pastu mata dah segar bugar ha ha
Mehla update sebab ade gambar 😄

Malam tadi aku dengan encik suami ke Aeon Mall
Saje je buang2 masa kat situ hehe
Last2 tak beli ape pun terus keluar gi makan malam
Nak makan malam pun jadi masalah sebab tak tahu nak makan kat mana ha ha
Last2 hmmmmmmm masuk KFC je 🤦‍♀️😄


Masa ni dekat jam 10 malam
Aeon Mall tak lama nak tutup
Aku lalu tepi kedai roti nampak ni
Ish sedap ke roti ni
Tengok je la tak beli pun ha ha


Aku order set ayam , cheezy wedges dengan fries
Air memang aku tukar milo taknak ais
Air gas memang aku tak berapa nak layan sangat
Layan bila teringin je
Banyak tukar ke milo tanpa ais
Lagi sedap 😗

Masa nak order pun aku amek masa sket sebab aku selalu blur2 tak tahu nak makan ape haha
Time nak pilih menu la time aku tak suke sebab kena fikir2 
Mesti staff amek order tu kutuk aku diam2 ha ha
Nak pilih menu pun susah ke? 😄
Menciklah 
Sebab aku tak suke buat orang tertunggu2
Walaupun sekadar amek order aku
Kang aku bangun gi amek sendiri kang haaa 🤣


Abam cuba menu terbaru KFC ni 
Namanya GHOST PEPPER TWISTER
Aku rasela jugak sikit
Okla boleh layan tekak aku ni
Ape je tekak aku tak layan?
Tolak kayu , batu serta menu haram je ha ha


Twister ni boleh beli set atau ala carte
Ala2 cam kebab jugakla
Tapi kebab arab lagi lah sedap 😄

Oklah aku stop dulu
Dah jam 5.18 pagi
Esok pagi aku dengan encik suami ada urusan sikit
Tapi pagi esok aku nak sarapan menu favourite yummy 
Ce teka apekah ia? ha ha 
Daaaaa 🙋‍♀️😍

Saturday, 23 February 2019

CHOC VANILA vs MEATBALL CHOP



Hi Korang 🙋‍♀️
Muncul lagi entri di tengah2 malam ni 😃
Aku akui mode kemalasan nak menaip tu memang bertempek je kat aku ha ha
Ni pun ntah tetibe rase nak menaip
Jomla borak2 jap sebelum tido
Dah tengah malam pun tak mengantuk lagi
Dah biasa stay up masa study dulu2
So dah terbiasa

Ok malam ni aku tak rasa nak makan pun
Just teman encik suami je
Tapi beliau pun tak tahu nak makan ape
Last2 order je menu ntah ape2 ni
haha



Aku order ABC CHOC VANILA
RM6
abc dia kisar halus
ada macam choc rice , hersheys choc dengan manik2 coklat tu
Total RM6
Rase? hmm biase2 je bagi aku
Dah tak tahu nak order ape kan haha



MEATBALL CHOP ni encik suami order
Rase biase je haha
Total RM7
Layan je sebab blur2 je kitorang nak makan ape
Last2 mendapat yang biase2 heee
Apepun syukur rezeki jugak tu



Encik suami yang tabah dengan peel isteri haha
Isteri pun tabah dengan peel suami
Dekat 9 tahun sudah usia perkahwinan kami
Tu pun masih belajar lagi peel2 baru yang timbul muahaha 😃



Dah makan manis2 encik suami tolong ambikkan air sejuk
Last2 beliau yang minum 
Tinggal seteguk je untuk isteri
Tabah je kan ha ha ha



So dah settle layan makan jom gerak balik
Esok nak masak bihun goreng
Aku masak lagi sedap hahaha 🤣

K lah
aku stop dulu
Nanti borak lagi k
daaaa
Sweet Dream Uolls 👌

Saturday, 16 February 2019

SARAPAN KETUPAT NASI NONA



Sementara tunggu zuhur aku update la kejap
Sebab ada gambar hehe
Kang busy tak terupdate pulak
so cerita semalam aku siapkan menu sarapan ni
Pagi ni takla kelam kabutkan sebab dah siap
Tinggal panaskan kuah satay je
Sedap makan ketupat nasi pagi2
Kenyang hehe
Lagipun encik suami memang sukelah ade nasik pagi2



Dah rebus jadi besar gedabak macam ni haha
Puas hati makan
Tapi potong kecik2 macam kita makan satay tu


Guna brand ni untuk kuah satay
Ni kuah kacang sedap jugaklah
Nak habis pun haha
Jap lagi licinla tu sebab bila tengok ni terus rasa nak makan lagi hehe
Patut aku tak slim pun muahaha


Aku buat sendiri je lagipun simple nak buat ni
Cuma serbuk kunyit , garam dengan perencah ikan bakar adabi tu
Sedapla layan makan
Aku bakar dalam oven je pun
Tinggg siap haha


So potong2la timun dengan bawang
Hmm sedapnya


Aiskrim ni tak mudah cair
Sedap pun sedap
Dah licin pun
Nanti nak beli lagilah
Ada macam2 perasa jugak
Encik suami suka durian so ambil perisa ni
Harga murah je RM7 tak silap

Oklah nak gi makan
Sendiri update sendiri terliur
Muahaha 🤣
Wassalam....

Wednesday, 13 February 2019

MAJLIS MAKAN2 CNY 2019



Balik dari kampung esoknya ada majlis makan2 pulak kat syarikat encik suami bekerja
So kenala keluar awal
Macam tak ramai je family staff yang datang
Segan jugak aku hehe
Tapi aku kan muka tak malu bab2 makan ni muahaha
Dah dijemput datang je la kan 
hehe


Aku menyibuk di majlis makan2 syarikat encik suami haha
Bab makan aku on je hehe
Lagipun ada persembahan naga
So layan tengok je la


Baru sampai
Awal pulak sampainya
Dudukla jadi penunggu seketika 
haha


Layan kacang cap tangan
Besar2 kacangnya
Licin jugak makan hee
Aku tak pernah beli kacang sebab bukan favourite aku 
Tapi kalau ada aku ok je layan makan


Bersantai je tunggu acara bermula


Persediaan gantung mercun
Time dah pasang bunyik punyala kuat berdentam dentum
Tu aku tahan lagi
Yang tak menahan tu bila serpihan kertas mercun berterbangan
Lindung muka je la haha
Aku nampak big bos dorang pun macam aku hahaha


Sesi bergambar staff lelaki


Sesi bergambar staff perempuan


Sesi bergambar


Pasukan persembahan naga dah sampai


Adik ni suka nyanyi lagu hindustan
Anak staff yang datang


Naga tengah buat persembahan


Makanan naga kononnya

Eh big bos tengok pulak
Yang lain tengok kamera orang lain


Kawan encik suami ajak selfie
Layankan je heee


Encik suami bersama rakan sekerja


Si penunggu makanan haha
Bila la nak makan ni
Katering dah sampai pun


Menu2 terhidang 
Tengah lapar semuanya nampak sedap haha
Tapi aku amek nasik goreng , udang , ayam dengan isi ikan je
Tu pun dah kenyang


Aku amek nasik goreng , udang besar dengan ayam
Fuh kenyang
Tu tak masuk kuih tart blueberry & coklat lagi tu
Buah2 lagi
Aku amek honeydew sebab memang favourite aku pun 
So makanla puas2


Malam aku ke cafe baru bukak dekat rumah aku
Tak ramai sangat so rilek2 je lah
So jom order


Aku order nasi ayam dengan choc vanila leleh je 
Rase oklah tapi aku masak lagi sedap muahaha
Patut ke tak aku bukak restoran? hahaha

Oklah nanti update lagi
Aku ni  mode kejap2 rajin kejap2 malas
Apepun tak boleh daaaa 😄
Tata...
Have a nice day ya