Wednesday, 18 May 2022

'AIDILFITRI @ DARUL IMAN : HOMESTAY 3Ms PANTAI KEMASIK

 


 Alhamdulillah aku dengan encik suami sampai ke Terengganu dekat jam 2 petang lebih selepas perjalanan yang agak panjang dari hulu langat rumah kak ipar aku , aku bertolak pada jam 7 pagi lepas tak tidur masa lepas sahur tu hehe takut terlajak sebab nak bertolak awal kan


Elok sampai je dekat atas sket dari Pantai Kemasik tu encik suami hubungi owner homestay 3Ms Pantai Kemasik Encik Khairul Hafiz 019 982 2664 tanya arah nak ke homestay


Rupanya perjalanan masuk ke homestay aku tempah tu akan melalui jalan pantai jugak dikenali sebagai pantai taping , serius aku tak pernah tahu ada pantai secantik ni pastu dekat sangat pulak dengan homestay aku tempah tu boleh jalan kaki je hihi jalan nak ke homestay aku tempah tu akan melalui jugak Masjid/Surau lama Bukit Kemasik yang mana sebelah tu ada medan selera simpang empat kemasik dan yang paling best ada restoran makan2 depan pantai taping tu jugak yang mana boleh jalan kaki je dari homestay hehe best kan? 


Ni aku ada depan pagar homestay , cuba toleh kanan apa korang akan nampak? laut kan? ada pondok2 rehat jugak disediakan kat situ best sungguh bayangkan makan keropok lekor dengan teh o panas2 sambil ditiup angin laut huiiiii pastu pagi2 nak jogging kat pantai dekat je hehe love sangat suasananya 😍 


Masa ni baru sampai yang tunggu ayah kepada encik khairul sebab nak bagi kunci rumah encik suami borak2 jap aku apalagi sebagai blogger? 😄💪


Sofa depan pintu masuk ada 2+3 tempat duduk di kira ruang tamu depan luas jugak aku banyak lepak kat ruang menonton je sebab ada tv hehe 


 Ni sofa 3 tempat duduk tu bolehlah buat sudut bergambar ramai2 nanti kan


 Bilik air ada 2 kat homestay ni 1 ada dekat bilik tidur utama depan 1 lagi kongsi bilik tengah dengan bilik belakang dua2 toilet sama design macam ni , cantikkan?


Ruang tengah tempat menonton tv ada astro tempat lepak2 sambil makan aku dengan encik suami hehe ade je meja makan kat dapur tu tapi nak tengok tv kan jadinya sinilah tempat makan2 hehe 


 Tempat duduk aku dengan encik suami selama dekat 2 minggu lebih 6 hari puasa selebihnya berhari raya haaa puas ati kan hehe


 Meja makan luas kalau ramai2 menginap sini


Ada peti ais , laci tempat letak pinggan2 , sudu2 , garpu2 , pisau2 , penyepit bbq , plastik sampah , periuk , kuali , sudip semua lengkaplah 


Ruang memasak dengan sinki basuh pinggan mangkuk , sabun basuh pun dengan exhaust fan pun ada  


Ada jug buat air , teh o strawberry sedap dari Ahmad Tea London tu , Kopi O , maggie , garam , gula dengan sirap rose ada dalam peti ais 


Mesin basuh , baldi , sabun basuh , penyapu , mop pun disediakan senang hiduplah duduk sini hehe 

 


Bilik tidur ada 3 ni bilik tengah , tiap2 bilik ada aircond dengan kipas memang selesalah , arah kiblat bukan yang tu ya tu masa aku nak tanya owner arahnya hehe arah yang betul ngadap dinding yg ada tv kat ruang menonton depan tu

 Al kisah sepatutnya aku dengan encik suami bertolak balik pagi esoknya lepas 2 minggu tu tapi dek kerana balik dari rumah mertua pun dah lewat malam bangun subuh dah rasa letih berjalan maka aku tambah lagi 1 hari hehe jadinya sambung tidurlah haha tak ke mana2 sangat pun cuma banyak lepak kat pantai kemasik je sambil makan abc hehe best sungguh balik raya kali  ni hehe Alhamdulillah.....😍

 



 



 

 

 

Monday, 16 May 2022

AIDILFITRI @ BUKIT BERUNTUNG

 


Alhamdulillah balik dari Terengganu aku dengan encik suami singgah dulu kat rumah adik aku tidur semalam kat rumah dia sebelum bertolak balik rumah sendiri 😄 rindu nak jumpa anak2 buah Aydan dengan Areesa 😍 sampai2 je aku singgah jap beli makanan yang dijual di depan apartment2 situ bawak ke rumah adik aku 


Menu2 tapau macam laksa , bihun sup , mee kari , bubur nasik 


Aku macam biasa hantu laksa hehe tapi memang sedap kuah dia hilang penat travel dari terengganu tadi hihi 😁 tengok gambar pun tahu sedap kan 😄air tu adik aku buatkan sejuk2 lega tekak rasa alhamdulillah.... 

 


 Habis laksa aku makan hehe maksudnya sedaplah tu 


Malam kami keluar makan di Sukhothai Cafe pertama kali adik aku sekeluarga makan situ masakan situ sedap jugak pastu ramai jugak pengunjung malam2 datang makan situ  


 Menu yang kami order Masak Ikan Siakap 3 Rasa , ikan siakap masak stim , kailan ikan masin , telur bistik dengan air mula2 aku order air teh tarik pastu tambah bandung cincau alhamdulillah kenyang 


Tengok Aydan buat muka haishhh 😄 


Haaa ni baru elok sikit 😄 


Ok one more he he sebelum mula makan 😄 aydan baca kan doa pastu dia kata masa makan semua jangan cakap ha ha ha baik ustaz....hihi



Budak kecik ni punyala seronok bising je mulut dia jerit pastu tepuk2 meja haha ala2 bos kecik tengah mesyuarat pulak 😄
 

 Alhamdulillah dah kenyang balik rumah rehat2 pastu tidur sebab esok Aydan sekolah & aku dengan encik suami bertolak balik rumah lepas sarapan pagi....

Sunday, 15 May 2022

SARAPAN @ ROKIAH KOPITIAM

 


Setelah sekian lama nak jalan2 cari makan kat Rokiah Kopitiam ni akhirnya lepas raya baru berkesempatan berkunjung ke sini alhamdulillah....😄💪 

Masuk2 je ke dalam kopitiam ni kami terus cari meja makan & pilihan kami meja di tingkat 2 masa tu belum ada orang datang makan tak berapa lama baru ada yang masuk mengisi perut 😊👍 

Alhamdulillah dah sampi menu kami 😘


Menu sarapan kami pagi tu Roti Bakar Leleh RM6 , Nasi Lemak Sentul RM10 , Karipap Pusing Ayam 3 Pcs RM6 , Kopi O Hot RM3 , Iced Lemon Tea RM3.50 ,  Nescafe Cold RM3.80 dan Sirap Ais RM2.50

Dah jom makan lapaq dah aih 🤣 

 Alhamdulillah jom makan 😘 Bismillah....


Nak turun tangga pun jadik 😄 melayan je encik suami hobi biniknya ni hihi 

 


Dah makan kenyang2 jomlah balik ke pangkal jalan 😄 

 


Sebelum balik moh kite bergambo jap kat papan tanda Rokiah Kopitiam ni 😍👍 masa ni panaih lagi cuaca hihi

 

Sunday, 24 April 2022

AL KISAH RAMADHAN 23 1443H

 


 Sambil layan tengok cerita Halo Switzerland hos Ben Amir tu aku santai2 je menaip ni 😊 korang masak atau beli je menu berbuka jap lagi? aku siap dah order menu nasik arab dengan food panda pastu tambah mushroom soup dengan arabic salad tu pun aku rasa sampai sahur tu sebab banyak portion nasik dia kan besar manelah sangat perut orang melayu asli nak isi banyak2 tu hehe dah minum air lagi pastu nak solat lagi jangan terkeluar balik sudah ha ha....

 

 Alhamdulillah atas rezeki daripada ALLAH S.W.T 😍 lepas berbuka jom solat fardhu & teraweh dan solat2 tambahan 💪

AL KISAH 22 RAMADHAN 1443H

 


Aku taip ni jam dah 1.03 pagi hehe apo la tak leh nak tido lagi makanya jomla menaip jap , Ok kisahnya hari ni aku gi mydin saje lah jalan2 cuci mata nak raya kan 😄 Ya Allah kemain ramai umat hehe dah keluar hari minggu haaaa mendapatlah nak bayar pun kena beratur memang pantang aku beratur lama2 ni hehe aku tak beli sangat pun sebab nanti nak shopping raya kat kampung je senang lagipun ada seminggu lebih lagi nak raya kan saja aku balik kampung awal bolehla merasa berpuasa sama kat kampung sinun hihihi 


 Ramainya lah ummat masa ni banyak jugak yang serbu kedai2 emas ewah sakan korang ye nak beraya tahun ni hehe alah fahamla kan 2 tahun tak bebas nak beraya kan aku? nak kata seronok sangat tu tidaklah jugak sebab aku lagi suka bulan puasa bulan ramadhan ni ewah statement aku kan hehe tapi serius aku jujur je heeee

Lama tak bergambar depan cermin sementara tunggu encik suami pilih barang2 dia nak beli aku apelagi? hmmm perempuan dengan cermin bak isi dengan kuku kan hehe

 


 dah masuk bahagian dalam mydin jomlah jalan2 area belakang mydin pulak ada bazaraya situ tempat aku beli kasut pantai eh? hehe


 Cantikkan? murah je weh pi la beli rm20 jerrr hehe aku balik kampung pakai kasut ni je nanti dekat raya beli kasut raya lak hihi 


 Jumaat ritu keluar iftar dengan kawan2 aku tapi aku belum update cerita tu sebab kemalasan nak menaip hahaha nantilah aku update ok hehe dekat bazaraya satu lagi aku jumpa semperit susu ni Ya Allah sedap weh rangup2 sedap gitu hmmm jap gi aku makan lagilah tengah menaip terbayang semperit tu pulak ha ha


Ralit weh berjalan sedar2 waktu berbuka dah tiba makanya aku dengan encik suami gi tapau A&W je lah hihi


 Alhamdulillah sedap pada tekak aku , Oklah aku nak tido jap jap lagi nak sahur pulak kan , Selamat bersahurlah ye korang jap lagi 💪😊 Wassalam....