Sunday 24 April 2022

AL KISAH 22 RAMADHAN 1443H

 


Aku taip ni jam dah 1.03 pagi hehe apo la tak leh nak tido lagi makanya jomla menaip jap , Ok kisahnya hari ni aku gi mydin saje lah jalan2 cuci mata nak raya kan 😄 Ya Allah kemain ramai umat hehe dah keluar hari minggu haaaa mendapatlah nak bayar pun kena beratur memang pantang aku beratur lama2 ni hehe aku tak beli sangat pun sebab nanti nak shopping raya kat kampung je senang lagipun ada seminggu lebih lagi nak raya kan saja aku balik kampung awal bolehla merasa berpuasa sama kat kampung sinun hihihi 


 Ramainya lah ummat masa ni banyak jugak yang serbu kedai2 emas ewah sakan korang ye nak beraya tahun ni hehe alah fahamla kan 2 tahun tak bebas nak beraya kan aku? nak kata seronok sangat tu tidaklah jugak sebab aku lagi suka bulan puasa bulan ramadhan ni ewah statement aku kan hehe tapi serius aku jujur je heeee

Lama tak bergambar depan cermin sementara tunggu encik suami pilih barang2 dia nak beli aku apelagi? hmmm perempuan dengan cermin bak isi dengan kuku kan hehe

 


 dah masuk bahagian dalam mydin jomlah jalan2 area belakang mydin pulak ada bazaraya situ tempat aku beli kasut pantai eh? hehe


 Cantikkan? murah je weh pi la beli rm20 jerrr hehe aku balik kampung pakai kasut ni je nanti dekat raya beli kasut raya lak hihi 


 Jumaat ritu keluar iftar dengan kawan2 aku tapi aku belum update cerita tu sebab kemalasan nak menaip hahaha nantilah aku update ok hehe dekat bazaraya satu lagi aku jumpa semperit susu ni Ya Allah sedap weh rangup2 sedap gitu hmmm jap gi aku makan lagilah tengah menaip terbayang semperit tu pulak ha ha


Ralit weh berjalan sedar2 waktu berbuka dah tiba makanya aku dengan encik suami gi tapau A&W je lah hihi


 Alhamdulillah sedap pada tekak aku , Oklah aku nak tido jap jap lagi nak sahur pulak kan , Selamat bersahurlah ye korang jap lagi 💪😊 Wassalam....

 

No comments: