Dari Abi Qatadah r.a katanya : Rasulullah S.A.W ditanya tentang Puasa Asyura' (yakni 10 Muharam), beliau S.A.W bersabda : Ianya menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadith Riwayat Muslim).
Dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W bersabda : "Kalau aku hidup
hingga tahun hadapan, aku akan berpuasa 9 juga (yakni 9 Muharam)".
(Hadith Riwayat Muslim)
Hikmah berpuasa 9 Muharam adalah adanya kemungkinan kekeliruan dalam memastikan awal bulan dan juga untuk membezakan puasa kita dengan kaum yahudi yang hanya berpuasa 10 Muharam sahaja.
Oleh kerana itu, kita digalakkan berpuasa 9 & 10 atau 10 & 11 Muharam. Mari kita puasa sehari untuk hapuskan dosa setahun.
" Sesiapa yang berpuasa
pada hari Asyura (10 Muharam) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya
pahala 10,000 malaikat
Sesiapa
yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala
10.000 orang berhaji dan umrah dan 10000 orang mati syahid.
Sesiapa yang
mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t.
akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.
Dan sesiapa yang memberi
makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari
Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah
s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para
sahabat bertanya pada Rasulullah s.a.w.:"Ya Rasulullah s.a.w. adakah
Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari yang
lain?".Berkata Rasulullah s.a.w.:"Ya memang benar, pada hari Asyura
Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi, bukit-bukit, laut,syurga,Nabi
Adam dan Hawa, memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga juga pada hari
Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim, menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api,Allah
s.w.t. menengelamkan Firaun, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s.,
Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam,Allah s.w.t. mengampunkan dosa
Nabi Daud,Allah s.w.t. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan
terjadinya hari kiamat itu juga pada hari Asyura!.
1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.
2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)
Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.
Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)
tp cekmi kene masuk dapur jugak sebab nak masak untuk encik somi balik keje karang ;0...cobaaaaannnnn ;0...ok so nak masak ape??? td jenguk2 resepi kat blog kak Amie he he he sebab ayam je ade pun so nak masak Ayam Masak Stik...;0...tp ubi kentang takde so letak je bahan2 yg ade ;0...simple je kan...;0...k cekmi masuk dapur dulu sebab mood tgh rajin nak masak ni...baik masak sementara mood tgh ade..kalau dtg mood malas kang memangla tak bangun masuk dapur...so kene cepat2 sementara mood masak tgh ade ekekeke ;0..daa..
haa..dah siap pun lunch untuk santapan encik somi dengan siap berpesan kat encik somi jangan abehkan ayam tu ekeke simpan berbuka karang ;0...simple je kan??? ;0 tp cayalah nyum222222 2 kali tambah tu ;p..
tp kan td baca berita tau....kan palestin n israel dah tandatangani gencatan senjata??...sekali tentera israel gi tembak sorang penduduk palestin yang hanye nak letak bendera palestin kat pagar keselamatan ..ade ke patut??? eh dah memang israel ni dari dulu kini dan selamanya takkan patuh pada ape2 perjanjian damai pun...sebab ape??? dorang ni bangsa yang sangat bongkak,sombong,degil sebab tu dorang ni byk bunuh para nabi...tp suatu hari nanti zionis israel akan kecundang jugak....itu pasti.........so kite umat islam mesti terus berfikir dan membantu apa jua cara sekalipun nak bantu saudara2 islam kita kat palestin dan di mana2 saja saudara kita ditindas........
cuaca hari ni.........terang...tenang.....aman....damai....
Alhamdulillah...
ptg2 buat agar2 serakan telur :)....untuk berbuka jap lagi..adoiiiiiii lapooooo hihihihi :)
hari ni tak kuar jadi byk berphotoshoot awan gemawan je jom layan ;0...
Alhamdulillah hari ni sempatla membawa diri ke surau depan umah...tetibe je lepas maghrib kat umah rase nak gi lah membawa diri n encik somi berisyak lak ke surau...sekali tak sangka ramai jugak jemaah berbuka di surau....lepas maghrib ade kuliah maghrib...lepas isyak semua jemaah dijemput lagi makan....dek kerana kekenyangan cekmi just tapau je bawak balik utk bersahur pulak alhamdulillah rejeki kan :)...td terfikir2 jugak kang nak makan ape sahur? lauk berbuka td cekmi tinggal sket kot encik somi n adik cekmi nak makan malam...sekali byk pulak rejeki ini malam ;0...alhamdulillah.....alhamdulillah :)...
gulai ikan ngan ulaman...eh lame kot tak makan gulai ikan n ulaman ;0...leh buat bersahur kang insyaallah :)
Tadikan cekmi tgk TV Alhijrah....tajuk PEACE...dalam ni seorang penceramah DR ZAKIR NAIK...bagi peluang pada semua hadirin yang bukan islam bertanyakan pada beliau sebarang kemusykilan dan yang hebatnya beliau berjaya menjawab segala pertanyaan dengan begitu fasih dan bernas sekali...kagum cekmi dengan segala idea kurniaan Allah S.W.T pada beliau...dalam rancangan tu jugak seorang non muslim wanita selepas dia berpuashati dengan jawapan dari Dr Zakir Naik ni..terus dia mengucap 2 kalimah syahadah....masyaAllah......:)...Dr Zakir Naik mengetahui segala isi kandungan Al Quran..dan mengetahui segala kitab2 agama lain...siap detail muka surat berapa tajuk ape...MasyaAllah.....:)
Dr Zakir Naik....very intelligent person....Alhamdulillah....President IRF....
No comments:
Post a Comment