Hari ni berpagi2 ke Masjid.....cik farah call ajak gi dengar kuliah agama jam 9.30 pagi...hari minggu rupenye kat masjid ni memang buat kuliah dari ustaz ustazah yang diundang....byk jugak pengisian yg dpt selepas 2 hari haku ikut...yelah sebagai manusia biasa kite ni memang tak lari dari buat salah dan silap kan? :)....so bile dgr tu terus wahhhh betullah tu insaf je dgr ;0....
pas dgr kuliah terus kitorang gi Restoran makan tapau untuk lunch..hahaha pemalas tol nak masak padahal td haku dah kuarkan ikan dah hehehe ;p....takpelah alang2 kuar ni beli je la malam kang baru pikir balik nak masak ape hihihihihihi ;p...
ok meh haku kongsi sedikit ilmu yg haku dpt td tentang berbuat baik kepada ibu dan bapa.....haku letak dlm point je la k sebab haku ni turun naik malasnye so hehehehehe ;p.....ok jom tgk ape ilmu pagi ni utk dikongsi bersama :
1) Buat baik kepada kedua ibubapa ALLAH S.W.T akan buka 2 pintu syurga kepadanya.
2) Sakitkan hati kepada kedua ibubapa ALLAH S.W.T buka 2 pintu neraka kepadanya.
3) Jaga kedua ibubapa adalah JIHAD dan mendapat pahala.
4) Jika kamu menjaga kedua ibubapa dengan baik nescaya anak2 kamu akan menjaga kamu kelak.
5) Kewajipan berzakat dan bersolat.
6) Jika kamu bersolat sudah pasti kamu berzakat.
7) Taatlah kepada ALLAH S.W.T dan taatlah kepada rasul.
8) Nabi Muhammad S.A.W mempunyai cop mohor dibelakangnya.....Muhammad barisan pertama.....Rasul barisan kedua ALLAH barisan ketiga.
9) Nabi bersabda ' Solat tepat pada waktunya'
10) 4 perkara wajib disegerakan :
a) Hutang segera bayar
b) Jenazah segera dikebumikan
c) Anak2 perempuan dan anak2 lelaki yang dirisik segera kahwinkan mereka
d) Solat segera pada waktunya
11) Rajin2 berziarah sudah pasti kamu panjang umur dan dimurahkan rezeki
12) Tanda akhir zaman : hamba melahirkan tuannya contoh? : ibubapa menjaga cucunya jadi jagalah anak2 kamu sendiri dan jangan membebankan ibubapa kamu
13) Menjaga ibubapa tidak terbalas jasa pengorbanan mereka
14) Allah hina orang yang menghina ibubapanya
15) Selalulah bermaafan nescaya hati kamu tenang
SEKIAN ceramah dari haku tak seberapa ni ;0....untuk renungan diri haku dan org2 yg mahu ambil faedah untuk dirinya juaaaa :)
No comments:
Post a Comment