Friday, 29 March 2013

REDANG ISLAND....:)




semalam kate teringin nak melepak kat cameron kan??? :)
hari ni tetibe rase mcm nak gi lepak kat Redang lak hihihi ;p
ewah2 melam*** sgt...;p
tp kan Pulau Redang ni encik somi dah janji nak bawak tau..
dari mula2 kawen lagi..:)
that's why si binik gigih jugak nak realisasikan sambil menuntut janji encik somi hihihi ;p
so Pulau Redang adalah Destinasi Cinta kami nanti :)
bila?????
hmmm ni yg tgh fikir ni :)
ikut kajian haku kan dari bulan Oktober - Februari adalah waktu tak sesuai ke sane..
mungkin faktor cuaca dan ombak laut kan...
so if nak gi mestila time sebelum tu....
bile agaknye ni....
fikir2222222222 :)








Pulau Redang adalah pulau yang akan dikunjungi dalam list haku tahun ni :)..semoga termakbul.....



so disebabkan excited dengan Pulau Redang meh haku kongsi sket maklumat tentang pulau Destinasi Cinta haku & encik somi :)


 
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. 




Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.




 
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan.




 Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.





Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.




Penginapan yang dicadangkan bila datang redang ni : Laguna Redang Island Resort..:)
 Antara resort yang mempunyai landskap paling cantik di Pulau Redang...


 Welcome to Laguna Island Beach Resort


Laguna Island Beach Resort



so nice...:)




rilexing :)




feri ke laguna resort...mengikut kajian haku setiap chalet ada transport memasing...kira khasla untuk pelancong2 yang dtg bertamu :)




jeti khas untuk ke laguna resort :)




ketapi yang akan jemput pelancong2 yang dtg ke laguna redang resort...bestkan :)




pemandangan sekitar resort..cantik n tenang jek :)




ni plak yang ngadap pool...best jugak bukak2 pintu lari2 terjun pool ;p





kerusi lepak ngadap pantai...bestnye lagi2 waktu ptg kan time angin bertiup sepoi2 bahasa sambil minum oren jus hihihihihihihi very verangan sudaaaa ;p



Canteeekkkk!!! :)






so nice!! :)




matahari terbit waktu pagi di celah2 pohon2 kelapa huwaaaaaaa nak gi redang skrg!!!!!!!! ;p



baik punye research kan memang kena terjah jugak laguna ni kan ;p....



tibe2 tgh sevey2 ade lak blogger bagi no tepon ni kalau nak ke laguna...:)..ewah2 apakah maksudnya itu??? jeng jeng jeng ;p



Kuala Lumpur Office : 03-21411188
Kuala Terengganu Office: 09-6313322

@


Untuk tempahan silalah hubungi :
Tel - 603-2141 1188 atau 609-631 0888


tp kan haku tak reti berenang....tp haku tingin jugak snorkeling dengan ikan2 kat dalam laut tu...hmm takpe2 haku akan mencabar diriku sendiri sebab haku berpegang pada YAKIN BOLEH!!! ;p....haku rase boleh tp kene slow2 sebelum go fast ;p...aja2!!! :)






ayooooo....tetibe ayoooo kan hehehe ;p
hari ni masak lambat sket...tp soooo simple kot...;p
menu hari ni : ikan bilis goreng / sayur goreng /telur dadar mayonis/ kuah blackpepper...
tu je????? ;p
ye tu jeeeee cukupla kan sebab tu pun dah sedap ape hehehehehehe...;p
tapi??????!!!!!
tgh hidang2 kat meja makan tup2222 adik haku balik dari jamuan makan opis dia...

sekali dia bagi sebungkus plastik kat haku...
mak aiiiiiii rejeki kot ;p
mcm2 ade dlm tu.....seb haku masak tak bykkan ;p
so menu dlm plastik tu : nasi dagang/gulai ikan/agar2 warna warni/donut/bihun goreng/kek/kuah sup/suhun goreng/
ALHAMDULILLAH kan :)
selalu habis tp hari ni memang rezeki kitorang ;0...
memang kekenyangan tol...
esok tak yah masakla habiskan je apede....;p
tak bek membazir kan :)



4 comments:

TeacherAzimah said...

saya pun teringin sgt nak ke pulau redang ni...kita masukkan dlm impian :-)

Tihara said...

waw pulau redang pun best jugak :)

amy said...

TA
tu la..wish dream comes true.:)

amy said...

Tihara..
rasenye bukan best jugak tu tp besssstttttt :)..jom2 cuti2 malaysia segalanya disini hehehe..:)