Tuesday, 31 May 2022

SARAPAN DI DULANG COFFEE HOUSE EXCELSIOR HOTEL

 


 Hari ni lepas aku dengan encik suami selesaikan beberapa urusan kami cadang gi sarapan dekat Dulang Coffee House Excelsior Hotel , sebenarnya aku tak pernah cuba lagi menu kat sini jadinya kami sarapan sini je lah pagi ni hehe


 Sampai2 je tengok dorang baru nak bukak aku dengan encik suami terus masuk ambik buku menu ala carte terus gi kat meja pilih2 menu


Untuk air aku dengan encik suami pilih Hot Green Tea Latte , sedap jugak kat tekak aku


Masa ni takde sangat pun pelanggan mungkin masih awal kan , santai2 je makan sini  staff Coffee House siap hidangkan air 2 gelas sementara kami tengah pilih2 menu 😊


Hot Green Tea dah sampai Bismillah... 

 


Masa ni aku tengok encik suami order nasi dengan telur chicken je kuahnya mana? ha ha beliau lupa nak order kuah pastu aku order Tomyam Soup seafood baru kena kan dengan telur dadar tu hehe dahla tengah hujan kat luar tu hirup pulak tomyam panas2 memang ngamlah...👍


Aku order Tuna Sandwich , makan ni saje pun kenyang sampai malam hihi 


 Haaa sampai dah Tomyam Soup Seafood encik suami


Aku sebenarnya bila tengah makan memang tak suka bau asap rokok sebab tu aku pilih2 jugak tempat makan tu kalau takde bau asap rokok seronok je nak makan santai2 


 Lepas makan kami terus balik je sebab mengantuk pulak ha ha yelah hujan2 kan tak lama baru ada pelanggan masuk ramai2 mungkin ada jamuan syarikat kot....

Sunday, 29 May 2022

TAMAN SYURGA MAK MEI 2022

 


 Jumaat 27/5/2022 aku gi ziarah kubur arwah mak aku , Al fatehah kat arwah...duduk sekejap sedekahkan Al Fatehah dengan bacaan Yasin , aku datang dengan encik suami , adik perempuan & anak buah Ammar , tenang je kawasan kubur tu 

 


Kerap jugak aku terfikir macam mana lah keadaan mak aku sekarang , insyaallah aku sentiasa doakan arwah mak aku sekarang sedang berbahagia kat Taman2 Syurga Tertinggi dengan orang2 beriman yang telah kembali ke Rahmatullah , dunia ni kalau nak dibandingkan dengan akhirat memang tak boleh dibandingkan dengan kehebatan alam akhirat jadi peringatan jugak untuk aku supaya hidup bersederhana & sentiasa menjadi manusia yang selalu bersyukur atas segala kurniaan Allah S.W.T ke atas kita....Alhamdulillah...


 Ammar kat kubur Tok...rindu sangat dah 7 bulan tok kembali ke Rahmatullah....Al Fatehah selalu kat tok....

JALAN2 DI LADANG BURUNG UNTA DAN TASEK MELATI

 


Semalam aku , encik suami , adik aku dengan anak buah aku jalan2 ke Perlis , lama jugak aku tak balik Perlis sejak Pkp dulu , alang2 abang aku dengan keluarga ada jamuan Hari Raya kat Perlis kami pun ikut sekali tapi kami tak ke jamuan persatuan dorang tapi melencong ke tempat lain ha ha cari2 tempat menarik tiba2 kami terus ke Ladang Burung Unta dekat Padang besar ha ha dahla cuaca nampak mendung je tak pasal nak ke ladang pulak hihi tapi tetap jugakla kami ke situ ha ha


 Masa ni nak balik dah lepas jalan2 dalam ladang tu sebab masa awalnya ada pengunjung lain tengah bergambar jadi kami masuk dalam jalan2 dulu & ada pengawal keselamatan kat pintu masuk hanya sorang je tulis nama dengan bilangan orang masuk percuma saja

 

 Luas jugak kawasan ladang ni dengan ada beberapa binatang lain jugak macam kuda padi , burung merak , ayam belanda , rusa , kerbau , kuda & burung2 bolehla jalan2 santai2 kat sini bagi makan binatang2 kat situ

Masa bergambar pandai pulak cik kak ni datang tepi pagar hehe tinggi jugak burung unta ni 

 


Masa nak sampai ladang ni cuaca memang mendung je ada sesetengah kawasan hujan dah turun & angin pun kuat bergoyang jugakla sikit kereta tapi kami teruskan jugak Alhamdulillah Allah S.W.T mengizinkan kami jalan2 tengok binatang2 dalam ni dengan selesa tak panas pun...syukur


 Ammar je yang ikut masa ni lain2 ikut abang aku ke majlis jamuan Hari Raya dekat Tasek Timah Tasoh tu , situ pun cantik tempatnya tapi masa ni kami pilih tempat yang tak pernah jejak lagi walaupun adik aku dulu lama kerja sini pun tak pernah sampai hehe baru best kan pergi tempat2 yang belum sampai


 Jalan2 terjumpa pulak buaian anak raja ni ha ha mahal kan buaian ni aku nak beli tu macam ewah2 sangat jadi kalau terjumpa tu apalagi jomlah layan jap he he


 Muat jugak tu duduk 2 orang ha ha tapi dekat situ ada je buaian2 panjang nak duduk 3,4 orang pun boleh tapi yang ni buaian jenis raga


Lepas jalan2 dekat ladang burung unta tu kami ke Tasek Melati pulak , lama aku tak datang sini last pun masa kecik dulu kat sinilah abah aku terjumpa dengan Herman Tino masa kami jalan2 sini 

 


Meh bergambar satu kali dengan anak buah aku yang banyak akal ni hehe 


 Dah jom gi cari ABC pulak sebelum gi rumah sepupu aku solat 'asar sebelum balik rumah , tengok budak kat belakang tu ha ha


 Dah2 jom makan petang...


 Dekat kedai makan ni kami order Ais Batu Campur sedap jugak sampai Ammar anak buah aku nak tambah 1 lagi  , aku pulak order laksa macam biasa dengan kueyteow goreng pedas sikit adik aku order encik suami pulak order rojak pastu air aku order bandung laici ha ha ntah mana datang idea tu sebenarnya bandung cincau tapi aku tersebut bandung laici 2 kali pelayan situ tanya mungkin beliau ingat salah dengar ha ha tapi boleh je dorang sediakan hehe

 Masa tengah makan situ tiba2 adik aku nampak sedara baru datang makan situ jugak Abang Kaman & Kak Ti jumpalah sekejap salam2 borak2 sikit sebelum sambung makan , siap makan kami gerak ke rumah sepupu sebelum balik rumah lepas solat maghtib , sempat lagi tapau makanan untuk makan malam kami dengan keluarga abang aku kat rumah

 Sekian dulu cerita hari ni nanti insyaAllah aku sambung lagi ye 😊....Wassalam

Friday, 27 May 2022

BERBUKA PUASA @ PORT KAMBING BAKAQ

 


Hari ni seharian aku dengan adik aku kemas2 dapur walaupun aku tengah puasa tapi aku Alhamdulillah ok je kemas2 sedar2 masa berjalan tiba dah waktu berbuka... 


Malam ni lepas aku berbuka sikit kat rumah hanya minum air Sunquick dengan makan Jeli Kelapa lepas solat maghrib kami gi makan dekat Port Kambing Bakaq , ramai betul datang makan sini  malam ni...


Chicken Grill Cheese aku yang order 

 

           Chezy Wedges Aidil yang order


Anak buah aku ni order Chezy Wedges dengan Nugget Tempura , air pulak Naala Tembikai Laici tapi makan sikit dah kenyang pastu ajak balik cepat ewah kitorang belum pun abes makan ha ha pastu dia buat la lap2 meja sampai bersinar sementara tunggu kitorang abes makan ha ha badan kecik mana boleh abeskan menu banyak2 last2 kitorang jugak yang habiskan 🤣

 


 Lamb Grill Cheese encik suami yang order


 Aku order Chicken Grilled Tembak cheese dengan Air Teh Bunga Matahari madu 3 ha ha sedap jugak licin aku makan encik suami pulak order Lamb Grilled Tembak Cheese demgan Air Cappucino pastu aku tambah Air Yogurt Strawberry


 Ni lah antara menu2nya nanti tanda kat 1 kertas bagi kat staff situ tapi memang cepatlah menu kami sampai 😊👍 Pastu yang bungkus bawak balik pun ada sebab Arif anak buah aku yang sorang lagi tak nak ikut maklumlah nak remaja dah mana nak ikut sangat kan 😄 menu yang bungkus Jus Naga dengan Nasi Ghee sup Gearbox...Alhamdulillah 😘 

Elok aku habis taip hujan lebat turun jam 12.16 tengah malam Alhamdulillah sedap sket nak tido kan hehe..  

Thursday, 26 May 2022

MAKAN MALAM DI CAFE MAT PERIUK

 


 5


Tak rancang pun sebenarnya nak singgah cafe ni aku selalu macam tu hehe tiba2 idea muncul terus gi je mana yang selesa nak santai2 makan walaupun tempat tu jauh ke kutub utara haha

Aku macam biasa order menu Nasi Goreng Ikan Masin & rasanya memang menepati citarasa tekak aku ni 😊👍 

Encik suami pulak order menu Nasi Ikan Bawal Penyet
 


 Mula2 kitorang duduk dekat tingkap mengadap sungai tepi tu dapatla tengok ikan ke apa ntah besar sangat timbul situ dalam beberapa ekor tapi sebab hujan campur dengan aircond yang dipasang terus pindah ke dalam sikit yang kurang sejuk 😄 camno lah kan nak gi negara2 sejuk memang sehari 2 ok lagi kalau lama2 duduk homestay je la malas nak keluar jalan2 dalam cuaca sejuk hihi duduk tepi kayu api je la panaskan badan ha ha

Suasana dalam Cafe Mat Periuk sebelah dalam , tu encik suami tengah tanda menu order pastu gi bagi kat kaunter sebelah depan pintu masuk

Sebelum singgah kat Cafe Mat Periuk ni aku ada singgah 1 kedai makan jual kuih2 maklumla bila tengah puasa ni macam2 nak beli tapi bila dah makan 🍛nasik 🥞kuih2 tu macam hmmm bawak ke supper jap lagilah pulak hehe ala2 makan waktu moreh tu hihi tapi 🍮Cream Caramel tu Mat Periuk ada jual & sedap jugak rasamya😘👍...tekak aku lah tekak orang lain mungkin lain pulak kan 😁

 

Bagi aku selesalah nak makan kat cafe ni tenang je menikmati menu2 yang ada pastu surau dengan tandas pun ada nak santai2 sampai tutup cafe pun boleh hehe tapi encik suami tak nak tunggu sampai cafe tutup aku ok je ha ha

 

Mula2 je duduk tepi ni pastu ubah tempat makan hehe sejuk tambah lagi hujan kat luar tu


 Lepas tanda menu tu & gi bagi kat kaunter kena ambik troli ni bawak ke meja makan senang lepas makan letak je kat troli tu senang pekerja situ bawak terus gi cuci nak makan banyak2 pun boleh selagi mampu hihi


 Cantik jugakkan suasana luar lagi2 masa hujan renyai2 nampak je hidupan dalam tu timbul & gerak perlahan2.

 


Lepas makan , solat maghrib kitorang pun balik ke pangkal jalan 😁 dah kenyang apalagi kan 😴😴😴😴 lah pastu hehe

Tuesday, 24 May 2022

MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN HAJI GHANY

 


 Semalam lepas selesaikan beberapa urusan sebelum balik kampung sambung raya ha ha kan syawal masih ada korang dah puasa 6 ke belum? dapat pahala macam puasa setahun tau 😄😄😄 aku sambung puasa 6 kat kampung je sambil sambung raya haha 

 aku order ikan tenggiri goreng , telur masin , acar timun dengan sirap ais kuah pulak kuah campur2 mamak2 kan suka campur2 kuah layan je lah 😄👍

 


 encik suami ambik kari kepala ikan , telur masin dengan acar timun pastu air teh o limau

Kitorang makan kat bahagian ada aircond tenang je makan sebab aku pantang tengah2 makan tiba2 bau asap rokok hmmm sabo je lah....past makan baru kitorang balik sebab dah mengantuk ha ha 

 Oklah stop dulu nanti aku sambung cerita insyaAllah banyak gambar2 yang belum update sini hehe tunggu mode rajin on baru rajin nak menaip 😄 korang doakanla aku rajin ye hehe makasih.....💕 Oklah Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.....

 

Thursday, 19 May 2022

MAKAN MALAM DI MACHAMEE CAFE

 


 


 Malam ni aku ikut je encik suami nak makan kat mana , katanya ada tempat makan baru bukak nak cuba situ aku macam ok je la jom je lah 


Santai je tempat makannya , adalah jugak pelanggan yang datang makan 



Malam ni encik suami nak makan pasembor aku ok je mana2
 


Baru sampai air Jasmine Romance dengan Pasembur Macha encik suami manakala aku air Cemomile & Lemongrass , menu aku belum sampai...takpe rilek je hihi 


Encik suami order Pasembur Macha dengan air Jasmine Romance manakala aku  order Set Meal Kids sebab ada bubur nasi & aku tak nak makan pasembur hehe air pulak Cemomile & Lemongrass dua2 perisa ni dari Ahmad London Tea tu lah hmmm kat london sana ada ladang teh ke? bila agaknya aku dengan encik suami nak sampai london kan? hehe


Ok semua menu order dah sampai apalagi...

 


Jom jemput makan dulu...Bismillah...😘