Sunday, 3 September 2017

DARI TERENGGANU KE PAMERAN ARTIFAK



Alkisah pada suatu petang tetibe encik suami balik awal , dalam hati aku tertanya jugak dah kenapa awal bebenor suami aku ni balik kalau tak selagi malam belum menjelma beliau memang sakan bekerja hehe rupanya mak mertua aku suruh balik tapi tak tahu sebab apa dah sampai sana baru mertua aku cerita begitula suami aku cakap , aku plak rasa pelik boleh eh rahsia2 dulu? tapi ape2 je lah aku ok saja maklumla kaki jalan macam aku ni ok je anytime keluar berjalan2 aku lagila suka hahaha


Dah balik kelam kabut tu beg pun tak berkemas stress pulak nak pikir nak ambik baju apa pastu berapa hari plak nanti kat sana tu hah sudah stress aku last2 pakai ambik je baju2 terus sumbat dalam beg aku macam tu je dengan tak berlipat haha ntah hape2 rushing semacam tak tau punca hahaha


So dengan sepantasnya jadila 4 beg ntah hape2 aku sumbat pun ntah dalam beg tu haha pastu dengan hujan lagi terus kami ke stesyen bas ambik bas on the spot ke terengganu memang rushingla stress plak haku hahaha tengok berapa banyak perkataan stress dah aku sebut kan hahaha 


Sebelum naik bas tu suami aku terserempak dengan kawan beliau so bas belum bergerak sempatla dorang borak2 then bila bas nak bergerak kami pun naik pastu dalam 5 jam macam tu bas ni berhenti rehat dekat stesyen bas kuantan sempatla beli makanan makan atas bas kan kemudian dalam 2 jam baru sampai terengganu lebih kurang jam 4 pagi lebih so sampai2 je umah mertua terus sambung tido hahaha ngantuk kot sebab dalam bas bukannya boleh tido sangat kan


So pagi2 esok tu aku tertanya jugak sebab ape kena balik tu sebab tengok mertua aku sihat je so pagi tu lepas sarapan just borak2 je dengan mertua aku pastu baru mertua aku bagitahu sebelum kami sampai beliau tak sihat sebab demam tapi dah ok sketla macam serba salah pulak mertua aku tu hehe padahal aku ok je pun mungkin rindu dekat anak dia yang jarang2 dapat balik kan hmm plan asal aku ingat sebelum raya haji balik terengganu pastu raya haji sekali tapi bila dah balik ni rasenye raya haji kat rumah je la sebab family aku dari kedah nak beraya kat umah aku plak so hmm gitula ceritanya


Hmm menu mertua aku ni memang sedap tapi aku rasa macam dah lupa cara2 nak masak hahaha padahal mertua aku dah ajar masa kami sama2 memasak di dapur heee


Sebelum balik memang wajibla aku gi pantai kan hehe kata terengganu memang terkenal dengan pantai so masa misi mencari keropok lekor dengan keropok keping sempatla aku dengan encik suami dan jugak adik ipar aku melepak makan dekat gerai seberang pantai minum aiskrim kelapa , abc jagung dengan makan keropok lekor goreng yang dah macam pisang goreng aku tengok haha tipah tertipu tapi sedap je layan makan sambil tengok pemandangan pantai nun tak jauh dari gerai kami melepak hehe


Apa yang aku rasa awan2 kat terengganu ni selalu nampak awesome kat mata aku


Masa ni tengah layan keropok lekor yang digoreng ala2 pisang goreng hmm ade2 je kan korang ni merekacipta menu pelik2 heee tapi sedap kira okla heee



Bukan senang adik ipar aku ni nak senyum macho camni haa ade pun sekeping 2 heee


Masa ni tengah menunggu order sampai


My order Aiskrim Kelapa rasanya ok2la layan je petang2 sambil tengok pemandangan laut nun di seberang jalan


Ni ABC Jagung encik suami order n rasanya okla boleh layan hehe


Aku memang suka pantai setiap kali balik terengganu memang aku tak lupa datang sini hehe


Meninggalkan jejak blog disitu heee ntah dah terpadam ke tak sebab aku biar je pastu


Dekat pantai ni jugak tengah sibuk berwefie2 dengan encik suami sekali tercepuk jatuh hp atas pasir hahaha tergamam aku haha tapi encik suami terus ambik dengan pantasnya pastu hembus2 keluarkan pasir yang dah masuk dalam lubang tempat charge hp tu sambil marahkan aku sebab tak berhati2 heeee eh takkan aku sesuka nak jatuhkan kan nangesla kalau rosak tapi alhamdulillah elok je lepas dihembus2 kuarkan pasir yang tersekat tu pastu terus dah takde nak wefie2 hihihi



Petang2 memang ramai budak2 kat sini


So pagi jumaat tu aku bangun awal sebab nak berjalan2 keliling kampung hehe kesian encik suami kena bangun awal2 keluar rumah haha salah satu sebab kat terengganu ni sarapan pagi dia memang best macam2 jenis juadah yang takde kat tempat aku tapi ada jual kat sini tu salah satu sebabnya tapi rupanya ada pasar pagi yang lagi meriah tak jauh dari bandar so terus kami ke situ je beli sket2 pastu melepak makan di pondok dekat trek orang ramai berjogging dan bersenam hmm ramai betul pagi2 tu tapi bestlah meriah



Bersama mertua dan ipar duai




Kemudian malam ipar2 aku datang jumpa borak2 sebab esok paginya kami dah bertolak balik tapi pagi2 tu sempat lagi ke rumah kak dengan abg ipar aku tengok rumah yang dorang renovate sambil minum teh kesihatan gitu haha rasenye? dah nama teh kesihatan kan memang takde rase n tawar haha lepas borak2 wefie2 minum2 kami pun bergerak balik


Menyengih Qal ni sekarang hee dulu masa kecik2 pandang pun takut tak nak kat orang dah besar baru ok kan geram qal omey2 ni tau hehe


Bersama ipar duai di rumahnya


Kemudian dalam bas kami decide nak ke pameran artifak shah alam so kami terus ke sana nak tengok tinggalan2 nabi dan para sahabat


Tiket masuk Pameran Artifak dengan bayaran RM20 dewasa bagi aku berbaloi dengan melihat khazanah yang bernilai di dalam sana kalau datang agak lambat kita akan diberi peluang masuk lagi selepas solat jadi mereka akan tulis di belakang tiket itu menandakan kita boleh masuk lagi


We are here finally yeay!!!! hehe


Sebelum berhajat datang ke pameran artifak ni aku ada membaca sirah nabi dan para sahabat tentang bagaimana  kehidupan mereka bersama2 nabi menegakkan syiar islam dan bila aku tengok semua khazanah yang ada kat sini aku memang rasa touching sangat2 sebab aku tahu kisah mereka huuuu mereka para sahabat sangat mencintai mati sebagaimana kita mencintai hidup huhu mati yang mereka maksudkan dalam menyebarkan islam dan rindu untuk bertemu dengan Allah masyaAllah hebat mereka2 ini memang sukar nak jumpa insan sehebat sahabat2 nabi S.A.W di zaman kita ini kan


Al Quran bercetak emas


Serban Nabi S.A.W nanti di sini ada lubang kecil aku tak pasti untuk ape tapi ade pengunjung menyuruh aku ambil bau dari lubang kecil yang sedia ada dan baunya seperti bau pokok mungkin serban nabi diperbuat dari situ kan



Memang hebat pedang2 sahabat Nabi kita S.A.W bukan pedang yang kosong tapi sangat berseni


Pedang2 sahabat Nabi S.A.W yang besar2 berkilau dan berseni





Capal @ selipar Nabi S.A.W



Wefie bersama2 heeee



Tapak kaki Nabi S.A.W


Tongkat Nabi S.A.W




Rambut Nabi S.A.W yang dikatakan tiada bayang2 padanya untuk membuktikan beliau benar2 seorang Nabi



Janggut Nabi S.A.W


Busur memanah Nabi S.A.W


Darah bekam Nabi S.A.W


Lagi pedang sahabat2 nabi


Antara nama pedang2 Nabi S.A.W



Masa ni baru tahu beginila pakaian tentera zaman Nabi S.A.W hebat bukan?



Cop Nabi S.A.W


Kami seronok berada disini


Air Zam Zam


Tanah dari permakaman Nabi S.A.W





Jubah milik Saidina Hussin r.a











Sebahagian harta rampasan perang


Nama2 Ashabul Kahfi


Sebutir beras yang tertulis surah All Ikhlas



Kereta Kuda



Sekian Wassalam...





Saturday, 1 July 2017

AIDILFITRI DI KEDAH 2017 😍






Tahun ni aku balik beraya kat Kedah walaupun plannya nak beraya dulu kat kampung suami aku kat terengganu 😃

Macam mana boleh tertukar plan pun tahla hehe tapi tetap aku akan balik beraya ke terengganu lepas tu kan

So entri kali ni aku cerita untuk raya pertama hingga ke hari raya ketiga sebab raya keempat aku dah balik rumah sebelum nak beraya ke terengganu pulak

Pagi2 raya biaselah keluarga aku akan bersarapan dulu sebelum sama2 ke surau berdekatan rumah untuk menunaikan solat aidilfitri

Pagi raya kami bersarapan ketupat dengan rendang ayam pastu ada menu2 lain jugak tapi yang wajib ada di pagi raya semestinya ketupat air tangan mak aku hehe 😊

Biasenye selepas solat aidilfitri kami same2 ke rumah jemaah surau yang selalu buat rumah terbuka lepas solat raya so kami panggil mak ndak saje

Mak ndak sekeluarga masak bihun sup , cendol , ketupat , lemang , kueh raya untuk jemaah2 surau , alhamdulillah kenyang pastu baru kami balik ke rumah

Sebelum bertolak balik beraya ke kampung mak aku kat kampung jawa kami berselfie ramai2😎



Ada lagi gambar nanti aku masukkan 

Lepas tu sesi agihan duit raya kat anak2 buah yang seramai 8 orang tapi yang ada cuma 7 orang sorang lagi ada di selangor tak balik raya tahun ni sebab masih berpantang maknye tu ( wife adik aku yang bongsu )













Sebelum bertolak ke kampung mak aku kami wefie depan rumah dulu ramai2😎




Sampai je kat kampung mak aku dah ramai sedara mara aku berhimpun kat rumah mak long aku ( kakak mak aku yang sulung )





n

Orang sibuk buat ketupat dia pun nak menyibuk sama hehe😍


Anak buah sepupu Syahmi dengan adik aku Diana


Sepupu aku si jubah hitam Kamal , anak buah sepupu Hamdi dengan ayahnya Lutfi suami sepupu aku Asmahan adik kepada si jubah hitam gitu😄



Hamdi dengan Syahmi





Sepupu sepapat Husna , Wada , Alia , Syahmi , Su , Sofiyya , Siti


Keluarga sepupu lelaki Adi , Aida , Syahirah , Syahidah , Syakirah , Syarmila & Ammar


Dekat rumah tok wan 


Raya ketiga keluarga sebelah abah aku dari Perlis  akan datang beraya beramai2 memang akan penuh rumah luar dalam 


Amir sekeluarga sepupu sebelah abah aku


bersambung.....

Saturday, 24 June 2017

BALIK KAMPUNG BERAYA 😄




Hi korang😄
Mesti korang dah sampai kampung kan?
Yang tak balik kampung tu takpelah nanti raya tahun depan boleh balik kan?😘
Yang takde kampung tu nanti kawen carila pasangan yang ada kampung so baru ada istilah balik kampung tu 😄
Aku sekarang dalam perjalanan balik kampung😍
Kalau dikira dekat 6 bulan aku tak balik
Ntah apa yang aku busykan pun ntahlah
kesian pulak kat mak abah aku kat kampung🤓
Selalu tanya bila nak balik
Banyak urusan sebenarnya kalau ikut hati tiap2 minggu aku nak balik kampung
Tapi itulah namanya kehidupan kan
Takpelah niat aku memang ada nak balik tiap2 minggu sebenarnya
Hope akan terlaksana nanti amin...😌
Oklah nak cerita pasal persiapan raya tahun ni aku rasa biasa2 je
Mungkin dah besar kan so takla excited sangat cuma lebih excited nak balik kampung je lain2 belakang kisah hehe
Sape tak rindu kampung halaman kan
Kampung tok nenek kita
Jumpa sedara mara dgn kawan2
Ni kawan2 sekolah menengah aku dah plan nak jumpa dekat rumah kawan kitorang tapi tu lah tak boleh nak janji 
Selalu raya aku akan balik 2 tempat ni sebab nak melawat sedara mara
Kampung mak aku kat Alor Setar dengan kampung abah aku dekat perlis
So memang kami akan balik beraya
Selalu raya ke 4 baru adik beradik semua balas kunjungan
Time tu memang bersilatla mak aku dengan aku2 sekali kat dapur 😄
Tapi memang seronok ramai2 datang kan
Oklah korang tu je nak cerita sebab persiapan biasa2 saja 😄
Nanti aku update lagi ok
Selamat Hari Raya korang 
Maaf Zahir Batin 
😍

Friday, 16 June 2017

RAMADAN 2017 😊


Hi korang 🙋
dah masuk ramadan ke 21 baru aku ada masa menaip kat blog 😄
busy sungguh aku dengan kehidupan seharian 🤓
apa yang aku busykan sangat tu ntahlah hahaha 😄

Ramadan tahun ni aku banyak ke bazar ramadan je la 🙆
sebab asyik blur nak masak ape hari2
beli sekali dengan sahur settle
kalau mode rajin baru aku masak
tu pun ringkas2 je 😂

so nanti aku akan balik kampung sebelum raya
nak berpuasa kat kampung jugak
rindunya 😍
mak aku kerap tanya bila aku nak balik
sampai aku rasa bersalah pulak 
lama jugakla tak balik kampung
rindu kampungku itu
rindu semua 😍
cepat sungguh masa berlalu kan
zaman kecik2 memang best
buka puasa ramai2
sahur ramai2 walaupun ada yang liat nak bangun
dah bangun kemudian tertidur balik
pastu terkejut kena gerak suruh bangun jugak
lepas sahur tidur sambil duduk atas katil sebab bangun awal sangat kan
rindunya zaman kecik2 kan 😍

hari ni aku g bazar jugak
beli nasi arab kambing , nasi arab ayam , karipap ayam dengan daging , popia , air tembikai , air mangga
pastu beli jugak lauk2 untuk sahur macam ikan kembung masak asam , sambal udang petai dengan masak hati goreng kunyit
tapi hati goreng kunyit dah habis bedal makan dengan nasi arab time berbuka tadi hehe 😄

sebenarnya dah seminggu aku cuti puasa hehe harap2 esok aku boleh berpuasa semula
kejap je ramadan nak habis
tak puas kalau setahun ramadan pun ok bagi aku 

korang mesti dah buat persiapan raya kan?
aku ni ape pun tak buat lagi
bila dah dewasa tu biasa je rasa
lainla zaman budak2 dulu memang seronok bila sebut pasal raya
aku rasa lagi seronok bulan ramadan sebab yelah bila dah dewasa ni kenala tambah amalan kan 

oklah korang 
ni pun dah jam 1.22 pagi
jap lagi bangun sahur pulak
walaupun tak puasa tapi tetap kena bangun sediakan sahur untuk encik suami jugak 
aku pun dah macam berpuasa jugak sebab makan sahur sekali hehe 😄
siang pun bukan makan pun

oklah selamat bersahur jap g ye n selamat berpuasa 😘

💖