Thursday, 11 January 2018

JALAN JALAN CARI MAKAN DI WASNA




Maghrib tadi aku ke pasar malam dengan encik suami sebab nak cari bahan2 mentah dah habis dah sebab tu tak masak sangat tapi sekarang ni aku rasa aku ada hobi barula hahaha nak tahu ape hobi baru aku tu? apelagi aku kerap sekarang ni gi pasar malam la pulak tadi pun selain ayam ikan aku beli kuih lepat pisang dengan laksa jugak hehe my favourite tu


Dah beli tu encik suami ajak makan kat wasna ni aku macam biasela ok je tak kisah pun lagipun tak pernah lagi cuba makan kat sini so ya jom kita makan hahaha sukati sangat bila bab makan ni kan padahal masing2 makin debab 😃



So berhenti makan malam kat sini




ate dah macam pelancong pulak nak bergambar bagai 😃




Pemandangan dalam restoran , oklah sebab ada tv depan tu so layan makan sambil tengok tv 😄




Antara menu dari menu2 yang ada , ok jugaklah tempat ni selesa jugak nak makan pastu ada jugak set combo makan family dari 2 orang hingga 8 orang , sedap2 menu set tu next time boleh cuba




Orang terengganu memang inila yang order dulu haha orang utara ni layankan aje dah semua bedal muahaha 😄




tak sedar lagi tu makin membulat makan lalu je 😆




Nasi Pakimau haha pelikkan nama menu nasik ni aku saje je try so pelayan tu cakap nasi cincang2 samada nak ayam atau daging dorang masakkan so aku pilih daging , rasa ok je sebab licin jugak aku makan kan...😄




Pastu aku tambah telur dadar




Encik suami memang order ni je Nasi Goreng USA cuma USA je tak sampai lagi hahaha 😄




Dah kenyang jomla balik lepas makan automatik nak cari bantal haha

Oklah tido dulu hujan lebat kawasan rumah aku ni sedap tido wassalam zZZZzzzZzz



Wednesday, 10 January 2018

POPIA DAGING MIX VEGE




Hai korang 🙋

Awal2 tahun ni macam rajin sket buat N3 baru kan 😄
Harap tu aku rajinla mengupdate pasni walaupun aku boleh dikatakan sibuk dengan urusan hari2

Ni pun aku tengah usha 1 tempat untuk anniversary kami akan datang , ada beberapa pilihan tempat tapi selepas dipertimbangkan aku decide pergi ke tempat yang encik suami tak pernah jejak lagi walaupun aku dah jejak beberapa kali tempat itu muahaha 😄 so ya banyak pulak nak survey2 itu ini waduh pusing kepalo den 😄

Oklah sekarang ni aku nak cerita tentang popia aku ni so jom kita tengok resepi popia ikut apa bahan yang ada dekat dapur aku tu 😄


So ini je lah bahan2 buat popia cara aku kali ni 😄
Ape yang ade guna je lah 😃 mak aku tepon time tengah gulung popia ni hehe rajin tak anak mak ni? 😄



Cara buat inti ni sonang je , mula2 tumis hirisan bawang besar bila agak kekuningan tu masukkan daging burger ramly , kacau2 sampai daging masak baru masukkan mix vege kemudian perasakan dengan sos tiram , siap! 😘



Dengan inti banyak tu boleh dapat 18 biji popia , banyakkan? 😍 pueh ati makan hehe



So time gulung popia ni gulung longgar2 gitu supaya bila goreng nanti tak pecah2 , aku pun ada baca tips macam tu so ya ai follow saja 😋


Lepas siap digoreng & dihias 😘



Naturel Blend Cooking Oil
Minyak masak bunga canola & bunga matahari
RM17.80
2Kg = 2.2 liter

So tahun ni aku decide nak masak2 pakai minyak ni pulak

Aku sebenarnya cuba nak kurangkan minyak dalam masakan tapi selalu tak berjaya sebab masakan aku nak tak nak kena jugak pakai minyak so mungkin aku kena fikir menu lain yang tak pakai banyak sangat minyak atau kurang penggunaan minyak hmm 🤔😃
Minyak ni aku beli kat jaya grocer mall
Pastu terus ke secret recipe 😄




Gardenia Muffin Banana & Walnut RM1.60 pilihan encik suami



Gardenia Say Cheese Pizza Mania RM2.30
try ambik ni nak rasa hehe



Ice Blended Coklat RM9.91

Encik suami yang pilih air ni sebab kami kongsi 2 orang , asal aku nak pilih air panas tapi encik suami cakap sikit je air dia kalau ambil yang panas so ok lah order air di atas je lah ai ok jek 😋



Cheese Berries Cake RM8.30

Bagi aku ok je lah rasa kek ni cuma mungkin aku kurang menggemari beri so ya layan je sampai licin sebab aku dah pilih nak makan kek ni 😄




Chocolate Chip Walnut RM8.30

Kek ni bagi aku sedapla jugak lagi2 bila makan tu rasa gigit2 kacang walnut tu nak buat sendiri memang ke lautlah haha so baik beli & makan je kat Secret Recipe ni 😄


Oklah aku stop dulu nak tido jam pun dah 1.36 pagi zzzz wassalam...

Monday, 8 January 2018



Malam ni dekat rumah aku ada pasar malam , so kena pegi jugakla sebab bahan2 masak dah yelek 😄 sampai je pasar malam terus jalan2 tengok2 ape yang patut dibeli tapi aku beli sotong dengan ikan je la lain2 ade lagi so habiskan ape yang ade dulu nanti boleh beli semula sebab peti ais pun takla besar mane bagi seorang food hunter macam aku ni muahaha 😄 tak sedar lagi tu makin debab 😄😄😄

So lepas beli tu singgah restoran thai ni order nasi goreng ikan masin dengan air koko yen , encik suami order nasi putih , ikan kembung goreng , sayur cendawan goreng dengan nescafe makan2 sambil tengok tv lagipun tak ramai orang pun selesa sikit nak makan lame2 😄





Esoknya petang sikit aku masak sambal sotong yang beli dekat pasar malam tu sepinggan RM5 begitu jugak ikan gituu 😄 aku jarang masak sambal sotong sebab kalau selalu makan rasa gatal2 tapi kalau jarang2 makan ok pulak ha ha sebab tu jarang nampak aku makan seafood kan selamat duit aku muahaha 😄😄



Oklah aku kekenyangan ni baru lepas makan , kat luar tu hujan so suasana sekarang ni memang mengundang kengantukkan sambil layan tv 😄

K bye 😄😄😄



Sunday, 7 January 2018

NASI AYAM @ MARRY BROWN




Tadi aku gi Aeon Mall dengan encik suami , saje je jalan2 window shopping dengan nak makan malam sekali , aku suka jalan2 waktu malam berbanding siang ha ha macam puteri lilin gitu 😄 padahal kulit same je dengan bangsa melayu asli yang lain hehe alhamdulillah cuaca sejuk je sepanjang malam maklumla kawasan daerah aku kerap turun hujan so bila kerap hujan suhu jadi sejuk so boleh jadi stress kalau pasang kipas @ aircond ha ha ha 😄 grrrr aircond panas ade tak? gituuuu 😄

So sebelum window shopping kat Aeon Mall tu kami gi jalan2 cari makan dulu , asalnya nak makan dekat food court tapi yang mengurangkan rasa nak makan situ bila tukang masaknya bukan orang melayu huhu so kami ni memang memilih & tengok jugak sape tukang masaknya so tak jadi makan kat food court tu walaupun aku hampir2 nak order sebab encik suami ajak makan dekat Marry Brown


Aku fikir ape je nak makan dekat Marry Brown tu bukan ade nasi sangat pun hahaha tapiiiiiiiii tak ku sangka rupanya dah ada menu nasi ayam dengan nasi lemak kat Marry Brown tu 😄😄😄 nampak nau dah ketinggalan aku ni maklumla jarang2 masuk Marry Brown kan hik!

So oklah kita makan situ je terus kami order Nasi Ayam 2 set pastu air tukar coffee o panas2 , 1 set tu dalam RM12 lebih macam tu so rasa dia oklah sedap jugak layan 😘 dapat pulak duduk dekat kerusi buaian kalau lama2 duduk situ memang boleh terbuai jugak kat situ zzzzzzz hahaha


Lepas makan malam situ turun gi bahagian supermarket tapi takde beli ape pun kata window shopping kan sekali tengok Marygold ada promosi RM4.40 satu berbanding harga asal RM5.85 macam tu so terambil 2 kotak 😄 perempuan dan shopping bagai isi dengan kuku gituuuu muahaha


Kemudian jalan2 kejap cuci mata dekat 11 malam baru teringat jalan pulang tu pun encik suami ajak keluar haha yang binik pulak boleh cakap biarla kita jalan2 sampai ada speaker cakap tu yang 2 orang tu tak reti2 nak balik ke? udah2 le bawakla mentido pulak hahahaha 😆😆😆

Oke2 fine jomlah keluar cik abangggg gituuuu 😄 




Aku send gambar kipas2 manual ni kat group wassap family aku sebab dorang ada beli online tapi kena pakai bateri harga belas2 jugak berbanding harga kipas manual ni 3 RM10 je kot hehe best pulak aku ambil tekan2 depan muka 😄 sejuk jugak , ni kalau takde letrik kat rumah berguna jugakla benda alah ni kan 😄

Wassalam 🙋


Anak2 buah aku : Arif Aidil Ammar yang suka sangat tolong kat dapur 😍 - serius uli onde2 ha ha ha please jangan serius sangat boley???? 😄😄😄

Wednesday, 3 January 2018

MAKAN MALAM DI RESTORAN NASI VANGGEY



Malam ni aku keluar makan malam di Restoran Nasi Vanggey selepas dah tak tahu nak makan kat mane tambah lagi barang2 dapur belum beli nak masak2 kat rumah so ya lets dinner here 😃


Malam ni suhu sejuk sebab hujan makin kerap turun lately tapi alhamdulillah hujan turun pun salah satu rahmat dari Allah S.W.T juga kan so mesti sentiasa bersyukur padaNya 😊

Tak ramai sangat malam ni pengunjung makan kat sini masa kami mula2 sampai tapi bila malam semakin larut pengunjung makin bertambah dalam masa yang sama aku sendiri konfius nak order ape  hahaha 😄


Last2 aku order Nasi Goreng Biasa lepas pelayan lama berdiri nak ambil order hihi lepas tu baru fikir kenapa aku order nasi goreng biasa pulak pastu mula la nak tepuk dahi sendiri 😄 nanges muahaha, harga RM5.50 camtu


So dah order nasi goreng biasa semata aku mintak encik suami tolong order menu atas ni aku ingat ayam goreng bulat2 rupenye cucur ayam ha ha ha tepuk lagi dahi 😅 so makan je lah jangan banyak songeh 😄 harga RM3.50 camtu


Encik suami asalnya nak makan nasi tapi order kueyteow goreng ni  harga dalam RM4.50 macam tu , rasa ok la sebab licin makan pastu hehe 😃


Beli tepung ni dekat jaya grocer kononnya nak buat roti canai sebab hari ni aku ada tengok cara2 buat roti canai kat youtube tapi bila aku nak rajin buat tahla tengok nanti time rajin muahaha 😄

So nampaknya aku masih berperang dengan MALAS awal tahun ni harap RAJIN akan lebih mendominasi hidup aku amin...😄

Oklah aku time malam2 sebelum tido je baru dapat update entri baru siangnya busy dengan segala macam urusan kehidupan tapi hati aku tak sabar nak balik kampung rindu kat kampung dah berapa bulan tak balik ginilah anak perantauan sejak dulu 😄 

Oklah sehingga bertemu di lain entri bye wassalam..