Thursday, 12 July 2018

CARI TEMPAT MAKAN MINUM KUCING DAN DINNER DI KENNY ROGERS




 Hi korang 🙋‍♀️
Hari ni aku nak update ape yang aku buat hari ni 😃
Aku ke pet shop sebab nak beli tempat makanan dengan minuman kucing pastu beli pek2 makanan kucing sekali 🐺
Aku tak bela pun kucing tapi ntah mana datang sekor kucing ni dahla manja bonar memang sentiasa la ada kat depan rumah aku ni 😃
Pastu dahla kuat makan siap pagi2 kalau aku lambat letak makanan dia terus menjerit2 depan tingkap marah kat aku sebab bila dia tengok bekas makanan kosong dia mula la nak berleter kat aku muahahaha 😆
So pas membeli tu terus aku dengan encik suami ke Aeon Mall 👫
Lepas settle urusan encik suami nak beli barang aku lalu bahagian roti2 tapi dah nak dekat tutup so tak banyak pilihan roti yang ada so terus jalan depan lagi sampai ternampak Kenny Rogers ada buat promosi syawal chicken meal rice tu dengan harga RM19.30 untuk 2 set 😍
Kekdah buy 1 free 1 gitu sampaila 13/7 ni
Korang yang baca info aku ni apelagik terus ke kenny rogers tempat korang cepat 😄
Sedap pun sedap pastu kenyang pun kenyang sampai dah takleh nak bangun dari kerusi la 😄


Lepas dah order jom selfie2 kejap takde keroje 😄 tak ramai pun orang time ni maklumla dah nak tutup kang stay lama2 jeling2 pulak staff situ kang...tak reti2 nak balik ke makhluk 2 orang ni muahaha 😄


Ni air Chocolicious Milk
Harga RM9.90
Aku share je dengan encik suami sebab selalu tak habis pun 
So sedaplah air ni
Ada panas dengan sejuk untuk air ni
Tapi encik suami pilih yang sejuk sebab nampak banyak sikit katanya 😃


Pastu datang pulak Muffin Banana dengan Muffin Chocolate ni
Mufin ni aku tapau bawak balik muahaha 😄
Dah kenyang makan nasik celah mana pulak nak sumbat lagi mufin2 ni? sengkak perut aku kang tak pasal2 😄


Tak lama sampaila menu yang di tunggu-tunggu 😍
Ni nasi tomato dengan ayam masak merah , besar portion ayam dia sampai tak habis pun aku makan 😃 siap ayam ni pun aku tapau bawak balik sekali 😄
Yang makaroni tu pilihan sendiri
So sedaplah pastu kenyang sungguhla...alhamdulillah atas rezeki hari ni 😍


Siap ditapau 😃


Encik suami ambil gambar kite 😆


Ni pulak menu encik suami
Beliau pilih buah-buahan
Memang licinla beliau makan 😃
Orang lelaki memang kalau bab-bab makan ni juara selalu 😄


Encik suami dengan tab berpisah tiada 😃
Tak plan pun makan sini tapi dah ternampak promosi tu pastu dengan belum makan malam lagi kenapa tidak kita grab je promosi ni kan? 😍


Aku beli pek2 makanan kucing kat kedai ni sebab murah2 mungkin pemborong kot pastu dengan kucing2 mana tah ade je singgah umah aku tumpang makan minum so aku beli banyak sikit jenama pun lain2 sampai tokey perempuan tu kata nak buat rojak ke ni muahaha 😃
Idokla aku campur-campur cuma habiskan 1 pek dulu baru tukar pek lain hehe gitu kekdahnye 😃
Bagi kucing rasa lain-lain perisa gitu...😄


Selain tu ada jugak kucing-kucing untuk dijual
Sian je duduk dalam sangkar
Kucing-kucing aku tu gasak korangla nak lepak mane-mane janji bila lapar datang jugak rumah aku muahaha 😄
Maklumla rumah aku ni kan kantin dorang ha ha ha 😉



RM3.50


RM2.80


RM2.80


RM2.80


RM3.30



Bekas makanan dengan minuman kucing 😻
Senang guna macam ni 
tuang je pek tadi dalam bekas pastu makanan tu akan jatuh depan ruang tu
Boleh adjust bawah tu nak letak banyak mana
pastu lock balik 
So kalau nampak macam nak habis nanti boleh bukak lock bawah tu semula gitu 😍👍
Harga dalam RM35 macam tu
Sebelah tu botol air dia 
Dah kosong nanti boleh tambah lagi 😍
Sonang kojo den hehe 😄


Cewah-cewah seronok dia dapat tempat makanan dengan minuman baru 😻😄
Pasni jangan nak menjerit2 depan tingkap mintak makanan tau
Makcik nak tido jangan membising 😆

Oklah stop dulu daaaa 🙋‍♀️

Sunday, 8 July 2018

💞CERITA RAYA 2018 KU💞




Hi korang 🙋‍♀️
Semoga korang sentiasa ceria & sihat dalam menempuh kehidupan seharian
Amin...😊👍
Aku macam biasa kehidupan sentiasa ada masam manisnya tapi insyaAllah Allah sentiasa ada bersama kita untuk kita bergantung harap padaNya...


budak2 sekarang nampak kamera je kemain menyengih hehe - Rayqal omey2 ni 😍

Oklah hari ni mode aku berada dalam keadaan bagus so marilah kita update kisah raya 2018 yang belum habis syawalnya ni 😃 aku ada lagi 4 hari nak berpuasa syawal harap dapat bertahan la kan bila berpuasa di bulan selain ramadan ni hehe 😄


masa kecik2 lagi nangis takut dengan orang 😃 bila dah besar sikit amboi sengih kemain haha rayqal si budak korea gitu 😃 macam anak korea je budak ni kan 😍

So tahun ni aku beraya di terengganu darul iman iaitu kampung encik suami
tapi aku dari 26 ramadan tu dah angkat bendera jepun huhu makanya tak dapatla aku gi solat raya la kan sedih kan? 🤦‍♀️
tapi sempatla aku ke bazar ramadan kat situ maklumla aku memang suka tengok makanan2 yang dijual lagi2 makanan2 di pantai timur ni 😃
sebabnya boleh jumpa makanan2 yang agak unik2 yang tak dapat di negeri2 selain negeri pantai timur ni


masa ni di rumah abg sulung encik suami : abg mi & kak izan

So kebetulan adik ipar aku tu pun balik sebelum raya yang kawen dengan orang nogori tu beliau ada masak daging salai masak lemak , wow menu yang memang dah lama aku teringin nak rasa sebab masa balik ke pantai timur tu ade je aku ternampak gerai2 yang jual menu tu tapi tak berkesempatan nak beli so seronokla bila adik ipar aku masak sebab beliau pun baru first time masak asyikla tanya suami beliau betul ke tak cara masaknye tu hehe 😃 aku tengok je lah tolong kang lain pulak rasa so tolong kacau2 je lah muahaha 😄
tapi sedap sangat hilang kempunan aku nak makan daging salai masak lomak tu kuikuikui 😄


mertua & ipar duai sebelah pantai timur 😍

Masa bukak puasa tu ade lagi adik ipar aku sefamily datang berbuka sekali siap suami beliau nak belanja berbuka wah memang meriah betul dengan makanan 😍 tapi 1 kuih tu aku tengok macam kaswi rupenye tapi suami adik ipar aku rosli tu kata tu kuih badak guling aku macam ingat tersalah dengar nasib aku tak gelak terguling2 dengar nama kuih tu hahaha 😆
tapi aku tak rasa pun cuma mertua aku la rase tapi pastu keluarkan balik sebab katanya rasa macam teruk sikit nak telan hahaha 😆 sian pulak aku tengok macam kelakar pun ade pastu suami adik ipar aku kata ramai betul beli kuih tu tu yang beliau terbeli sama hihi macam2 kan tapi lain2 menu layankan je 😄


Saudara mara sepupu sepapat aku di indera kayangan 😍

So esoknya raya tu aku tolong2la mertua aku kat dapur tu , asal raya je memang mertua aku order sate pastu buat nasi minyak , ketupat order je pastu lemang sepatutnya ada tapi tak sempat nak kuar beli so makan je lah lepas yang lain2 balik solat raya pastu ramai2 gerak ke rumah abang ipar aku beraya situ dulu


Menu raya rumah mertua 😍

Kat rumah abang ipar aku tu kitorang makan nasi hujan panas , gulai ayam , tapai , kuih2 raya sebelum ramai2 bergambar pastu balik rumah mertua tunggu lain2 tetamu pulak datang


abg & kak ipar aku : bang chid & kak nor serta anak2 beliau 

Esoknya aku pun balik tapi sebelum tu aku gi rumah adik ipar aku jumpe2 sebelum balik sambil tengok rumah baru beliau
siap ada tanam pokok2 pisang senang nanti nak buat cucur pisang ambil je kat pokok kan hehe best betul 😍

Family aku tapi tak cukup korum kuikuikui 😃

dari kiri : mak teh ani , anak beliau fatimah az zahra , adik aku , adik aku diana


adik & anak buah aku : ain & aydan


Sepupu2 aku : cik on , kak su , abg kamal , abg lutfi , siti


adik aku diana , aba aku amir & anak buah aydan


mak aku yang tudung hijau dengan sepupu beliau mak long nab

So esoknya baru aku balik raya kampung aku pulak kat utaqha sana 😍
Walaupun nak habis syawal tapi masih bulan syawal kan so marila beraya kat kampung aku pulak
mak aku tu kalau aku tak balik merajuk beliau kuikuikui
anak perantau camnila 😃 tu tak aku backpacker gi oversea lagi tu macam zahariz tu & lain2 backpacker tegar camnola pulak nak balik selalu kan 😄 
tak pun jomla mak abah apokata ikut aku gi backpacker sekali haa baru betul 😃


ni untuk anak2 buah aku 😃 sedap coklat ni , tu pun ternampak secara tak sengaja kat giant masa jalan2 situ , staff situ bagi rasa sikit pastu terus wah sedap ni next time kena beli hehe 😃 so beli la untuk 3A tu kan kuikuikui

coklat ni pun bila ternampak terus terbeli muahaha 😃 pastu laju2 ajak encik suami keluar haha bahaya betul lama2 jalan2 dalam mall ni fuh 😥😃


aku memang jarang makan coklat tapi sekali teringin tu baru la rasa nak beli so try makan coklat ni hmm sedapnya walaupun harga pun sedap jugak haha 😄

Oklah sekarang ni aku kena masuk dapur sebab nak masak untuk sarapan pagi esok ,  so bolehla bawak bekal sikit kan , aku nak masak ayam masak sambal je pun 😃 lain2 cuma potong timun dengan kacang kelisa , sayur pulak ada baki so cukuplah kan sementara sampai kampung tu 😘


ni tadi aku temankan encik suami ada urusan sikit 😎


Ni masa aku jalan2 cari makan sebab aku nak cari laksa 😃 favourite aku kan laksa so berhenti makan kat warong malaysia ni , walaupun laksanya jenis halus2 tu harga RM4.50 tapi sebab sedap so puas hati la jugak 😄


ni pulak encik suami order nasi ayam chicken chop harga RM13 , wow! tapi alhamdulillah sedap kan syukur selalu kuikuikui 😃


abc ni lama aku tak makan so order je la rasa pun alhamdulillah sedap , lagi sedap ada aiskrim atas tu kan 😃 berbaloi la dengan harga RM3 nya tu 😀

Ok daaa have a nice ya nak tido dulu zzzz 🙋‍♀️❤


Wednesday, 4 July 2018

JOM BORAK SANTAI 😃



Sekarang ni dah jam 1 pagi
Aku baru ada mode nak menaip
Selalu time2 camni aku memang belum tido lagi
Kecuali kalau aku betul2 mengantuk
So marila borak jap cerita hari ni sampai aku rasa nak tertido , harap hp aku ni tak tercepuk atas muka sudah kuikuikui sakit tau terus terbukak luas mata tak pasal2 kihkihkih 😄


Malam lepas maghrib tu aku keluar dengan encik suami ke gerai makcik ni sebab nak tukar seluar jeans yang encik suami beli
Asalnya beliau pakai size yang biasa beliau pakai sekali bila dah beli pastu cuba kat rumah jadi ketat pulak ha ha lepas raya dah banyak lelemak berkumpul so terpaksala ke gerai tu semula sebab nak tukar size besar sikit 😄


Tapi sebelum ke gerai makcik tu kami gi makan malam dulu
So jalan2 tengok stall2 makanan kat 1 tempat ni banyak jugak menu2 yang dijual 
Tapi kami nak cuba 1 kedai ni macam baru bukak , nampak luas , kemas dan cantik so dudukla kat situ pastu order nasi goreng ikan masin telur mata dengan carrot juice untuk aku manakala encik suami order nasi goreng ikan rebus dengan nescafe ais pastu bila order dah sampai aku bangun gi tambah ayam goreng berempah pulak hehe


Sekali bila 2,3 kali suap aku rasa macam kenapa masin terlebih nasik goreng aku ni ha ha ha memangla aku order nasik goreng ikan masin tapi siap aku tergigit garam lagi tu 😂 tapi aku makan je lah sebab encik suami tak cakap ape pun


Bila dah habis makan aku cakap kat encik suami pasal masin tu pehtu beliau pun cakap hal yang sama 😆 eh cik kak nape goreng masin sangat nasik tu? tengah bad mood ke? patutla tak ramai datang makan walaupun tempat cantik rasanya samada cik kak tu kena gi belajar memasak atau tukar tukang masak baru 😃


Kalau ada borang komen memang confirmla aku tulis komen tapi takde pulak haha nak tegur macam tak terkeluar perkataan so memang tak jejak lagila tempat makan macam ni 😃 bye2 ye...


So lepas makan tu terus ke gerai makcik tu pas tukar size besar kena tambah lagi duit RM5 so aku cakap kat encik suami lagi bertambah besar badan lagila kena tambah duit untuk size seluar yang besar 😉 so nak kena bagi slim balikla kan nak tak nak kena jugak tu hehe


Pastu singgah beli roti jap kat kedai pakcik ni , aku memang kerap beli roti kat situ sebab macam2 jenis dengan perisa roti pakcik tu jual dahla gebus2 je roti2 situ sedap pulak tu 😗


Pastu singgah mcdy beli aiskrim jap then baru balik rumah...rehat2 pastu layan bola la pulak encik suami kan 😉


Oklah mata pun dah pedih ni jap lagi nak bangun sahur pulak daaaaa....🙋‍♀️




Tuesday, 3 July 2018

TRY BURGER RIO DAN MCFLURRY DURIAN



Hi korang 🙋‍♀️
Korang pernah try tak burger rio mcdy tu?
Aku baru try beli hari ni
Bukan burger rio je aku order jugak Mcflurry durian tu 😃


Set Beef Rio Burger tu harga RM17.45 dapat 1 large beef rio burger , 1 large coke mcfreeze , 1 large fries

Pastu

1 Mcflurry durian RM8.99 tapi dapat sekali 1 large coke RM3.30

Aku macam kenapa dapat 2 air sebab aku order mcflurry durian je rupenye memang sekali dengan air eh 😃


Mulanya aku excited la nak makan burger tu ha ha so aku belah 4 sebab share dengan encik suami beliau tak nak order sebab rasa kenyang lagi makan kfc nachos 3 ketul tu 😃 tapi sekali aku gigit kunyah2 tak lama lepas tu rasa macam pedas2 lada hitam mula menguasai dalam mulut aku hahaha 😃 pedas oih bagi aku yang sekarang ni kurang makan pedas haha nak habiskan suku tu pun siap pastu makan fries pastu minum coke dengan mcflurry durian bagi hilang pedas lada hitam tu 😄


Ni kfc yang encik suami order pastu kekenyangan sampai ke malam 😃

Pastu singgah mall jap beli whiskas kat cik2 kucing yang bertandang kat rumah aku tu , aku takde bela kucing2 tapi ntahla banyak je kucing2 yang datang makan kat rumah aku ni nak2 ada sekor tu manja betul suka sambut bila encik suami balik keje pastu bila nak gi keja sanggup lari2 gi hantar depan pintu pastu baru patah balik makan sarapan pagi 😍 bila hari minggu siap menjerit2 kat luar kalau lambat sedia makanan pagi ewah2 😄 


Aku memang beli jenama ni je sebab laju je dorang makan kadang2 aku beli ikan pastu rebus gaul2 dengan nasik memang gemuk2 la korang kan pastu bajet rumah aku ala2 kantin korang kan takpe makcik redha je wahai kucing2 sekelian hehe 😃



Truck atas ni aku beli kat anak buah aku yang bongsu ammar muzaffar sebab jarang nampak budak ni main mainan sebab lebih pada gajet2 so dari mata tu asyik ngadap gajet haa mainla truck ni ye hehe

Oklah pedih dah mata aku nak menaip , nak solat pastu zzzzz 🙋‍♀️ sekian dulu....






Monday, 2 July 2018

BERKELAH DI TAMAN EKO KLEDANG SAIONG DI HUJUNG MINGGU



Hari ni aku rajin sikit buat roti jala
Nak masak ambik masa bila makan seminit je dah cepat habis ha ha ha
Tapi masakla sambil bersabar bilo la nak habis menjala ni 😄


Pastu aku buat nasik goreng pulak
Teringin masak macam masakan kampung mak long aku beliau tumbuk bawang dengan cili kering tu so bahan2 dah ade so aku just tambah hirisan petai dengan telur je
Masak2 terus masuk bekas sebab aku dengan encik suami plan pergi berkelah hari ni lunch kat sana terus
So hari ni aku ke taman eko kledang saiong tu dekat je dengan area mydin meru
Cuaca alhamdulillah cantik je sepanjang kami kat lebuhraya
Sampai je kat taman eko tu aku tengok dah ada je kereta2 dengan motor2 parking depan tu so dah ade orang lagi awal datang dari kami nampaknya hehe so apelagik terus gi parking masuk pastu kena tulis nama , ic , masa , tarikh masuk kat pondok pengawal situ
Dah siap semua baru kami masuk lenggang kangkung sambil encik suami bawak bekalan makanan dengan minuman sementara aku pulak bawak tikar je sebab sibuk nak bergambar sana sini ha ha ha 😄


Yang tak tahan tu encik suami siap cakap bila la bateri hp aku nak habis ni muahaha dengki betul sebab aku busy je ambik gambar dengan video sana sini last2 encik suami dah jauh jalan ke depan yang binik tersiput2 tinggal kat belakang ha ha ha 😄 

So di sebabkan kami sampai dah masuk waktu zuhur maka first sekali cari surau dulu , rupanya dah ada surau dalam ni siap telekung sejadah semua okla tempatnya luas jugakla pastu dekat dengan dewan dan juga tapak khemah bestlah 😍


InsyaAllah aku pun berhajat nak berkhemah kat sini suatu hari nanti samada dengan kawan2 atau keluarga sebab dah lama tak berkhemah lagipun pengawal situ kata malam2 memang ada pengawal2 jaga situ pastu kalau nak berkhemah kena buat surat seminggu sebelum pastu hantar surat ke jabatan perhutanan , aku macam oh macam tu ingat sesuka hati je bila2 nak pasang khemah 😄😄😄

Masa masuk surau tu nak ambik wuduk air pulak tak dibukak lagi so encik suami panggil staff situ rupanya air tutup dekat kepala paip belakang surau sebab time tu tangki air bocor takut tempias masuk ikut tingkap surau so lepas solat je encik suami tutup balik sebab air tak lama pas bukak melimpah terjun kat longkang luar surau lama2 air tu baru berhenti melimpah gitu 😃

Lepas solat baru la best santai2 makan kan so pastu gi cari tempat strategik pulak
Tak jauh pun dari tempat orang2 yang datang awal tu cuma aku dengan encik suami ke bawah sikit betul2 tepi sungai , hampar tikar pun area batu2 sungai kunun nak feeling makan dalam sungaila gitu muahaha 😄


Dalam sungai tu rupanya ada anak2 ikan apelagik encik suami cuba2la nak tangkap tapi laju pulak larinya ha ha 😃

So santai2 situ sambil makan sambil kocak2 rendam kaki main air sambil cuci mata tengok keliling hutan situ tup2 aku ternampak 1 daun panjang ni bergoyang2 terliuk2 tak berhenti padahal daun2 lain takde pulak terliuk2 laju macam daun tu 🤔 dalam hati mungkin tupai kot main2 kat situ lantak situ janji aku nak santai2 je dalam sungai tu hehe 🤣


So bila dah settle makan tengahari tu duduk2 main air sungai tak lama pastu kami pun gerak balik dekat jam 4 petang , masa keluar dari situ ade je lagi pengunjung2 lain baru sampai siap ade yang bawak periuk nasi semua tu 😎

Tapi bagi aku bestlah berkelah sini mungkin next time datang lagi kena bawak persalinan baju , tuala , bantal hehe yelah sini semua dah ada rasanya tengah upgrade bagi cantik lagi so banyak dah kemudahan kat sini 😉👍