Sunday, 3 July 2022

DAY 1 : SANTAI DI M&Z MELATI HOMESTAY CAMERON HIGHLANDS

 


Al kisah Sabtu 2/7/2022 aku dengan encik suami naik Cameron Highlands ada beberapa urusan sikit tapi kali ni kami booking siap2 takut takde bilik hehe jadinya kali ni kami bioking M&Z Melati Homestay dalam kawasan Taman Sedia tu , sampai je masuk awal dalam jam 12 tengahari sebab bilik ada kosong kat inap desanya lepas tu kami gi makan tengahari dekat Restoran Pak Leh Chicken Rice dekat Tanah Rata sebelah bangunan Sunbirds Hotel yang aku menginap hari tu , suhu jangan cakaplah sejuk weh air dah macam air sejuk dalam peti ais bila tiba malam dah macam ais dah ha ha pijak lantai pun seram 18°C kot heeee stokin tak bawak memanglah kena bawak lepas2 ni sebab aku tak tahan sejuk sangat tapi ada hati nak naik homestay atas rasa kabus2 malam tapi encik suami dah tak nak pulak jadi masuk bilik je lah sambung makan tadi kat Anjer Restaurant dekat je dengan jalan nak ke pasar malam Golden Hill tu kedainya bertentangan dengan Casa De La Rosa Hotel

Sarapan merangkap makan tengahari kami kat Restoran Pak Leh Chicken Rice kat Tanah Rata bersebelahan bangunan Sunbirds Hotel tu , aku ambil nasi , telur masin , kerabu mangga , sambal belacan , masak lemak daging salai , air teh tarik manakala encik suami ambik ikan bakar dengan daging masak kicap , air teh o limau suam semuanya harga RM38.50

Sampai dah masa ni kat M&Z Melati Homestay

Korang boleh hubungi no tu mana tahu korang nak rasa menginap kat sini pulak kan , memang sejuk suhu kat sini lagi2 waktu malam 18°C bawaklah baju sejuk , stokin tebal2 hehe macam aku tak bawak stokin tebal haa ambik masalah sket nak rasa suam2 sikit bawah selimut tilam tu

Bilik aku pertama yang turun dari tangga tu dinamakan sebagai Inap Desa tapi bagi aku selesa lah aku dapat 2 katil queen , ada 1 single tilam , ada tv , sejadah , pemanas air , cawan , rak letak kasut , bilik air ada pemanas air , harga aku dapat sebab naik hari Sabtu RM150 , penginapan ni dekat je dengan Restoran Ayam Gepuk tu sebelah menyebelah je

Pintu masuk arah belakang ni


     2 Katil Queen pastu masa aku check in ada 1 tilam single jugak tepi katil tu


Tv , Cermin , Meja Kecik , Rak Sangkut


Tingkap boleh bukak macam ni , depan tu tempat parking kereta


 Toilet , Pemanas Air , Sinki , Tuala dengan Sabun kena mintak ye ada selipar jugak kalau tak melompat kau lantai sejuk yang amat hehe

Cantik betul bunga kat Melati ni 


 Aku suka tengok bunga2 cantik tapi ntah kenapa aku tak minat nak beli pastu hias laman rumah heeee


Besar bunga ni nak sama besar je dengan muka aku kan hihi 

Lepas selesai apa yang patut kami gi jalan2 sekitar brinchang nampak Pak Tam Kek tu berhentilah beli Kek Durian Cheese dengan Kek Lobak Cheese dua2 harga RM15 jadi semuanya RM30 lah

Selain 2 kek pak tam tu aku beli jugak brokoli goreng cicah sos cili tu harga RM5 kat pasar malam golden hill memang sesaklah manusia kat situ hihi

Jalan2 nampak bunga ni macam bunga kekwa ke memang kekwa hehe maaflah aku memang suka jugaklah layan bunga2 ni tapi nama ke laut dalam ha ha

Tepi jalan pun jadik sebab cantik kan..............bunga tu hihi


 Malam lepas maghrib kami makan malam kat sini , kedai ni tepi jalan je arah nak masuk ke pasar malam golden hill tu , sedap2 jugak menunya kena lah jugak dengan tekak aku licin makan hehe

Suasana dalam kedai makan boleh nampak kereta2 bersusun nak masuk ke pasar malam golden hill tu


 Menu ni encik suami order Kueyteow goreng basah dengan teh o limau suamnya

Aku pulak cuba menu nasi goreng ayam grill dengan kopi o panas memang sedaplah


             Bismillah....jom makan


 Alhamdulillah dah kenyang jomlah balik ke inap desa mengantuk dah suhu sejuk malam2 tak kuasa dah nak jalan2 malam2 heeee


 Haha serius aku memang tak boleh bila suhu sejuk sangat macam malam ni suhu 18°C , berselubung terus dengan baju sejuk , jam 12.37 tengah malam aku tak boleh nak tidur lagi dahla baru kuar bilik air , air pun macam ais ja ja walaupun ada pemanas air tu tapi nak cepat tak sanggup berlamaan dalam toilet 

Thursday, 23 June 2022

D1 CAMPING @ NAKAWAN CAMPSITE , PERLIS

 


 


 Santai jap di Monorel Cafe sementara tunggu ETS sampai


 Layan makan Nasi lemak Telur Mata dengan Teh Tarik dengan Teh O Limau

 


Lama kan tak naik ETS biasalah dah purba ni tak seaktif zaman muda2 dulu hehe 


  Alhamdulillah aku sampai di KTM Alor Setar jam 2.44 petang , terus ke Pekan Rabu makan tengahari , apalagi cari Laksa lah hehe dengan air teh tarik , makan dengan tapau laksa sekali bawak balik kampung , encik suami pulak order nasi ayam dengan nescafe , santai2 jap baru balik kampung , anak buah aku Ammar dah call tu seronok tunjuk barang2 dah beli untuk berkhemah hehe amboiii budak2 seronoklah yang purba ni nak buat ape kat hutan?🤣


 Sedap laksa kat Pekan Rabu ni menepati tekak aku jadi aku bungkus 2 bawak balik kampung


Barang2 yang aku bawak balik , barang2 berkhemah je tu lain2 tambah sikit2 


 Ni adik aku siap bekalan air mineral nak frozenkan bahan2 perapan macam ayam perap dengan satay daging

 


Anak buah aku Ammar tunjuk bahan2 masak nanti masa berkhemah 😊 seronok sangat dia nak gi berkhemah hehe

 


 Alhamdulillah sampai ke Nakawan Campsite


Antara kemudahan2 yang disediakan di tapak khemah Nakawan BaseCamp


 Tengah aku , encik suami , adik terkial2 nak pasang khemah unta saiz L ni tiba2 datang adik2 dari sekolah maahad tolong pasang , alhamdulillah hehe mungkin cikgu dorang nampak kami cuba pasang besi khemah asyik tergolek kiri kanan je tak naik2 khemahnya ha ha maklumla pertama kali nak pacak khemah kan ha ha


 Adik2 ni mesti selalu berkhemah kan? bagus  dorang ni cekap pasang tengok macam dah biasa berkhemah ni


Perkemas khemah jap gigih pasang khemah malam haa menjawablah lenguh abeh hehe


 Dah siap pasang khemah ni aku nak pasang tali pulak bagi khemah betul2 tegap


 Masa kami sampai dah ada beberapa khemah kat situ bila dah dekat malam ada dalam 10 khemah jadi memang tak sunyi lah kawasan situ lampu pun dipasang lagi2 khemah aku dalam 20 langkah je nak ke bilik air atau tandas , ada 2 tandas dengan 2 bilik mandi , tekanan air pun kuat puaslah nak mandi manda dalam tu hehe cuma tempat sangkut baju lah takde dalam tu harap pihak khemah dapatlah pasang tempat ampai dalam tu senang nak letak barang2 atau baju mandi kan? 


 Budak2 apalagi tak sabar2 nak berendam hehe


 Ada baby kecik takla boring sgt berkhemah kan


                     Ammar n ayra 


                  Antara jiran2 kami


                 Antara jiran2 kami


               Antara jiran2 kami


 Encik suami testing duduk dalam khemah


 Groundsheet adik aku , nanti aku kena beli besar sikit


Ammar yang seronok nak berkhemah 

 


 Khemah aku depan tiang lampu ni je malam2 memang tak gelapla sangat pastu ada plug tu , esoknya sepupu aku nak datang aku pesan beli plug bulat tu dengan soket 3 lubang senang nak charge tepon kan


             Adik aku masak telur dadar


 Suasana malam di Nakawan Campsite , tenang & santai je jiran2 pun ada yang belum tido sampai aku pun jam 3 pagi tak tido sebab berubah tempat tido kan dengar lagi dorang borak2 gelak2 kereta masuk keluar

 

DAY 2 @ NAKAWAN CAMPSITE

 


Aku terfikir kan ape je aktiviti yang boleh dibuat masa berkhemah , kalau budak2 tu yelah seronok mandi sungai , mandi kolam , makan , tido hehe kalau yang purba2 ni? lagi2 hujan pun turun sikit2 hanya yang dibuat masak , makan , borak2 , basuh pinggan mangkuk , ambik angin tinjau kawasan sekitar pastu ulang aktiviti yang sama heeee mungkin sebab aku baru mula jadi mana boleh bandingkan dengan orang2 yang kerap keluar berkhemah kan?  


Menu pagi tu kami masak mee goreng dengan air Teh Tarik & Kopi Madu Kelulut , gigih kan ha ha sesekali masak di luar


Siap dah masak , masa ni tengah tunggu budak2 balik dari mandi kolam dengan sungai , apalagi pakat kelaparan lepas berendam lama

Petang sikit sepupu aku Cik ala datang hantar barang2 camping tambahan yang kami nak guna sampai sesatlah kereta duduk atas bukit sempit tak berani nak undur balik hehe geng gi selamatkan abang , adik dengan aku lah dalam hujan renyai2 tu haha lawak betul dengan abang aku berkain pelikat lari2 naik bukit gi tolong sempat adik aku rakam tu haha nanti boleh tunjuk balik kat dia hihi


Pas rehat2 makan2 kami jalan2 tinjau kawasan , nak buat apa lagi kan heee

Tengah jalan2 tangkap aidil jap sibuk tak nampak muka asyik berendam je dalam kolam heee


 Ajak sepupu aku tido khemah sekali tapi dia dah janji nak balik rumah abang dia sebab anak buah Awatif balik dari Shah Alam lain kali pulaklah tido khemah


Petang2 sikit baru mula bakar2 satay ayam , daging dengan sosej , masak banyak sikit pastu bagi sikit dekat jiran2 sebelah tu pun tak habis sampai ada lagi bawak balik


 Aktiviti waktu malam kami , borak2 , makan2 , main2 dengan ayra penyeri malam bising je dia waktu malam lah nak keluarkan suara dia hehe 1 tapak khemah boleh dengar kot hehe


              Santai2 malam 


Suasana malam ada lampu2 warna warni pengawal datang bukak jadi tak gelaplah kawasan 

 Aku taip ni pun dah jam 12.47 tengah malam , baru balik toilet tadi encik suami teman jugak walaupun dekat je dengan khemah kami hihi , aku bukan penakut cuma cuak je sebab aku tengah cuti kan heee balik khemah tengok abang aku ada santai2 kat luar khemah mungkin tengah mengopi...

Ok waktu2 sekarang ni encik suami dah sambung tido pastu aku dengar ada jiran2 khemah yang belum tido jugak sebab dengar dorang borak2 , hujan sikit2 macam nak habis dah tapi ntahlah harap tak lebat suhu pulak 27 darjah celcius nyaman je suhunya sedap tidolah hehe

 Ada dalam 8 khemah aku kira tadi , 4 baru datang berkhemah dan sekarang jam 1.11 pagi pun ada yang masih borak2 pastu menu makan malam kami buat bbq daging , ayam dengan sosej.