Friday, 14 October 2022

SANTAI BESDAY @ FOODS PROJECT CAFE

 


Alhamdulillah...ulang tahun kelahiran aku tahun ni yang ke dot dot dot :0 hehe semakin purba dah :0 kami hanya makan2 di Foods Project Cafe yang tak pernah aku jejak lagi sebelum ni :0


 Pening dah kami nak cari cafe ni hehe lepas berpusing2 cari terus tanya pekerja kedai yang tengah rehat , rupanya depan padang tu je hehe :0


 Alhamdulillah ada meja kosong , kami datang pun bukan hari minggu , kalau hari minggu aku rasa cepat penuh je kan

Santai & tenang je makan malam ulang tahun kat sini , banyak menu sedap2 , kalau nak makan kek boleh je beli kat sebelah cafe ni :)


                  Buku menu sedap2 ;)


 Aku order air blackcurrant lychee RM6 , encik suami order air nescafe panas RM4.50


 Encik suami order Ikan Buttermilk RM16 , sedap


 Ikan fillet ni rasa rangup2 dengan kuah dia pun sedap


 Menu aku masa ni belum sampai lagi :0


 Aku order Grilled Chicken Pasta RM20, sedap


 Alhamdulillah...tak rancang pun nak makan sini :)


 Dah jom makan tepon boleh letak tepi :0


 Dah kenyang jomlah balik hehe tak ramai pelanggan dah nak tutup cafe sket lagi


 Bergambar di luar cafe nak balik rumah dah :)


 Nanti boleh singgah lagi sebab banyak menu belum dicuba rasa hehe termasuk kek2 dan juga pastri2 yang nampak menarik dari luar , aku tak masuk pun cafe bakery sebelah tu takut rambang mata tengok hehe :0

 

 

 

Tuesday, 4 October 2022

SANTAI MALAM DI HALAMAN BY ENTRO 38

 


Selepas selesai urusan sikit aku dengan encik suami gi cari makan pulak sebab perut dah bagi isyarat nak makanan :0 jadi kami pun cuba tempat makan yang belum dicuba lagi makanya membawa sampai ke Entro 38 area Jelapang Square tu :) 


Bila Cafe Entro 38 dah penuh orang tempah untuk sambut hari jadi kami ke halaman by Entro 38 kat luar dia cari meja yang masih kosong depan dapur memanggang steak2 


 Nak datang ke sini memang kena awal sikit sebab cepat je penuh , ada disediakan surau boleh muat 2 orang solat dalam tu , tempat ambil wudhuk lelaki ada disediakan di luar surau , untuk perempuan ambil dalam tandas dalam Cafe depan tu , tandas dia amboiiiii macam hotel berbintang2 dekonya hihi nanti korang gi masuk tengok :0

 Bukak je buku menu ni aku macam wow ni dah ala2 hotel star2 dia punya senarai :0 perlu baca dengan teliti hehe tapi aku order yang kad menu 1 lagi bukan dalam buku menu ni , nanti ada rezeki singgah sini bolehla cuba :)


 Encik suami cuba air Kopilo manakala aku order GreenTea Latte ni , bagi aku sedaplah air dia tak mustahil aku order lagi di lain kali :)


Bila dah solat semua baru tenang nak santai2 makan malam kan :) makin cantik bila lampu dipasang 

 

Order pertama kami cuba Chicken Chop grilled ( RM17 ) dia , Alhamdulillah sedap kat tekak aku ni :0 tak mustahil akan order di lain kali , menu set sekali french fries dengan blackpepper sauce


Pastu aku order Satay Ayam ( RM1.20 ) 10 , Daging ( RM1.30 ) 10 dengan Nasi Himpit ( RM1 ) 6 , memang sedaplah rasa rempah2 dia dengan kuah kacang pun sedap , aku macam rasa macam ni lah yang aku nak kalau makan kat luar semua sedap kat tekak aku hihi kadang ada yang kita jumpa yang tak menepati selera kan :0 

Adaerce charge 5% jugak


Kebetulan malam tu ada orang nyanyi2 suara pun sedap di dengar , orang macam ni lah patut ada di pentas nyanyian bukan yang tak sepatutnya :)


Dalam tu memang cantik2 deko dia sampai ke tandas , bolehlah kalau nak buat sambutan apa2 dalam tu tapi kena buat tempahan awal biasalah tempat hotspot ramai je datang makan2 sini.. 



 

 

SANTAI MAKAN DI NASI AYAM FUZIAH

 



Dah tengahari perut pun dah bagi isyarat mintak diisi :0 , jomla berhenti makan dulu , nampak cafe nasi ayam fuziah sini dari jalan besar kami pun belok masuk cari parking 


 Bismillah jom minum dulu , sedap layan air sejuk2 kan sesekali  , aku bukanlah selalu sangat layan ais2 ni maklumla dah purba hihi ;p makan nasi ayam sini memang sekali air ni harga RM9.50 macam tu


Cafe dia selesalah nak santai2 makan :) masa ni tak ramai lagi orang , lepas kami masuk tak lama ada beberapa keluarga datang masuk nak makan tengahari sini 

 

 Alhamdulillah sedap je nasi ayam dia , sup dia sedap licinlah kami makan :0 

 

 

Friday, 30 September 2022

SANTAI MALAM DI BIG TAS TEA FALIM

 


Balik je dari kampung tercinta petang2 sket kami gi makan malam kat Cafe Big Tas Tea ni maklumla pertama kali jejak sini nak tengok menu apa yang best2 ada :) 


 Aku memang pantang nampak kek :) terus order Oreo Cheese Cake ni ( RM13.80 ) tapi sedaplah kat tekak aku , nak order menu2 kat sini kena guna scan QR Code tu tapi senanglah cara ni , bolehla klik2 je jap gi sampai je makanan ha ha makan la sampai kenyang :0

Aku sampai dah nak dekat maghrib macam tu jadi nak makan dengan tenang & santai pastu tak terkejar2 baik gi solat maghrib dulu , surau ade je kat sebelah cafe ni tapi kena naik tangga ke tingkat atas jadi ajaklah encik suami teman haha aku rasa atas tu asrama budak2 yang keja cafe tu sebab nampak ada bilik2 dalam tu dengan rak kasut , surau pun selesa lah lembut je sejadahnya pun , dah solat baru turun order makanan & makan dengan tenang hehe
 


 Masa kami gi sini bukan hari minggu jadi sangatla selesa & santai2 je makan , suasana pun cantik menu2 pun sedap2 aku rasa bukan sekali aku akan jejak sini sebab apa tau? banyak lagi menu2 yang nak dicuba rasa hihi :0 


 Masa scroll2 menu yang banyak tu aku pilih BigTasTea Platter Free 2 Cups Sparkling Juice ( RM62.80 ) ni , sedap weh :0 aku rasa set pinggan besar ni boleh makan 3 orang sebab macam banyak je ni aku makan 2 orang pun jenuh nak habiskan siap mintak bekas tapau bawak balik yang tak habis tu hehe :p 

Air pulak aku cuba Gempak Kopi Hot ( RM10.80 ) dengan Chocolate Cookies Hot ( RM9.80 ) tapi sedaplah :)

 Alhamdulillah...dah kenyang marilah balik sebab nak tengok cerita Zombie Detective pulak :0 , TV3 jam 11 malam setiap selasa sampai khamis :0 

 

Saturday, 10 September 2022

SARAPAN ROTI SOSEJ

 


 Hari ni aku rasa macam rajin sikit nak masuk dapur buat sarapan gara2 selalu rasa macam makan sarapan kat luar tu ada ketidakpuashatian bila makan tu heee yelah sebab air tangan orang lain kan tekak lain2 kadang ada yang tak kena dengan selera aku hmmm baikla buat sarapan sendiri kan camtu 


Roti tu aku gelek2 dengan gelas bagi lenyek supaya senang gulung dengan sosej yang aku rebus awal tadi , nak cari penggelek kek ntah mana aku simpan malas pulak aku nak selongkar itu yang aku capai gelas je janji dapat lenyek roti tu ha ha 


Dah siap bahan2 roti aku celup dengan telur pastu salut dengan serbuk roti terus masuk dalam kuali , balik2 kan sesekali sampai nampak macam garing2 sket terus angkat 

 


Alhamdulillah menjadi jugak roti breadcrumbs aku ni hihi , suka tengok chef2 masak tapi aku ni biasalah nak datang aura rajin masak tu macam nak tunggu emas gunung furat muncul je heee layan makan sambil minum milo o panas...syukur pada ALLAH S.W.T atas rezekiNya hari ni....