kalau tak tahu baik diam...kalau nak tahu jugak kenapa sila buat kajian sebelum mengeluarkan kata2...jom baca ni.....
PORT DICKSON - Mana-mana pihak diminta supaya tidak cuba mencampuri
isu agama lain jika tidak mengetahui atau memahami betul-betul perkara
tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd.
Isa Abdul Samad berkata, jika kita tidak mengetahui sesuatu isu,
seelok-eloknya berdiam diri kerana sebarang kenyataan yang tidak betul
mengenai isu agama boleh membawa kepada ketegangan antara rakyat.
"Kenyataan pemimpin DAP Perak yang mempersoalkan tindakan umat Islam
membantah filem menghina agama ini dan Nabi Muhammad SAW amat
mendukacitakan dan sangat provokatif.
"Sepatutnya pemimpin itu berkongsi perasaan yang ditanggung umat
Islam, dengan kenyataan pemimpin DAP itu maka jelas dia bukan seorang
yang layak bergelar pemimpin," katanya semasa berucap pada perayaan Kuih
Bulan Port Dickson di sini semalam.
Baru-baru ini, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikecam hebat
apabila mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitter miliknya
menggambarkan penentangan umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad itu sebagai membuang masa dan tenaga.
Menurut Koo Ham, komen itu dibuatnya selepas dia menonton laporan
berita di stesen televisyen luar negara mengenai bantahan keras terhadap
penyiaran filem tersebut di seluruh dunia sehingga mengakibatkan
kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda.
Berikutan kecaman pelbagai pihak, Koo Ham akhirnya menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf.
Mengulas lanjut, Mohd. Isa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan
Pinang berkata, seorang pemimpin harus berfikiran luas dengan meneliti
buruk dan baik sebelum membuat sebarang kenyataan terutamanya
membabitkan agama.
kan?...nama je duduk dalam Malaysia tp langsung takde sensitiviti agama umat islam...semoga Allah menunjukkan jalan yang benar padanya.....masa tu baru insaf...
cekmi geram tol dengan org2 yg cuba nak jatuhkan islam...tidakkah mereka tahu Islam adalah sebenar2nya agama disisi ALLAH S.W.T....
sebenarnya mereka memang tak tahu.....hidayah ALLAH S.W.T belum sampai pada mereka....
Kopi O Panas & Popnes :)
bekfes pagi ni makan ni sambil menahan geram dengan perlakuan2 tidak menghormati tanpa ilmu...grrrr
Kopi O Panas & Popnes :)
No comments:
Post a Comment