tetibe mood letak iklan sebagai pendahuluan..ape cer??? takde ape2 mood mental ikutsukati memang cenggini..layankan aje he he he ;p
KOD : HB3203 - Pink
MATERIAL : Quality Canvus
PRICE : RM95
(Including Postage)
MATERIAL : Quality Canvus
PRICE : RM95
(Including Postage)
SMS : 0123531278 (amy)
EMAIL : ferlisa24@yahoo.com
LENGHT : 28CM
WIDTH : 0CM
HEIGHT : 31CM
BOTTOM WIDTH : 10CM
HANDLE HEIGHT : 19CM
CONTENT :A4
EMAIL : ferlisa24@yahoo.com
LENGHT : 28CM
WIDTH : 0CM
HEIGHT : 31CM
BOTTOM WIDTH : 10CM
HANDLE HEIGHT : 19CM
CONTENT :A4
dah jam 1.24 pagi mata segar bugar adoiiii.....mau buat ape pagi2 buta dengan tak mengantuk ni?????....pusing kiri taknak tido pusing kanan pun taknak pejam mata jugak...last2 penat pusing kiri kanan bangun je la...terus gi ruang tamu depan duduk depan pc...pastu ngadu kat blog ;p....abeh ngadu nak buat ape lagi?????HELP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ;0...hmm layan survey tentang Gold Coast Sepang je la ekekeke tak pun layan cd My Girl..untung2 mimpi jumpa hero LEE DONG WOOK tu lagi :)
dah jgn muntah tgk ok hahaha minat tol dengan my idola filem ni sampai sanggup2 wat gambar ni ;p...encik somi nampak mau kene lempang ni hahahahaha ;p
pagi2 lak baca kosmo terkagum2 tgk semangat encik ensem bawah ni :)
SENAD HADZIC
Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji
SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk
menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi
berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan
hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu
temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh
5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria,
Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang
seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya
termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang
dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km
dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik
serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya
tidak pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa
askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya
menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka
melepaskan saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina,
untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan
ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria
dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah
Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di
Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu
untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan
berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi
mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP
No comments:
Post a Comment