Monday 11 March 2013

SETTLE :)



Ape la yg settle kan? :).....sebenarnye dah lame jugakla haku nak beli brg2 mcm kat bwh ni...asyikla tangguh2 n malas2 nak carik...so hari ni disebabkan ade beberapa urusan yang nak tak nak mesti kene keluar jugak makanya dengan tak sengaja tersinggahla jugak kat beberapa kedai berkenaan sebab nak cari brg2 ni :)....so jom tgk apela yang dah lame haku cari tu kan hihihi khas ni sebenarnye nak bawak fly lagi seminggu :)




kasut stoking hitam yang ade biji2 kat bwh dia...ni sebenarnye dah lame jugak tgk tp mcm tak perlu sgt tp td terbeli la juaaaa hihihihi :)




 stoking tgn..ada byk pilihan warna tp rasenye ambil warna hitam selamat sket ..ni haku ambil 2 :) 




 haa stoking ni baru terjumpa...selalu kalau kita nak ambil wudhuk kene tanggalkan semua stoking kan??..tp yang ni tak payah sebab bwh dia ade mcm lubang..kite just keluarkan kaki dan lipat stoking tu ke atas je...so ambilla wudhuk..pastu bila dah kaki kita kering kite tutup semula jadila ia stoking pulak..eh2 haku suke la plak..terus ambil 2 jugak hehehehe :)




kaler?? hitam jugak sebab yelahkan senang :)




tapi ade jugak pembelian sampingan td hehehe mcm gambar bwh ni ;p :



 kaki jalan n travel memang kene beli buku Libur ni hihihi nampak tak perkataan backpakers tu??? ohoooo haku berangan ni nak wat backpakers one day ;p...so kene plan betul2 baru jadi the best backpakers kan tp destinasi belum tahu lg depend pada mase semua org jugak ;0...





 haaa akhir2 ni sejak kes lahad datu tu wajib beli paper ;0...nak tahu perkembangan pencerobohan di sabah tu...huiii menyirap haku dgn keberanian penceroboh tu menceroboh negara berdaulat...pastu kejam gileeee...org takde akal je leh buat mcm tu...sama2 kite berdoa semoga Allah S.W.T memberi pertolongan pada polis n tentera kita dalam menyelamatkan bumi berdaulat yang kita cintai ni..Amin...


ini cerita yg haku baca td :

 Kisah Benar Di Sebalik Pembunuhan Pahlawan Negara | Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang yg pergi.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada…

 


pastukan layanla cite Jewel In The Palace tuuuu...hoooo kesiannye janggeum asyikla kene fitnah...geram tol haku dengan pengkhianat2 dalam istana tu..walaupun semua ni cerita je tp eh2 haku terbawak2 lak perasaan hahahaha tp memang bestla cite ni...setiap hari mesti haku ternanti2 kesudahan n jalan cerita dia...time dia bersambung tu yg haku geram sebab kene tunggu esok lak haishhhh!!!! ;p...






dah habis cite tu haku pun masuk dapur masak...eh2 tetibe rajin plak nak masakkan?? ;p..pengaruh tukang masak istana dalam cite tu selalu membuatkan haku mereka2 resepi hahahahahahahahahahaha....so hari ni menu haku utk dinner ialah :




1) TOMYAM AYAM CAMPUR CARROT n BUNGA KOBIS
2) TELUR DADAR DAUN SUP PETAI
3) IKAN MASIN GORENG
4) KERABU MANGGA


 dalam peyok lagi ;p

 belum dadarkan lagi..jap2 lagi sket :)

ikan masin pun belum goreng lagi ..jap2 lagi jugak :)

kerabu buat hari tu ade lg so habiskan je :)






amacam??? sedap tak??? dahla hujan kat luar tu..adoiiiiii perut haku tetibe lapar lak..cepatla encik somi balik dah tak sabar ni nak makan hahahahaha...




pssssss : tp kan haku heran sket sebabkan ramai ckp haku dah kurus hikhikhikhikhikhik....tersipu siput lak ;p.. lehla haku pakai peplum dress lak pasni ekekeke....;p..




pas makan malam kang haku nak ke umah cik farah lak..janji nak dtg umah dia sebab haku nak bagi dadih yg haku buat semalam....byk jugak haku buat..ni dah nak habis nanti nak buat lagilah tp perisa lain lak....sedap makan sejuk2 nyumm222 :)



ok dah siap dah pun haha cite sambung2 mcm cite janggeum tu plak ekekeke..ok2 haku dah masak dah yg tak masak td jom tgk lagi jom2 :)


 yeayy!!! telur dadar sudah didadarkan :)

 hmmm tak sabarnye nak makan nak2 ade petai kan ;0



 ikan masin goreng garing..adoiii semerbak satu umah hehe ;p

 lebihan nasi sejuk so kukuskan balik..sebenarnye periuk bwh dia lain tp haku kan?? gunapakai jek apede ekekeke janji terkukus ;p
 

 

k nak siap2 hidangan dah ni..lapooo..jom dinner :) Bismillahirrohmanirrohim :)




lepas maghrib gi umah cik farah lepas tgk berita...berita apelagik kan? pasal pencerobohan tu la..cepat2la settle...lepas tu borak2 mcm2 sambil makan kurma n air susu ;0...sampaila jam 11 malam..eh2 bawak2 la balik umah ;p....so sedar diri terus  balik umah...kang tak pasal2 kene tido luar lak ekekeke ;p...tp takpe haku bwk kunci spare ;p..





2 comments:

TeacherAzimah said...

Sonok baca catatan amy. Kejam sungguh pengganas sulu tu. moga Allah beri balasan setimpal buat mereka. Amy, teringin plak nak rasa dadih yg amy buat hihihi....

amy said...

hehe TQ2 TA :)...cite hentam je ni ;p..nak rase dadih? alamak malunye idokle sedap mane hahaha TA buat lg sedap ape ;0....