Wednesday 13 August 2014

PANDAN MUFFIN PANDAN RICE :)




Nak buat muffin ni sebenarnye dah lame tapi dek kerana cawan plastik dia belum beli lagi so kenala hold dulu kan :) makanya semalam bila gi giant terus beli bahan2 nak masak ikan siakap 3 rasa sebab ade ikan siakap dalam peti ais tu sekali jalan2 ternampakla kertas muffin tu tapi banyak size la last2 berkenan dengan corak strawberry ni :)



so balik tu tanyela cik google cara2 buat muffin sedap kan :) macam2 perasa ade sampai stress haku dibuatnye ;p
last2 haku pilih buat pandan muffin je dulu cuma haku just tambah pandan rice je atas dia bagi nampak cantik sket
tapi sepatutnya haku tambah sket pewarna hijau sebab kalau pakai paste pandan je dia tak timbul warna hijau :)
takpe2 practise kan make perfect ewah :)



haku try buat dulu sebab nanti cadang nak bawak gi umah pak unggai haku nanti sebab
tinggal berapa hari lagi adik haku nak kawen so family haku akan tido di umah pak unggai tu errr sebenarnye haku tak berapa kenal tapi mak abah haku je kenal hihihihi sedara jauh katekan :)
plan nak bawak muffin sedap la ke umah dorang sebab dah ramai kan
tapi haku rase nanti nak cuba muffin coklat la plak :)
k meh tengok kepakaran pertama kali haku buat pandan muffin tu ecewah ;p 



wehuuu time ni hati dah syok sendiri dah kihkihkih tapi sepatutnya haku letak half cawan tu so bila dah masak nanti dia naik tinggi sket melepasi permukaan cawan tu tapi dek kerana haku letak tak berapa nak half cawan tu makanya sedang2 je la jadinya sekian ;p




 time ni tambah pandan rice tu sebab ade balance beli time sebelum raya hari tu kalau ada choc chip lagi best tapi kat giant dah habis pulak ;p




tadaaa dah masak pun :) lalala suke2 ;p rasenye?? same je macam muffin yang lain tapi haku nak dapatkan jugak rase mcm muffin yang haku beli kat 1 kiosk tu memang sedap sangat cane eh dia buat?? ;p




apelagik jom hidangkan :) makan dengan minum air tamar coco tu memang heaven tol
:)



bahagian dalam muffin dibelah dengan garfu :) nyam2 makan panas2 :)



korang nak ke resepi muffin ni? mesti nakkan?? k mehla haku bagi walaupun haku rasa macam nak tido balik je ni ;p



bahan2 buat pandan muffin :


 pukul 180g butter bersama 140g gula halus
kemudian masukkan 2 biji telur sedikit demi sedikit
amek 2 sudu teh baking powder dengan 220g tepung gandum ayak dulu sebelum masukkan dalam adunan tadi pukul lagi
tambah 80ml susu segar
pastu masukkan esev vanilla 2 sudu kecil serta 1 sudu kecik pandan paste
bakar pada 180 darjah celcius selama 20-25 minit @ hingga masak :) 



sekian dah2 apelagik sila bangun sekarang gi buat confirm tak menyesal kihkihkih ;p



malam ni plan nak kuar cari bahan2 muffin nak buat esok oh ye nak cari choc chip jugak dengan nak cari brooch bunga biru pakai time akad nikah adik haku nanti ;0 over tau ahkak dia ni kihkihkih ;p




































































































No comments: