Tuesday, 31 July 2018

TEMPEK GAMBAR KAT SINI 😎



Hi Korang 🙋‍♀️
Ade ke yang baca blog aku ni?
Ke aku borak sorang2 je? 😄
Tapi tak kisahlah 
Ape yang penting banyak je gambar yang nak ditempek kat sini hehe
Bolehla nanti bila baca balik teringatla apa yang aku buat masa dahulu kala
gitu 😃

 Sebenarnya bukanlah susah mane pun masak kueyteow ni 😃
Lagi susah nak melawan rasa malas nak memasaknya ha ha
Aku sekarang ni macam nak petik jari terus terhidang makanan atas meja  je hahaha
Mimpilahhhhh 🤣🤣🤣
So dengan keterpaksarajinan haha rosak bahasa 😄 aku pun kuatkan semangat bangun memasaknya gitu 😄
Bila tengah masak barula rasa rajin tu datang ewah nak kena paksa dulu baru aura rajin tu datang 👊😄

 So bunga ni baru 2 hari lepas aku perasan dia dah nak berbunga
Mungkin faktor hujan kerap turun so semangatla pokok ni nak berbunga haha
Aku bukan tak rajin siram cuma jarang2la 🙈
Tapi aku azam jugak nak jadi rajin siram pokok2 aku yang takla banyak mana pun
Yang ada kat laman pun pokok bunga melur , pokok daun limau purut , pokok keladi , aloe vera dengan pokok bunga ni aku rasa mungkin mawar putih kot ke rose putih ntah sebab jiran selang rumah aku yang bagi dia nak pindah tu yang pokok2 semua bagi kat aku yang tak seberapa rajin pun nak menjaga 🙄 tapi sikit2 aku semakin jadila rajin 😃 
Ada hikmahnya tu kan muahaha 🤣

 Ni pulak donut yang aku buat sebab pagi2 aku dah kehabisan idea nak masak ape 😃
So donut ni dibekukan je senang bila nak goreng lagi sejam keluarkan dulu pastu gorengla dengan jayanya 😄

 Masa ni aku temankan encik suami ke klinik sebab jaga2 pagi tu atas kelopak matanya tu macam bengkak kemerahan
Ntah semut mana pulak gigit kot tahla so jom la pi klinik check 😃
Pastu terus jalan2 ke mana2 je malam baru balik ke pangkal jalan 😃 

 Kalau aku balik kampung memang terus sandang jadi pengasuh kat anak2 buah je lah hehe 😃 so terhasilla gambar2 sedemikian rupa 😄
Jenuh melayan peel anak2 buah aku ni 😄

 Anak buah aku ammar yang nampak je kecik tapi cakap dah macam orang dewasa 😃 maklumla dia je yang kecik tu yang perasan dia dah dewasa konon 😛😄
Selalu suruh aku angkat dia pastu pusing2 macam terbang2 tu jenuh weh last2 aku yang semput muahaha 😃
Ingat dia ringan gamaknya? 🤣

 Ni pulak kucing2 jiran sebelah rumah aku mak long
Gebu2 kucing ni seronokla jadi geng anak2 jiran dengan anak2 buah aku kat kampung 😃
Miss my hometown
Maklumla aku ni orang normad 😄

 Duduk saje2 pun ade je gambar 😃
Banyak masa terluang kan so hamekaw 🤣

 Semua ni buat penuh hp aku je nak delete sayang so blog la jadi tempat tempekkan😃
Dorang dah besar esok bolehla baca blog mak ngah dorang ni 😍
Tapi banyak lagi gambar dengan video dalam laptop aku yang dah rosak tu 😂
Ntahla aku dah hantar suruh baiki kat 1 kedai tu pastu orang kedai hantar bengkel mana ntah tapi still tak dapat diselamatkan my laptop tu
So sekarang bertapa je la dalam kotak dengan harapan one day akan ok balik bila dah jumpa pakar komputer gitu 😂

Masa ni jalan2 kat Aeon
Makan malam situ sebab ada promosi 😎

Oklah aku stop dulu sebab dah tengah malam
Nanti borak lagi k 🙋‍♀️ daaa...

Sunday, 29 July 2018

MASAK SAYUR ISI KULIT TEMBIKAI



🙋‍♀️ Hi Korang , aku doakan korang yang tengah baca blog aku ni sentiasa sihat , ceria2 selalu bersama tugasan2 harian & di samping insan2 yang tersayang ok amin...😍

 Saje tempek gambar masa on the way ke chalet nur kasih bersama anak2 buah kesayangan ❤ aidil & ammar

Alkisah masa aku tengah kupas tembikai tu terfikir jugak 🤔 kulit tembikai 🍉 tu yang bawahnya isi putih2 tu boleh ke dimasak? so terus aku cari resepi rupenye ade je orang masak isi putih tembikai tu so lets try 😄 dari membazir bagus jugak dimasak sayur air 😄 

 So aku asingkan isi dengan isi bawah kulit tembikai tu camni so yang merah tu letak dalam peti ais boleh dimakan camtu saja pastu yang isi bawah kulit tembikai tu aku hiris memanjang nak masak sayur air 👩‍🍳

So caranya aku tumbuk kasar2 bawang merah , bawang putih , ikan bilis , biji lada hitam pastu tumis bila dah naik bau hmmm sedap baunya hehe so masuk air agak2 nak kuah banyak mana pastu masuk perasa hilal sikit dalam 2 sudu teh kecik tu baru masuk isi tadi bila mendidih sekejap angkat terus hidang hmm sedap macam masak labu air tu 😃👍 

So next nak masak sambal petai ikan bilis so aku asingkan biji dengan kulit guna pisau dengan gunting senang sikitla aku nak asing2kan 

So aku asingkan macam ni yang biji tu aku buat sambal yang kulit tu aku hiris panjang2 simpan bolehla masak kemudian 😘 

 Sambal petai ikan bilis ni memangla favourite aku 😘 makan dengan nasik panas2 memang aku la orang yang last bangun dari meja makan ha ha ha 😄

Cekodok pisang pun memang favourite aku jugak ni 😘 walaupun rupanya sedemikian rupa tapi memang layan makan aku masak guna 3 bahan je 👉 pisang lenyek2 dengan gula pastu masuk sikit2 tepung gandum ditapis pastu jemput2 dalam minyak panas2 hmmm 😍

Oklah aku stop dulu sebab dah 12 tgh malam memang time2 ni la aku rajin & ada masa nak menaip pun kan 😃 ada gambar so tempekla sini sebab penuh je storage aku dengan gambar 😄 daaaa 🙋‍♀️sweet dream & have a nice sleep 😴

Esok aku nak temankan encik suami ke klinik ntah ape yang gigit kulit mata dah bengkak pulak merah2 mungkin semut ke tahla sementara ni aku sapu sikit gamat kadang myk panas harap surutla so mungkin doktor boleh bagi krim sapu ke sian pulak tengok mata macam bengkak sikit kulit atas tu 🙈

Thursday, 26 July 2018

TERJAH FIESTA FOOD FRUIT & FLOWER DI RTC GOPENG



Sempena festival food fruit flower yang diadakan di rtc gopeng perak tu aku pun turut sama turun memeriahkan lagi festival tu 😄 pergi situ pun dah malam tapi still meriah dengan pengunjung pun still datang lagipun ada ceramah dari PU Azman orang N9 tentang teknologi sekarang so sambil dengar , tengok , ambil gambar pastu sambung makan 😃 meja makan pun depan sekali kot ala vvip gitu 😄

First sampai jalan2 lawat kawasan dulu biasala adun tak bertauliah selalu tawaf dulu tinjau2 keadaan hehe 😃 last2 first nampak pisang emas terus beli 😃 bolehla buat cucur pisang gitu 😄 harga RM3.80

Pas beli pisang 🍌 encik suami ajak makan so terus ke gerai Nasi Ayam Buluh tu , macam2 menu nama ada nasi tu pulak dorang masak dalam buluh hmm kreatif kan? 😘

See nama2 yang unik diberi pada nasi ayam ni sebenarnya bukan nasi ayam yang biasa kita makan tu tapi nasi dalam buluh dengan ayam perapan je cuma nama menu tu tibe ade nama bunian dengan kampung bunian 👀 so aku order nasi ayam buluh kampung bunian & encik suami order nasi ayam buluh percik so total 2 menu ni RM24

So adik ni la sediakan order kami nampak sedap kan? 😃 haaa dah makan jap gi tahulaaa muahaha 😅

So kami makan kat meja depan stage lagi sebab malam ada ceramah dari PU Azman tajuk teknologi pastu kami tengah makan so dengar dari meja saja maap ye ustaz takkan nak angkat pinggan makan kat kerusi hehe so dengar dari meja sajelah tapi ramai je pengunjung pastu duduk di kerusi yang dah disediakan tu ❤

Sambil makan sambil dengar sambil wefie sambil ambil video sekali sampai separuh jalan dah habis limit 😄 simpan je lah tepon dalam beg pastu ha ha 😄

So ini je lah hasil belian kat fama fest tu
Jalan2 asal nak tengok2 je sekali hmmm 😄
Seb encik suami terus ajak gi makan 😃

Semalam beli tembikai 🍉 so potong kecik2 camni pastu letak dalam peti ais hmmm sedap makan sejuk2 😍

Semalam jugak ni balik dari beli tembikai singgah 1 kedai ni sebab nak makan laksa hmn dapnye la laksa memang favourite aku no 1 😃

Pehtu order cendol jagung hmm dapnye 😃 ape la yang tak sedap bagi orang suka makan macam aku ni muahaha tu yang tak slim2 tu caner? 😄

Encik somi melayan je binik dia yang ting tong time2 masa tu muahaha biar dua2 'comel' dan membesar dengan jayanya ha ha 😄

Nasi goreng ikan rebus his favourite aku rasa nasik je sedap jugak tapi kira aku ok lagi la kan order laksa je 😜

So begitulah story hari ni
aku stop dululah sebab nak kemas2 barang2 dapur
Sempat je menaip sementara dalam mode yang rajin ni 😃
daaaaaaa 🙋‍♀️




Monday, 23 July 2018

FAMILY DAY GENG KAMPUNG JAWA DI CHALET NUR KASIH



Hi korang 🙋‍♀️
Sekarang aku rajin sikit nak update cerita hari keluarga pada bulan march yang lepas 😃 lepas 4 bulan baru nak update muahaha 🤣 sebab apa tau? satu sebab mode ke laut bila tengok beratus gambar kihkihkih ya ampun aku memangla malas betul dahla nak letak watermark tiap2 gambar ingat senang ke jadi blogger ni bila berhadapan dengan beratus gambar yang nak diupdate? 😂 bertabahlah nakkkk....😆
So jomla kita mulakan sebelum kemalasan melanda kembali gitu 😋

Korang ingat senang ke nak mencapai persetujuan buat hari keluarga ni? macam2 ragam ok dah terjadi di group whatsapp family besar aku 🤣 bukan senang berbincang dalam tu kejap2 suruh cari tempat lain kejap2 kata dah tak jadi bila ada di antaranya membangkang ada tak bersetuju ada yang tak tahu samada dapat join tarikh yang diberi ada pulak kata ada kenduri esok harinya macam rushing nak datang ada yang cakap best ke tempat tu dan macam2 lagilah fuhyooo sabo je lah banyak2 dengan karenah ahli group 🤣

So sepupu aku yang aku panggil Kak An kata takpelah yang tak dapat nak join tu takpe janji nak buat bagi jadi jugak family day ni sebab tak pernah lagi ahli keluarga sebelah mak aku ni buat family day so tugas adik aku la deal dengan chalet yang dah dia cadangkan lagipun consider dekat dengan tempat ahli keluarga yang lain so tu pun adik dan abang aku pegi survey ke chalet tu tengok dari luar je sebab time tu ada je family yang lain tengah berfamily day kat situ pastu adik aku kata nampak macam kecik je risau ahli keluarga yang lain tak setuju tapi akhirnya semua setuju je buat hari keluarga di situ memandangkan tarikh dah dekat takut terlepas pulak booking tu so akhirnya secara rasminya hari keluarga geng kampung jawa dibuat di 🤹‍♀️CHALET NUR KASIH 🤹‍♀️

On the way ke Chalet lepas makan kenduri 😍

dalam perjalanan menuju chalet nur kasih jauh jugak pastu jalan macam menaik bukit sikit pastu masuk lorong kampung sampai orang pun tak sangka ada chalet dengan kolam renang kat situ 😃

bersama mak long arpah aku yang kaki jalan 😃 patutla menurun kat semua anak beranak kihkihkih 😄 boleh katakan majoriti ahli keluarga besar aku memang berkongsi minat yang sama maklumla sedarah seketurunan kan 😍

Antara menu yang dah disepakati tapi ahli keluarga tak kisah sangat masing2 pun ada bawak menu2 tambahan kenyang semua makan beramai2 memang seronok sangat berfamily day ni 😍

Masing2 lepas sampai tu bahagi2 bilik letak barang2 terus bergotong royong siapkan juadah makan malam dengan BBQ tapi untuk tengahari tu kitorang tempah nasi tomato dengan ayam masak merah dengan air ribena rasanya lama tak minum air ribena 😃

Seronok betul sesekali berkumpul macam ni 💓 maklumlah masing2 busy jarang dapat berjumpa kalau raya pun bukan semua dapat berkumpul ada balik rumah mertua la so time ni la baru seketurunan bersua muka mengeratkan lagi tali persaudaraan 🤹‍♀️

Geng2 bbq tapi semua pun pakat2 tolong2 menu bbq hari tu ayam dengan kambing tapi nampaknya macam tak cukup sangat lepas ni kena banyakkan lagi atau double dari bajet yang mula2 dibuat pastu rempah perapan pulak isteri sepupu cik on aku yang buat memang sedap sebab dia pun ada buat jual namanya rempah bbq cik siti 👍

Lagi acara bbq dibakar siang dengan malam memang sedaplah bagus chalet nur kasih tu sediakan tempat bbq so tugas aku pulak kat dapur dengan jadi photographer tak rasmi kalau tak memang takdela gambar2 semua ni 😎

anak2 buah aku yang happy jumpa sepupu sepapat mereka 😍 anak2 buah yang lain time ni ada di kashmir sebab abang aku bercuti sekeluarga di sana tapi abang aku ada buat video call dari sana terus suami sepupu aku suruh bawak balik daging lembu dari kashmir 😄 lawak abang lutfi suami sepupu aku kak an

adik & anak2 buah 😍 memang busylah kejap2 masuk bilik kejap2 gi makan kejap2 main dengan sepupu2 yang lain seronok betul berfamily day 😍


Kena denda sebab main sembunyi2 time maghrib hehe bahaya tau main2 time maghrib ni dalam hutan pulak tu

Hampir setiap masa semua pakat2 berkubang dalam kolam ni 😄 aku pulak asalnya tak nak masuk dalam air sebab lagi sibuk ambik gambar sekali sepupu aku suruh masuk jugak hehe dah tu anak2 buah pakat tarik2 baju suruh aku masuk dalam air makanya tak memasal aku pun terjun dalam kolam jugak 🤣

Walaupun kawasan chalet ni tak luas mana tapi apa yang penting hari keluarga kat sini memang best bukan tempat kecik atau besar yang jadi ukuran tapi senda gurau borak sembang santai bersama2 keluarga besar memang best sangat 😍 terasa ikatan persaudaraan tu makin erat 😍

selagi tak lapar berkubangla semua dalam kolam 😄 dari mula sampai sampai malam sampai esoknya sebelum balik pun pakat2 berkubang dalam kolam ni namakan je kuak ape yang tak buat semua style berenang ada bila dah ramai2 terjun dalam air ni yang penting happy 😃

lepas maghrib masa makan malam pulak aku dengan sepupu sepapat biasalah menyibuk kat dapur sementara warga2 emas santai2 di pangkin tunggu hidangan makan malam 😎

makan2 sampai kenyang sambung lagi borak2 dengan family2 besar 😗

Pagi2 lagi abang lutfi dah kejutkan semua dengan suaranya yang ala2 ketua tentera tu hehe ' bangun oiiiiiii bangunnnnn kaihhhh ' tekejut semua pakat selak langsir bukak tingkap tengok ketua ni tengah cekak pinggang panggil anak2 buah haha lawak sungguh panggil sarapan je pun 😄 pastu masa sarapan pagi time ni pak long aziz aku offer buat rawatan akupunkturnya dengan berbekam so adela beberapa orang sepupu2 aku buat rawatan termasukla abang lutfi suami sepupu aku kak an haha kecoh je dia dengan jarum tercucuk kat dahi terus samekan jarum tu dengan antena tv 😄

Lepas sarapan tu sambung buat sukaneka kanak2 pulak acara kutip gula gula , musical chair , berenang dalam kolam dengan cabutan bertuah 😍

Acara sukaneka budak2 berjalan 👨‍👦‍👦 time ni aku dah sibuk kemas2 barang dalam bilik sebab nak check out dah rasa sekejap sangat berfamily day sehari semalam rasanya perlu buat 3 hari 2 malam baru betul 😃 tapi takpe lepas ni akan ade lagi family day tu pun mak teh aku dah whatsapp dalam group keluarga tapi tempat tengah survey2 lagi 😍

Lepas semua dah berkemas2 sebelum bertolak balik acara bergambar beramai2 pulak 😍 masing2 rasa tak puas lagi berfamily day rasa sekejap sangat pulak tapi memang semua rasa seronok beraktiviti bersama keluarga besar kampung jawa ❤❤❤

Alhamdulillah rajin jugak aku update hari keluarga kat Chalet Nur Kasih ni 😃 jenuh dahla banyak gambar kena compile2 dulu so apa yang dapat aku simpulkan hari keluarga memang perlu dibuat sebab dapat eratkan lagi rasa persaudaraan tu memang best bagi aku masa ni lah yang mana lama tak bersua muka dapat borak2 sama2 rasa macam tak best bila dah kena check out macam tak cukup sehari semalam je so lepas ni kena bincang tambah hari untuk family day seterusnya 😍

Ok aku ambik masa 2 hari nak habiskan cerita family day aku ni tau hehe sebab tengah rajin so baik aku habiskan cerita ni ok lah korang selamat membaca ye 😗🙋‍♀️