Wednesday 13 January 2021

STAYCATION DI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH

 


 Hi Korang 😍 lama kan aku tak update apa2 😁 tu lah mode menaip ke laut memang ambik masa la nak pot pet pot pet kat sini hehe ni pun korang tau aku taip jam berapa? jam 5 pagi tau 🤣 perut pun dah berbunyik mintak makanan haha malas aku nak melayan awal sangat kan nak makan hehe

Khamis baru ni encik suami ada medical check up jadinya beliau dapatlah mc 😁 lepas ambil darah appointment seterusnya kena jumpa doktor pulak makanya kami terus ambik keputusan santai2 di Hotel Seri Malaysia Ipoh hehe tak plan pun pastu gi situ sehelai sepinggang makanya malam tu terus ke shopping mall beli baju tidur dengan kelengkapan2 lain 😄

 

      

 Luas jugak biliknya cukup untuk 4 lagi orang tapi kena hampar toto lah 😄 bilik ni mengadap kolam renang belakang , ada 2 kolam renang 1 lagi dekat dengan kaunter daftar masuk & cafe , bilik aku ni no 307  

 

Ni di luar beranda bilik , macam asrama tempat aku belajar dulu2 terus terimbau kenangan zaman2 kegemilangan suatu ketika dulu hehe 😊  

Ni la kolam dekat kaunter daftar masuk dengan cafe tu tapi aku takla mandi sebab aku ni ikut mode jugak kadang malas nak basah2 baju ambik gambar je lah 😄 kalau ada budak2 seronokla kan hehe 


 Ni dalam kawasan blok bilik aku jugak nak ke cafe ada kolam ikan situ 


 Ni dalam cafenya cantikkan 😊 santai2 makan malam sini jam 6 petang lebih kami je ade situ tetamu lain masih memerap dalam bilik gamaknya hehe

 Cantikkan jam kat dinding tu 😍

 

@ Rasa Rasa Cafe Hotel Seri Malaysia Ipoh 😍👍


 Tunggu menu order takde orang pun dah macam kami je tempah 1 cafe hehe 😍


 Harga menu kat Hotel ni murah & sedap 😘👍 tak mustahil aku datang lagi nanti 😁 petang tu aku dengan encik suami order Nasi Lamb Chop dengan Cucur Udang Beracun tu memang puas hati alhamdulillah 💖


 Aku order air Milo Aiskrim Vanila , encik suami Nescafe ais sedap layan aiskrim petang2 cuaca sejuk sebab hujan kan 😍


 Yeay dah sampai 😄 apalagi mari kita rasa tengok hehe sekali suap mak oiii terbuntang mata sebab sedap kot haha tak padan dengan harga murah bebenor 👍


Best suasana camni 😍 tenang je nak makan santai2 kan hehe aku cakap dengan encik suami sebulan sekali plan makan2 di hotel camni hahaha 🤣 

 

Ada steamboat jugak tapi lain kali lah kot 😁 aku ni jenis order nak yang terus boleh makan kalau baru nak masak2 ni hmm tengok mode jugak hihi 

 

Pagi esoknya turun sarapan baru nampak tetamu2 hotel bersarapan 😁 ni stesyen bakar2 roti sapu butter dengan sekaya

 

Stesyen buat air kopi ni belakang meja aku duduk je senang kot nak tambah kopi hehe selain tu ada jus oren sedap 😘👍 


Santai2 pagi hari minggu 😍 hari2 macam ni kan best 🤣 haha botakla laki den kan hihi

 

Ada Nasi Lemak Pandan , Mee Goreng , Kueyteow & Mee Sup cukuplah buat sarapan pagi kan 😁 kenyang Alhamdulillah 😍 


Meeteow Sup aku rebus sendiri kat stesyen dia 😘 rasa macam sikit je aku ambik kongsi dengan encik suami tapi tu pun tak habis 😂 kenyang makan nasik lemak rasanya hihi

Dah kenyang jomla rehat2 perut kat bilik sebelum check out jam 12 tengahari 😍 Overall aku puas hati lah lagipun aku jenis asal boleh tido dengan makan lain2 tak kisah sgt pun santai2 je hidup 😄

 

No comments: