Saturday, 16 January 2021

NASI BUNGA TELANG DI IMPIANA HOTEL IPOH

 


 Hi korang 🙋‍♀️ rajin pulak aku update kan hehe layan je lah sementara aku tengah mode rajin ni sekali mode M datang kang bila tahun aku nak update pulak hehe


Malam tadi aku dengan encik suami makan malam di Coffee House Impiana sebab nak rasa Nasi Bunga Telang RM18 menu terbaru kat situ 😍 kami order jugak minuman Mocha Supremo RM16 🍹 encik suami order aku pulak Ice Blended Chocolate RM16 🍹 Alhamdulillah sedap & puas hati 😘


 Selfie jap dengan beg baru beli hehe 😄 sejak aku dah benti keje 7 tahun yang lalu beg bukan lagi jadi 1 benda yang aku nak beli sebab aku jenis kalau 1 beg tu masih elok pakaila sampai tak boleh guna lagi dengan aku sendiri jenis nak cepat memang bawak dompet camtu je malas nak bersilang2 bagai 😄 tapi aku rasa tahun ni lain pulak plan aku hihi sebab aku rasa dah tiba masa aku jadi model beg pulak ekeke 🤣 sukahatijekan 😜

dapat keropok sepinggan 😘 harga menu RM18

Encik suami tengah lapar tapi kena paksa senyum dulu binik nak amek gambar 🤣 muka pasrah hihi

Kami je makan malam situ takde orang walaupun nampak ada beberapa meja dah ditempah agaknya untuk esoknya kot 😊

Seronok2 ambil gambar ingat kami je ade situ rupanya bahagian luar dekat kolam ade orang jugak 🤣 tingkap gelap kan tak nampak kekeke mesti tersengih je tengok kami kikiki tu pun bila staff situ keluar ke bahagian kolam baru perasan 😄 terus diam tunggu menu hehehe


Haa kekenyangan Alhamdulillah 😄 duduk jap kat lobi sebab tengah ralit makan sekali coffee house nak tutup dah hihi pkp jam 9 malam dah nak tutup dah baru aku cadang nak melepak lelama sket 😄 datang pun dah lambat kan next time datang awal ataupun menginap je situ 😁 duduk jap pakai mask hihi 

 

Kelam kabut keluar coffee house lupa pakai mask pulak hihi 😅 duduk jap pakai heee


 Nak dekat CNY hiasan pun dah siap kan apelagi model beg pun tunjuk bakatla 😄 encik suami melayan je sebab dah mengantuk makan tadi hehe 🤣 Oklah nanti kita borak lagi ye aku taip ni pun lepas sarapan pagi sambil tengok go shop hihi apelagi tengok chef nakhaee masak2 yelah sementara sambil rajin nak taip kan 😃 have a nice day ye 💕

Thursday, 14 January 2021

ORDER FOOD PANDA

 


Update kali ke 2 aku order lagi service Food Panda 😄 lepas maghrib saje2 aku slide2 Web Food Panda tu tetibe aku terorder Chocolate Cream Chip Frappucino tambah 1 shot espresso , almond dengan upside down chocolate drizzle jugak Red Velvet Cake 😄 dah order & bayar baru bagitahu encik suami ha ha ha bulat mata beliau 🤣





Jumlah termasuk Delivery Fee & Tax RM48.89 😁

 

Malam ni saje je aku try order Pizza Hut guna Food Panda Apps 😄 orang lain dah lama guna aku baru je nak guna ha ha sebab aku suka jalan2 cari makan tapi aku jugak boleh jadi orang yang malas nak jalan2 cari makan bila aku dah pakai apps ni nampak tak? 🤣 dalam erti kata lain saje je ha ha

 


 Wah eksited aku 😄 kita boleh monitor masa dorang tengah siapkan order kita dan masa dorang hantar sampai ke rumah hehe


 Dah sampai abang Food Panda 😘 aku order main2 je saje untuk pertama kali kan hehe lain kali baru proper sket kot ordernya hihi


 TQ abang Food Panda pasni kitorang order lagi ye pkp ni kita duduk diam2 je kat rumah kurangkan ke sana ke mari sesekali 😄


Alhamdulillah elok je sampai terus kitorang makan sedap & puas hatilah tu pun tak habis simpan makan pagi esok pulak 😄

Permulaan order 3 ni dulu lah 😄


 Aku order Pizza Island Tuna + Mozarella , Mushroom Soup & Cheese Pops 😘



SPAGETI PREGO BURGER DAGING RAMLY

 


Seriuslah sepanjang aku hidup berpuluh tahun ni lah pertama kali aku guna kuali non stick atau tanpa lekat ni ha ha 🤣 korang jangan nak gelakkan aku ye walaupun aku rasa macam kenapa sekarang baru aku nak guna? 😁 mungkin sebab aku ni jenis manusia yang apa ada hal nak guna apapun asalkan boleh pakai untuk masak tempurung kelapa pun aku on je hihi jadi bila aku selalu tengok go shop aku tengok macam best je chef tu masak guna kuali non stick aku mula terfikir apa salahnya aku ada 1 kan untuk masak? 😄 tup2 bila kelmarin aku jalan2 dekat mall aku ternampak kuali non stick ni aku macam betul ke nak beli ni kang melekat rugi je aku beli sebab terpengaruh tv ha ha ha tengok betapa tinggi tahap cuak aku tu 🤣🤣🤣 tapi selamat aku ambik terus gi bayar sebelum aku tukar fikiran ha ha

Ni la kuali tanpa lekat pertama kali aku guna tu ha ha dan aku tak sabar nak bereksperimen masak spageti prego burger daging ramly ewah menu pun kena special sikit kan 🤣 asal nak beli bihun sekali cari spageti encik suami pun macam bukan tadi nak beli bihun ke? 😁 itu bezanya lelaki dengan perempuan kan kalau lelaki dah set A memang yang di cari hanya A berbanding perempuan awal set A bila sampai kebarangkalian sampai Z pun boleh jadi 🤣

Senang je menu pagi hari ni dengan kuali tanpa lekat cepat je keje aku siapkan 😄 kang tak pasal2 aku guna kuali ni je hihi aku rebus dulu spageti tu campur minyak sket pastu aku tumis hirisan bawang merah guna 1 sudu minyak je pastu masukkan daging burger ramly tu kacau2 masuk spageti rebus tadi dengan mix vege tabur garam sket kacau2 siap baru je encik suami langkah masuk dapur terus ke depan balik hehe sebab dah siap sarapannya kan 🤣


Alhamdulillah zasss siap sarapan pagi ni 😍 aku dah banyak mug sebenarnya tapi itulah semalam macam comel je mug coffee tu terus terambil 2 heeeee perempuan kan macam tu 🙊🙊🙊🙊🙊

Oklah aku stop dulu sebab nak sambung makan 😄 sambil makan sambil taip sambil tengok tv perempuan kan hihi daaaa have a nice day ok 🙋‍♀️ 

 

ORDER MAKANAN

 


Kelmarin aku order CHOC CHEESE CAKE dengan CHOC CAKE harga RM12 setiap satu dari orang yang jual atas talian Eka namanya , aku ni kan suka makan 😁 jadi aku rasa dari aku yang buat kek tapi rasa biasa2 ja baik aku order dari orang yang pandai buat & sedap rasanya kan? 😄




Aku terima kek ni dalam jam 3.20 petang camtu ha elok aku terjaga dari tidur petang 3.17 minit apalagi kelam kabut bangun gi ambik kek dah sampai depan pagar rumah 🤣 boleh pulak aku terlelap lupa aku ada buat order kek semalam hehe , menarikkan nampak kek2 tu? 😁


Dah terima tunggu apalagi lepas selesai solat semua aku pun rasalah hmm sedap kek ni 😘👍 aku memang kerap je order dengan Eka ni sebab makanan yang dijualnya sedap2 menepati citarasa aku camni memang jarangla aku nak masakkan hihi tu pun esoknya aku order menu makan malam pulak 😄 nanti aku update ye ni pun aku taip jam dah tunjuk 4.28 pagi jap g aku nak buat sarapan pagi pulak oklah nanti aku update lain daaaa have a nice day ye 💕

Ni pulak Nasi Ayam aku order 2 pack sekali encik suami buat makan malam 😁 Alhamdulillah sedap , 1 pack harga RM6 pastu cod RM4 


 

 

 

Wednesday, 13 January 2021

STAYCATION DI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH

 


 Hi Korang 😍 lama kan aku tak update apa2 😁 tu lah mode menaip ke laut memang ambik masa la nak pot pet pot pet kat sini hehe ni pun korang tau aku taip jam berapa? jam 5 pagi tau 🤣 perut pun dah berbunyik mintak makanan haha malas aku nak melayan awal sangat kan nak makan hehe

Khamis baru ni encik suami ada medical check up jadinya beliau dapatlah mc 😁 lepas ambil darah appointment seterusnya kena jumpa doktor pulak makanya kami terus ambik keputusan santai2 di Hotel Seri Malaysia Ipoh hehe tak plan pun pastu gi situ sehelai sepinggang makanya malam tu terus ke shopping mall beli baju tidur dengan kelengkapan2 lain 😄

 

      

 Luas jugak biliknya cukup untuk 4 lagi orang tapi kena hampar toto lah 😄 bilik ni mengadap kolam renang belakang , ada 2 kolam renang 1 lagi dekat dengan kaunter daftar masuk & cafe , bilik aku ni no 307  

 

Ni di luar beranda bilik , macam asrama tempat aku belajar dulu2 terus terimbau kenangan zaman2 kegemilangan suatu ketika dulu hehe 😊  

Ni la kolam dekat kaunter daftar masuk dengan cafe tu tapi aku takla mandi sebab aku ni ikut mode jugak kadang malas nak basah2 baju ambik gambar je lah 😄 kalau ada budak2 seronokla kan hehe 


 Ni dalam kawasan blok bilik aku jugak nak ke cafe ada kolam ikan situ 


 Ni dalam cafenya cantikkan 😊 santai2 makan malam sini jam 6 petang lebih kami je ade situ tetamu lain masih memerap dalam bilik gamaknya hehe

 Cantikkan jam kat dinding tu 😍

 

@ Rasa Rasa Cafe Hotel Seri Malaysia Ipoh 😍👍


 Tunggu menu order takde orang pun dah macam kami je tempah 1 cafe hehe 😍


 Harga menu kat Hotel ni murah & sedap 😘👍 tak mustahil aku datang lagi nanti 😁 petang tu aku dengan encik suami order Nasi Lamb Chop dengan Cucur Udang Beracun tu memang puas hati alhamdulillah 💖


 Aku order air Milo Aiskrim Vanila , encik suami Nescafe ais sedap layan aiskrim petang2 cuaca sejuk sebab hujan kan 😍


 Yeay dah sampai 😄 apalagi mari kita rasa tengok hehe sekali suap mak oiii terbuntang mata sebab sedap kot haha tak padan dengan harga murah bebenor 👍


Best suasana camni 😍 tenang je nak makan santai2 kan hehe aku cakap dengan encik suami sebulan sekali plan makan2 di hotel camni hahaha 🤣 

 

Ada steamboat jugak tapi lain kali lah kot 😁 aku ni jenis order nak yang terus boleh makan kalau baru nak masak2 ni hmm tengok mode jugak hihi 

 

Pagi esoknya turun sarapan baru nampak tetamu2 hotel bersarapan 😁 ni stesyen bakar2 roti sapu butter dengan sekaya

 

Stesyen buat air kopi ni belakang meja aku duduk je senang kot nak tambah kopi hehe selain tu ada jus oren sedap 😘👍 


Santai2 pagi hari minggu 😍 hari2 macam ni kan best 🤣 haha botakla laki den kan hihi

 

Ada Nasi Lemak Pandan , Mee Goreng , Kueyteow & Mee Sup cukuplah buat sarapan pagi kan 😁 kenyang Alhamdulillah 😍 


Meeteow Sup aku rebus sendiri kat stesyen dia 😘 rasa macam sikit je aku ambik kongsi dengan encik suami tapi tu pun tak habis 😂 kenyang makan nasik lemak rasanya hihi

Dah kenyang jomla rehat2 perut kat bilik sebelum check out jam 12 tengahari 😍 Overall aku puas hati lah lagipun aku jenis asal boleh tido dengan makan lain2 tak kisah sgt pun santai2 je hidup 😄