Saturday, 8 April 2017

SABTU 8/4/2017

   


Hai korang 😄

Apa khabar korang hari minggu ni?

Hari ni rajin pulak aku kemas2 halaman rumah dengan encik suami 😄
Bagusla keluar jugak peluh kan cabut2 rumput cangkul2 sket sapu2 bila dah kemas memang puas hati 😍
Start kemas2 pun time tghari sebab kalau buat petang kang hujan pulak turun sebab sekarang ni memang musim hujan petang2 daerah umah aku




Time ni agak panas tapi bila petang je hujan pun turun


Encik suami tengah cantas daun2 pokok cepat tumbuh daun2 pokok ni lagi2 bila hujan kerap turun



Anak pokok betik dah berbunga pun , induk asal dah takde ni pun sedar2 ade pulak anak pokok betik tumbuh 😊 terima kasihla kat burung2 yang makan buah betik kat induk tu mesti ada biji benih betik asal yang jatuh ke tanah kalau harap aku yang nak tanam memang idokle 😄


Dah kemas tunggu orang datang ambil mesin basuh semalam tak datang pulak hmm ni ntahla kata nak datang jam 1 petang sekarang dah 2 petang pun tak nampak bayang 😥
Sabar je la menunggu sebab baju2 banyak belum basuh ikut hati nak hantar je dobi tapi takpelah tunggu lagi sebab ade lagi baju2 lain yang boleh dipakai 😋


lebih kurang jam 4 petang baru dorang datang ambil mesin basuh nak check ape yang problem
dalam 3 hari jugakla baru dorang hantar balik


Ni ade hati nak ajak encik suami keluar 😄
Ade urusan sket hal2 rumah
Pastu jalan2 je la ke mana2 kan 😍

Oklah stop dulu nanti sambung borak k
Ade keje sket nak buat ni

Wassalam 🙋


Bila masuk kedai RM2 terus rambang mata 😄 maka terjadila tangkapan seperti gambar di atas 😄



Balik dari kedai RM2 tu encik suami ajak minum sambil nak tengok bola katenye ⚽😉
Tengok bola sambil cicah biskut yang dibeli tadi je sebab masih kenyang lunch pun dah petang 😄


Wassalam....😘





Friday, 7 April 2017

JUMAAT 7HB APRIL 2017



Hai korang 😄

Apa khabar korang di hari jumaat ni?
Aku tengah rilek2 je ni baru lepas makan roti bakar daging telur tapi tak ambil gambar pun 😄 takpelah next time aku ambil gambar tempek kat sini ok ☺

Sebenarnya tengah tunggu orang datang ambil mesin basuh ni problem pulak jadinye ni dah kali kedua problem bila nak pusing je dah tak boleh pulak meragam maklumla dah 6 tahun dia berkhidmat kan 😌 6 tahun berkhidmat baru 2 kali meragam dikira okla tu boleh dimaafkanla kan tapi nanti terbangla jugak RM50 untuk dorang check jap g 🤑

Tengah2 tunggu dorang datang ambik ni tetiba rasa nak makan kek pulak 😄 rasanya aku ni ada2 masa asyik nak makan satu2 makanan macam sekarang terasa nak makan kek secret receipe tu 😄



jalan2 jap di IT Fair 😄



Jalan2 terbeli benda alah ni 😄


Ada masa bila stress dengan sesuatu aku akan cari laksa 😄 lepas makan laksa terus hilang stress aku tu haha memang pelik kan 😉 

Sekarang ni kat kawasan rumah aku kerap turun hujan tapi kejap lagi ada pasar malam pulak hmm tengah fikir nak masak ape minggu ni nanti sebab nak beli bahan2 dapur tu nak fikir masak ape pun boleh jadi stress kot 🙆 nak masak ape ni wei??????? 😂

Malam pulak ada urusan sket so hmm ajak encik suami makan kat luar je lah kot tengoklah camne nanti 😅

Oklah aku stop dulu nanti borak lagi k 😘 Wassalam


Ni gambar2 hari ni di Secret Receipe 😄


Mee Curry menu encik suami 😘


Tiramisu Cake 😘


Creme Bulee Cake 😘


Minuman ni Iced Hazelnut dengan Iced Lattee cuma add on RM2 sebab promosi dari jam 3 pm - 6 pm 😘






Thursday, 6 April 2017

ENTRY PERTAMA BULAN APRIL 2017 😘



Hi korang 😄

Ya Allah lama betul aku tak menaip kat blog kan?

Ni pun aku menaip guna hp ntahlah camne gayenye 🤔

Sebenarnye tadi perut aku memulas tapi dah ok sket ntah hape yang aku makan ntah tapi pagi tadi aku sarapan buat roti letak telur rebus kacau2 dengan mayonis ngan hirisan dadu tomato pastu minum hot choc tapi aku rasa mungkin campur aduk dengan makanan semalam kot sebab semalam aku masak sambal telur , sup ayam lada hitam , telur masin dengan timun

So maybe itu sebabnye kan banyak sangat isi dalam perut yang belum dinyahkan 😂

Aku tetiba rasa nak menaip bila tadi aku baca balik entri2 yang aku taip sebelum2 ni pastu boleh pulak aku tergelak2 baca penulisan sendiri 😂 rasa macam kenapa macam kelakar je gaya penulisan aku sebelum ni?😄

Oklah situasi aku sekarang ni tgh berbaring sambil menaip sambil tgk tv Al Hijrah tu sebab baru keluar toilet kan 😄

Baru ni aku ada balik Terengganu sebab ada majlis kenduri adik ipar aku kawen so keje aku tolong2 je sket2 ape yang patut macam hiris daun pandan dengan bunga2 untuk tabur2 kat pengantin atas pelamin nanti , majlis buat dalam dewan je senang , makan tempah katering je mudah sekarang ni selain tu masukkan telur dalam bekas bunga telur tu , adik2 ipar pun tolong walaupun dorang lelaki 😊


Alhamdulillah dah selamat diijab qabul dorang ni 😘 aku bersama ipar2 duai


terkejut reaksi encik suami tak ready ambil gambar 😄 yang binik memang mesra kamera 😄


Anak2 buah sebelah suami , dari kiri : Aniq , Jannah , Irdina , Alim



Anak2 buah sebelah suami jugak ni 😘 : Affifah , Aiman , Hazim



Anak buah encik suami : Rayqal 😘


Time kenduri tu ahli keluarga kena naik pentas renjis2 air mawar dengan tabur2 hirisan daun pandan dengan bunga tu deejay akan panggil sorang2 tup2 nervous bila nama suami aku dipanggil naik dengan aku sekali 😄 so jalanla kami atas karpet merah sambil kiri kanan ramai orang tengah tengok 😄 mak aiii malu den 😂 dahla baju tak sedondon pun dengan encik suami pastu tak ikut tema muahahaha 😄 pastu aku dengan encik somi jaga bahagian bagi doorgift bag tu lepas makan2


My mak mertua 😍 walaupun nampak serius tapi sangat baik , masakan mertua memang aku suke sebab tak same macam aku masak 😄 so aku banyak belajar di situ


Selfie dengan mertua 😍 , mertuaku memang sporting 😘


Cantik pelaminnye kan 😍


Pengantin dah sampai 😘 adik ipar aku yang perempuan



Selesai majlis pagi2 esoknya encik suami keluar dengan adik ipar cari keropok lekor dengan keropok keping sekali dengan sos pencicah pastu esok paginya nak balik boleh pulak aku lupe nak ambik keropok lekor rebus dalam peti ais huwaaa 😓 yelah banyak barang kan mesti ade yang tertinggal mertua aku call bagitahu baru teringat takpelah lain kali boleh balik n beli lagi 😂 redha je la sambil nangeh dalam hati 😄



Encik suami beli sikit je kejap je habis 😂


Tak puas sebenarnya balik Terengganu sekejap je sebab setiap kali balik aku mesti terjah pantai sebab aku rasa aku memang suka pantai , suka makan2 mengadap pantai , jalan2 kat persisiran pantai sebab pantai di Terengganu memang cantik dengan laut membiru awan bersih tenang n damainya jiwa 😍 takpelah aku ada terfikir nak ke Terengganu lagi tapi kali ni sewa chalet tepi pantai je time balik baru jumpe mertua kejap 😄 aci tak? Haha bertuahnye menantu 😄

Aku kalau balik Terengganu memang suka meronda cari makanan2 sana sebab unik2 makanan kat Terengganu ni 😘 semua nak cubalah 😄 yang paling win pantainyelah

Amboi dah lame tak menaip jadi berjela la pulak kan 😄 ntah camne rupe taip pakai hp je , gasakla 😄


Lepas balik dari Terengganu tu 5 hari pastu aku menginap di Hotel De Art Shah Alam sebab ada program , stayla situ selama 3 hari 2 malam , jumpa cik farah pun time dia nak gi keje pagi tu sebab aku ada order 2 biji kek dari kawan aku yang sorang lagi tapi tak sempat jumpe so pesan tinggal kat cik farah je sebab umah dekat dengan hotel yang aku duduk ni , hmm tak sempat jumpe kawan2 lame yang datang sebab aku pun rushing dengan program 🤓 takpelah ada rezeki bolehla jumpa lagi insyaAllah 😍


Time ni nak turun sarapan kat bawah tepi hotel de Art 😘


Sarapan hari pertama makan set nasi lemak dengan kopi 😘


Lorong nak ke lif naik ke bilik


Carrot Cake 😘 sedap 👍


Melty Cheese Choc Cake 😍👍 ni pun sedap


Time ni aku ngan encik suami nak check out jam 12 tghari , semuanya best kat sini nanti boleh check in sini lagi 😍 , aku check in room Art Queen bilik 101 kat Hotel De Art 😘


Oklah stop dululah nak masuk dapur goreng ayam jap sebab belum makan malam pun , dah membuang lapar pulak 😄 memang dasar perut kan 😄 oklah rajin2 nanti aku update lagi ye

 😍😍😍😍😍😍😍😍
Wassalam

Tuesday, 31 January 2017

DAH BIASA TIDUR LEWAT



Hi korang


Bertemu lagi kita pada pagi 31 januari 2017 pada jam 1.28 pagi hehe
Ye aku tahu mesti korang dah di alam mimpi time2 pagi macam ni kan?
Aku belum pun mengantuk masih berjaga ntahlah susah nak tido kalau belum betul2 mengantuk
Encik suami dah di alam mimpi pun bini masih di meja makan menaip hahahaha 


Oklah time2 macam ni mari aku nak cite sket perkembangan hidup aku di bulan januari tahun 2017 ni 
Masih awal bulan di awal tahun so semangat tahun baru tu masih berkobar2 hehehe


Ok sepanjang bulan januari tahun 2017 ni perubahan pada sikap aku lebih kepada semakin rajin memasak hahaha 
So ada penjimatan di situ di mana sebelum2 ni aku banyak keluar makan di luar sebab ape? ye aku memang malas nak memasak iye2 sebab 2 orang je kan hahaha 
Tapi sekarang ni aku banyak memasak mungkin disebabkan aku suka upload video aku masak di instagram hahahahaha
Ni sebab aku selalu tengok ramai je upload video tengah memasak n aku rasa macam best je so aku pun termasuk sama peel macam orang ramai yang upload video tengah masak tu hahahaha
Tapi aku rasa bila aku upload video memasak tu dalam masa sama aku terus jadi rajin memasak pulak hehe so ada aura positif di situ so okla tu kan aura positif masak dari makan di luar yang mahal gaban tu haha


Dalam masa yang sama aku juga semakin busy dengan kehidupan seharian sampaikan tak rasa masa cepat sangat berlalu
Esok dah nak masuk februari dah time sangat2 cepat sekarang ni tak tahulah korang tapi bagi aku masa memang pantas sekarang adakah bumi kita semakin cepat berpusing? heeeeee dah dekat jam 2 pagi mula nak merapu pulak hahahaha


Oklah mari kita cerita bab peel manusia pulak
Korang pernah tak berada dalam situasi di mana korang takde salah atau buat salah pun pada seseorang tu tapi seseorang tu selalu pandang sinis n memalukan korang sesuka hati beliau?
Ya aku memang kerap jumpa orang yang peel macam ni n dalam masa sama aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana dekat manusia yang peel macam ni sebab bagi aku ape nak dikisah2kan perihal orang lain yang mungkin tak sama ideologi ataupun cara kehidupan masing2 , dunia hanya sementara so hormatilah cara kehidupan masing2 n bersihkan hati jangan hanya memandang kehidupan dunia sahaja
So cara aku senang saja , maafkan mereka , banyakkan istighfar dan berbuat baiklah dengan mereka yang berbuat salah dengan kita walaupun pada mulanya rasa susah tapi banyakkan berdoa supaya hati kita sentiasa berbaik sangka


Ok ape lagi nak cerita pagi2 buta ni ish mata ni napela masih fresh ni hehe
Aku dah jadi macam siang mengantuk malam berjaga pulak esok nak siapkan breakfast pulak tadi aku dah siap2kan rebus spagheti itu yang last nanti kena beli lagi pastu dah siap buat kuah spagheti kalau ikutkan hati tadi masak pagi2 esok je la tapi bila fikir balik nanti kelam kabut pulak kalau pagi2 baru nak siap semua tu kan so kalau masak siap2 senang tinggal esok pagi panaskan je lagi nak goreng karipap lagi hahahaha 


Ok antara azam aku lagi aku tengah nak listkan ni menu masakan untuk sebulan so aku rasa bila buat camtu senang kita dah tahu ape nak masak setiap hari n bahan2 pulak dah siap sedia ada , kalau sebelum2 ni nak masak menu ni bahan pulak tak cukup atau dah habis so termasakla menu2 tak cukup bahan hahaha itu yang jadi kes hentam je la labuuuu hahaha


Pastu aku rasa bila dah beli bahan2 memasak tu nanti aku nak asingkan ikut hari so takla terguna atau terlebih guna sebab main ambik je ikut suka kan haha pastu kang cepat habis kena gi beli lagi memang tak well prepared peel macam tu kan hihi


So antara azam baru jugak kena well prepared kata omputih hehe supaya menyenangkan kehidupan seharian kita hahaha
Well prepared bahan2 dapur selama sebulan hmm kena listkan dah ni sebab yang januari bahan2 masak hampir habis so nanti kena gi top up untuk februari pulak


Untuk januari aku takdela buat list cuma itu yang jadi masak je apepun asal ada bahan2 yang sedia ada tapi aku rasa macam nak lebih baik so baik senaraikan je ape nak masak so nanti beli ikut menu yang kita dah listkan tu 
Chewah macam rajin je semangat tu.....hahahaha


Oklah dek kerana dok sebut2 nak buat list menu ni aku stop dulu lah nak gi usha2 resepi hahahaha masakla pukul berapa nak tido plak ni jam dah 2.05 pagi


K lah have a nice day korang, thanks sebab semangat baca sampai habis hehe semangat azam baru gak tu hehe k wassalam.......till we meet again insyaAllah...




 Nah belanja korang gambar aku tahun 2017 ni time ni la aku jumpa restoran2 baru2 yang cuba gugat azam baru aku tu hahahaha













Friday, 27 January 2017

CUTI CHINESE NEW YEAR




Hish lamenye aku tak update ape2 kat blog kesayangan aku ni , chewah kesayanganla katanya hehe , tu la aku semakin busy sekarang ni , rasa macam tak cukup je 24 jam sehari , hari tu baru je sambut tahun baru tup2 dah nak habis bulan januari kan , cepatnya masa berjalan , rasa tak terkejar sehari2 , dunia dah akhir zaman...





Azam baru nak kurang makan di luar goyah sket awal2 tahun hehe


Permulaan 2017 aku alhamdulillah berjalan lancar setakat ni , aku dah semakin rajin memasak kat rumah walaupun kadang2 ade jugak keluar makan di luar tapi dah tak sekerap tahun2 lepas haha , seboleh mungkin aku cuba mengawal diri aku supaya lebih menjaga perbelanjaan hehe so jangan kerap keluar ye hehe

 Harga cny RM3.88 je , murah so mari borong ni pun rasa tak cukup hehe





ni bila dah tak tahu nak makan apa so bawak bekal hehe sedap , jimat n mengenyangkan


Sekarang ni aku banyak aktif di instagram , agaknya tu sebab aku jarang update di blog ni tapi blog tetap tidak dilupakan , di instagram aku banyak bervideo masakan je kemain ramai je update video pasal masak2 ni kan last2 sekali aku terjebak nak update video memasak ni hahaha tapi bagus jugak dah jadi macam terapi untuk aku supaya rajin2la memasak haha kalau ikutkan aku ni apepun malas haha kalau boleh semua nak ada depan mata sekelip mata tanpa aku buat apa2 haha gaya orang2 kayo je padahal jem kayo pun non ado hihihi

packaging minyak terbaru , menyenangkan


Permulaan mukadimah memang langsung takde kaitan dengan tajuk entri kan hahaha , aku kalau bab nak membebel memang selalu lari tajuk hehe sebab macam2 cerita nak dikeluarkan maklumla dah lama tak mengarang , ni pun aku paksa jugak diri update sebab lepas buat entri ni memang aku busy dengan urusan lain so nak mengarang pulak tu take time jugak bergantung pada mood muahahaha , mungkin sebab hari ni hari jumaat so mood aku berada dalam keadaan terbaik gituu ade kena mengenakah? Hahaha  

tahun ni aku beli beras ni , kurang kanji pastu wangi yang penting 1 senduk je dah kenyang jimat n tahan lama so walaupun harga sedikit mahal tapi berbaloi sebab sebelum ni aku pakai beras biasa sekali masak 5 pot beras tapi beras ni 2 pot beras pun dah cukup n mengenyangkan , jimat n tahan lama



Ok balik pada tajuk entri korang plan bercuti ke mana2 ke? Almaklum cuti agak panjang jugakla kan , aku ni walaupun memanjang je cuti muahahaha tapi takde maknenye busy mengalah tak cukup 24 jam , encik suami pun dah inform beliau pun dapat cuti jugak untuk CNY tak lama lagi tu , tapi aku takla ke mana2 pun , terfikir nak balik kampung tapi memikirkan banyak urusan nak disettlekan baik duduk diam2 je sambil plan aktiviti lain cuti nanti , lagipun tak lama besday encik suami sama pulak besday dengan abah aku , kalau kat kampung boleh jugak keluar2 makan tapi nampaknya tahun ni wish je la uhuk2

Kopi peket macam ni memang menyenangkan sebab tak payah letak gula


Sekarang ni pun musim hujan kan , kawasan rumah aku sekarang ni memang kerap hujan , encik suami nak bukak kipas pun aku tak bagi hahaha , sejuk bawah sikit dari turun salji je hahaha , tapi encik suami tak sejuk mana , lagi kalau kena air huwaaa boleh terketar2 gitu hahaha , patutla kalau kawasan tinggi tak pasang aircond kan sebab sejuk semulajadi , kawasan rumah aku ni bawah sikit je dari kawasan tinggi so kenala tempias2 suhu sejuk tu grrrrrrr



Awal2 tahun tetibe terjumpa restoran jual pulut durian hehe
saje je nak spoil azam baru aku haha


Bila kerap hujan suhu pun sejuk je memanjang , bila sejuk tu memangla lapar je memanjang agaknya sebab tu la aku rajin je nak memasak itu ini , ade sekali tu aku bangun jam 4.30pagi semata2 nak goreng karipap hahahahaha , karipap homemade tau hehe bila lapar mana boleh tidur pasal perut tetiba bagi signal minta makanan hahaha

Ni pun sama restoran yang tak pernah jumpa tetibe awal2 tahun terjumpa dugaan....hahaha ni nasi lemak ayam kampung


Okla korang aku stop dulu nanti rajin aku update lagi ye , korang doa2kanla aku rajin nak menaip ye hehe , oklah korang selamat bercuti ye n enjoy bercuti cny nanti , take care tau , nanti rajin aku update lagi :)


Harap2 azam penjimatan aku betahan hehehe