Monday, 1 May 2017

SUNDATE @ LUMUT



Hi korang 😁
Apa khabar korang2 yang tengah nak baca blog aku ni? 😘
Harap korang2 kat luar sana sentiasa sihat , ceria , bahagia , happy2 dan senyum2 selalu ok 😍

Hidup mesti berminda positif baru alam terasa luas ewah bermadah pulak aku ni 😄

Oklah back to the truly story 😎 Ahad aku dah keluar rumah seawal 11 pagi 😄😄😄 selepas adegan fikir memikir selama 2 jam nak ke mana minggu ni 😄

Kejap encik suami cakap begitu kejap aku cakap begini masing2 dah stress nak tentukan destinasi jalan2 tanpa planning hahaha 😄😄

Last2 encik suami ajak pergi jumpa kawan beliau ada urusan sket so jom je lah walaupun takde planning ape 😄

So kami ke Tronoh kejap kemudian shoot ke Lumut jumpa kawan2 lama 😘




Ada jugak terfikir nak ke Pulau Pangkor tu tapi memandangkan tak buat persiapan ape so jomlah g makan dulu sebab dah lapar 😄



Mula2 tu encik suami cakap nak makan nasi campur tak nak yang goreng2 sekali masa tengah survey2 makanan dah ternampak pulak menu yang satu ni 😍 apelagik LAKSA!!! 😄 terus ajak encik suami duduk biar aku habiskan jap laksa ni yang bagi aku memang sedap , pekat dan likat kuah dia 😘 pastu makan aiskrim sebab nampak orang lalu lalang bawak aiskrim haha 😄




Lepas selesai makan laksa n pastinya aku agak kenyang ni encik suami terus ajak g kfc pulak 😄 aku pun sekali la order walau pun agak kenyang 😄 plus tambah lemon cake yang mmg sedap




Lepas makan cari tempat solat tanya adik staff kfc tu rupanya kfc di lumut ada tempat solat di tingkat atas tapi kena tunggu turn tapi kami tak jadi solat situ so terus solat di surau dekat jeti lumut tu je

Lepas solat jalan2 kejap kat pantai tu nampak buaian tetiba teringin naik buaian lama tak naik 😄 sesekali layan seronok jugak haha 





Kemudian terus pergi jumpa kawan encik suami borak2




Lepas borak2 kami terus bergerak balik cuaca pun mendung tak lama hujan lebat pun turun 😊 tapi sempat singgah di Restoran Al Bayyan tu dinner Mee Rebus dengan Roti Canai 😁 kemudian masuk Billion kejap pastu terus bergerak balik 😎




Sekian cerita Sundate kami berdua 😊
Wassalam..









Tuesday, 25 April 2017

MONDATE : TERJEBAK TENGOK FAST FURIOUS 8




Entah macam mana boleh pulak aku terjebak tengok cerita ni kat pawagam 🤓


#google

Asal aku nak tengok Smurf tu sebab encik suami janji nak teman tengok hehe yelah kan hari tu teman dia tengok power rangers tu so turn aku la pulak kan 😄 tapi masa sampai kat pawagam dalam shopping mall tu cerita smurf dah start separuh jalan so kena la pilih cerita lain 😀


#google

So ternampak ada cerita fast furious 8 yang orang asyik cakap best tu ntah camna bolehla pulak aku pilih cerita tu siap tanya staff situ best ke cerita ni kang tertido aku kang sebab aku ingat cerita kereta2 racing2 ni aku kurang gemar sket 😄


#google

Sebelum tengok cerita ni start jam 9 malam aku g secret recipe jap makan kek 🍰 😗

So hari ni pilih kek cheese choc dengan carrot cake tapi rasanya aku lagi suka cheese choc 😘



#google

CHEESE CHOC CAKE

#google

CARROT CAKE


Harga tiket pulak RM15 aku dengan encik suami pilih seat tengah2 sebab nak tengok depan2 fokus gitu 😄 ada jugak seat couple tapi atas sekali la harga tinggi sket tapi takpela kitorang pilih seat tengah je sebab nak fokus jalan cerita 😃


#google

Bila cerita dah start memang aku fokus habisla cerita ni sampai encik suami cakap tak berkedip mata aku tengok muahaha 😄😄😄 ok serius memang terbaiklah jalan cerita dia ada unsur2 persahabatan , percintaan , kekeluargaan pastu adegan kawan2 nak selamatkan kawan walaupun kawan terpaksa khianat demi keluarga eh kagumla aku tengok patutla ramai cakap cerita ni best 😗 rate aku bagi memang 5 bintanglah gitu 😄


#google

Memang hebat cerita ni plus pelakon2 dia pun hebat2 😄 memang macam2 perasaan ada tak sedar aku pun hayati same 😄 tu yang encik suami cakap tak berkedip mata aku tengok cerita ni haha sebab memang best walaupun asalnya aku tak minat cerita2 fast furious pun 😄


#google


Habis tayangan jam 11 malam singgah 7E kejap beli roti gardenia tu dengan telur untuk sarapan esok 😗



Air mineral RM3.50 🙃

Sekian entri aku hari ni 😄 gambar takde pasal aku tertinggal hp kat rumah muahaha 😄

Oklah korang tido dulu dah pagi2 buta aku baru habis menaip 😄

Wassalam

Zzzzzzzz




Monday, 24 April 2017

SUNDATE ( 3 ) @ CAMERON HIGHLAND




Ahad semalam aku ke cameron lagi 😄

Ish dah kenape rajin pulak nak ke situ 😄


Semua ni kes tak dirancang walaupun ade jugak terfikir nak ke Taman Sedia tu ☺


Sebab aku tak pernah lagi sampai kat situ 🤓
So jam 2 petang tu lepas balik berkelah ewah berkelahla sangat 😄 encik suami tanye nak gi Cameron ke? Aku dah macam erkk cameron ke walaupun dalam hati seronok je muahaha 😄




Encik suami cakap jomlah kita try pegi ikut Tapah pulak sebab minggu lepas ikut Simpang Pulai tapi bagi aku sila la ikut Simpang Pulai pergi dan balik haha tak menahan aku nak mengadap jalan ikut tapah yang bertampal2 tu 😆 kalau belok2 tu aku layan lagi walaupun kena hati2 sebab yelah lori , kereta , bas , moto2 besar pun lalu ikut jalan yang same so lets my suami kita ikut jalan Tapah hahaha mengade 😄



So misi nak ke Taman Sedia tu je nak rase Nasi Lemak Sambal Strawberry Ikan Masin yang ada di 200 Seeds Cafe dalam Taman Sedia tu tapi banyak je restoran2 dalam tu ada cheese scone , laksa pun ade amboiiiii mengundang betul 😄😄😄 ok nextttt hahaha 😄



Ni la 200 Seeds Cafe tu 🍓😗



Ni la Nasi Lemak Sambal Strawberry Ikan Masin tu 😗 tapi yang hot spicy dah habis layan yang ori je pun ok je sedap kate ikan masin kan hehe

Ni pulak encik suami order sedap jugak gulai2 gitu 😗 time sejuk2 memang layan je😄



Air ni aku order Hot Tea Strawberry Milk 🍓 fuhh segar betul minum panas2 dalam suhu yang sejuk ni lagi2 dah petang2 camni 😗



Dalam 200 Seeds Cafe kat Taman Sedia ni pun ada tanam Strawberry memang best sini tempat makan pun lapang pastu ada kedai jual produk2 dorang 

Ok bagi yang nak tahu suhu di Cameron memang sejuk ok muka aku ni flawless , kebas pastu yang best tu tentulah persekitarannya banyak oksigen2 segar kat situ maklumla hutan je memanjang masa nak naik Cameron tu kan 😗




Alhamdulillah cuaca bagus walaupun sabtu hujan dengan guruh berdentam dentum kan risau jugak tapi perjalanan kami pergi balik smooth je cuaca pun bagus sejukkkkk 😄

Aku naik ikut Tapah jam 2.11 petang pastu selamat masuk tol simpang pulai jam 9 malam haha malam kot memang laju gila la encik suami bawak tapi ade je kenderaan2 lain follow so takla takut sangat 😄



Bayangkan dah hampir malam kami masih berada di laluan gunung2 berkabus seram kot sesekali terfikir kang tak pasal2 cik ponti melintas naya hahaha 😄 cepat2 baca ayat kursi heeeeee 🤓 masing2 diam tak cakap ape 😄



Kami makan di Taman Sedia tu pun dah jam 6 lebih jam 6.44 petang baru gerak turun 😄 kat Taman Sedia tu pun ada surau warna hijau , air dia tak payah cakapla terus terbukak mata hahaha sejuk tapi segar best betol 😍

Sempat je singgah di papan tanda baru ni masa on the way nak turun simpang pulai tempat ni kena hati2 sket sebab kena melintas so tengokla kenderaan yang lalu kiri kanan sebelum melintas ye tapi adela space tepi2 bukit tu korang boleh park kete kejap 😎








Lepas dari bergambar kat sini memang kami pecut turun muahaha 😄 walaupun encik suami ade ajak menginap 1 malam so boleh ke pasar malam tapi takpelah next time pulak sebab memang ada lagi beberapa tempat yang aku nak terjah 😍

Sekian cerita sundate aku bersama encik suami 😗 nanti kita sundate kat mane pulak 😄


 Ok


Wassalam ...



Monday, 17 April 2017

SUNDATE ( 2 ) @ CAMERON HIGHLAND




Hari ni memang hari aku rasa nak wat keje gile sket 😄

Pagi2 encik suami keluar kejap nak jumpa kawan2 belajar dia dulu tapi siap pesan aku masak 😄

So sementara tunggu encik suami balik aku pun masakla so menu simple aku just goreng ayam yang dah aku perap dengan kisaran bawang putih,lada hitam,kunyit hidup,halia pastu panaskan tomyam campur je kemudian masak nasik 😄 dah tu jek hahaha

Kemudian encik suami ajak ke shopping mall jalan2 tapi aku macam nak ke 1 tempat yang lebih relax2 so aku ajak pegi cameron masa tu dah jam 2.45 petang 😄 

Boleh bayangkan tibe2 nak ke cameron tanpa dirancangkan pastu nak balik hari walaupun aku ada terfikir suruh encik suami ambil cuti isnin 😄

Bayangkan pegi cameron macam tu je dengan hotel pun tak book sebab aku rasa kalau takde hotel masjid kan ade gitu 😄 memang positif je janji dapat rilek2 kat cameron tu 😄

Encik suami asalnya tak setuju macam2lah beliau punya bunyik muahaha sampai kitorang stop tepi jalan sebab nak berbincang nak ke mana 😄 jam pun dah 2.45 petang kan 

Tapi ntah nape aku macam nak ke cameron jugak sebab situ macam best je dengan hijaunye dengan sejuk udaranya dengan ladang teh yang cantik ewah 😄

So lepas tolak darab bahagi campur encik suami pun pusing balik naik cameron hehe 😍
Wahh berbunga hatiku 😘
I Love You lah abang 😘😘😘

So kami ikut jalan simpang pulai sebab jalan lebih luas,kurang jalan berbelok berbanding laluan tapah tapi kalau ikut jalan tapah pun ok tapi jalan agak berbelok yang best jalan tapah ni banyak gerai orang asli jual sumber2 hutan dengan kraftangan dorang aku ada terfikir jugak nanti nak ke gerai2 doranglah sekarang tak sempat sebab rushing kan dah petang 😄

So sepanjang laluan naik simpang pulai tu kita akan melalui kg raja , tanah rata , brinchang , ringlet , tapah persekitaran memang awesomelah dengan hutan hijaunya,udara sejuknya memang aku rasa fresh sangat seronok dengan persekitaran macam tu 😄



Sepanjang laluan naik tu aku nampak jugak avant chocolate tapi tak berhenti sebab rushing takut nanti malam macam takut pulak nak turun kan so next time je lah datang awal2 pagi banyak masa sikit nak jalan2 kan 😘

So dalam jam 4.30 petang tu aku berhenti jap dekat masjid kayangan brinchang berhadapan dengan balai bomba solat asar situ masa nak ambik wudhuk tu mak aii air dia sejuk sampai terus segar bila kena muka 😄



Air sejuk dari gunung tak sama dengan air sejuk kat rumah kita tu sejuk dia lain sebab air dia memang fresh terus bila kena kulit muka kita terus rasa segar pastu rasa nak duduk cameron je tak nak balik hahaha 😄

Masa aku nak ambik wudhuk tu aku nampak ada sorang jemaah perempuan tengah solat so aku dapat tengokla arah kiblat sebab jemaah tu bentang sejadah kan selesai wudhuk aku pusing nak masuk tengok jemaah tadi dah takde 😄 err aku terfikir jugak aku dahla tak tahu arah kiblat adakah jemaah tu betul2 jemaah atau ? Haha 😄 so aku fikir positif je mungkin jemaah tadi cepat2 keluar lepas solat kan so solatla aku kat tempat jemaah tadi 🤔

Selesai solat encik suami pun dah selesai aku minum sket secawan teh tarik ada jemaah lelaki letak kat para tempat jemaah duduk2 minum2 makan2 tu hmm segarnya minum panas2 dalam cuaca yang sejuk tu 😘 encik suami tak minum mungkin kalau nescafe baru beliau minum 😄



Kemudian kami meneruskan perjalanan asal nak ke ladang teh sungai palas tu tapi sampai ke sudah tak jumpa jalan haha 😄 so stop dekat cameron valley je tempat family aku singgah dulu hehe duduk situ bukan makan pun lebih pada ambil2 gambar dengan video sket sebab situ pun cantik jugak pemandangan ladang teh dia 😍



Selesai di Cameron Valley tu kami teruskan perjalanan laju encik suami bawak yelah kejar masa sebelum malam walaupun binik dia macam nak suruh ambil cuti je esok haha 😄 sebenarnya nak jalan2 kat pasar malam tapi takpelah next time boleh naik cameron lagi 😄 ewah dah niat tu 😄











Dekat sini makanan luar tidak dibenarkan bawa masuk so kalau datang sini bawakla banyak sket duit sebab harga makanan memang standard orang kaya 🙄 , ada kuih , kek , pastry , macam2 jenis air dengan makanan2 lain pastu ada kedai jual macam2 jenis teh dengan cenderahati macam mug






So sepanjang jalan cari ladang teh boh sungai palas tu nampak anjing jugak lagi2 bila semakin turun ke tapah yelah mungkin kepunyaan orang2 asli tu kan kemudian ada perarakan ape ntah masa kat tanah rata tu jalan jadi sesak memang jemlah jalan kan



Masa pertengahan jalan ke tanah rata tu hujan turun manja2 gitu kabus memang sentiasa ada aku yang tengok ni doala kan jangan hujan lebat atau kabus tu tutup jalan takut oiii kang jadi macam cite nightmare pulak kalau jalan ditutup kabus perjalanan pun nanti jadi lambat sebab kena hati2 kan 😁




Tapi Alhamdulillah perjalanan kami smooth je tak habis2 doa dalam hati semoga perjalanan jadi lancar so kita jaga hakNya insyaAllah Dia jaga hak kita jugak tak gitu? 😍



So masa turun area tapah tu nampak gerbang masuk taman sedia yang ada sambal strawberry tu tapi kami teruskan perjalanan takpe nanti singgah lain kali 😄 so kalau nak ke taman sedia tu ikut jalan tapah je sebab akan jumpa taman ni dulu sebelum terus ke ringlet , brinchang , tanah rata tu

Sepanjang turun area tapah tu jalan mula berbelok2 so nampak je moto2 besar kona baring 😄 hish risau aku tengok 😄 so encik suami mula laju bila jalan tak berbelok dan alhandulillah kami berjaya turun ikut tapah masuk lebuhraya jam 7.26 petang 😅



Dulu family aku pernah menginap di hotel muslim sebelah raudah ni area tanah rata tapi dah tukar nama ke hotel madani


Sekarang ni dah banyak kedai2 dengan bangunan2 baru kat cameron semakin pesat dah tapi aku harap ekosistem hutan hujan masih dapat dikekalkan 😘

Begitula plan tetiba aku so tak banyak la tempat kami stop cuma menghayati alam sekitar dengan layan udara sejuknye je 😄
Singgah sekejap di Lata Iskandar just ambil gambar dengan video sket


Sampai rumah layan mentor je sambil makan malam 😃
Memang seronok sesekali buat plan tetiba camni kan hehe 😄
Memang keje gile di hari ahad haha
Pastu ada hati nak ajak encik suami buat keje gile lagi ke 1 tempat ni 😄 bukan 1 je rasenye banyak lagi plan gile2 bakal menyusul hahaha  😄

Oklah sekian dulu nanti aku update gambar full pulak storage tepon ni hehe 😃



Wassalam...