Saturday, 11 May 2019

BORAK SANTAI SAJA 😊


Hi korang
Selamat berpuasa hari ke 6
Yang berpuasa tu semoga dapat bertahan ok
Sambil2 tu banyakkan zikir untuk mendapatkan pahala di bulan ramadhan ni

So aku macam biasa
Bila ramadhan tiba tugas2 memasak jadi lebih lagi
Sampai aku tak tahu nak masak apa weh
Tu yang pi jenguk bazar ramadhan tu hehe
Tapi sebenarnya masak sendiri lagi puas hati
Tapi tu lah nak memikir hari2 masak apa tu yang jenuh jugak tu
Bazar ramadham la jadi pilihan sudahnya ha ha


Gambar ni sebelum ramadhan lagi
Kebetulan tengah jalan2 kat mall ada persembahan kanak2 menyanyi
Kami pun bentila kejap tengok
Sekali tiba2 ada benda alah ni muncul
Encik suami tu aku tahula nak bergambar tapi beliau ni jenis segan
So yang tak segannya aku la muahahaha
Aku la yang ambikkan gambar ni
Tiba2 je jadi suka camtu ewah aku jugak yang tak dapek nak bergambar ha ha sebab tiba2 pulak aku malu nak bergambar ewah terbalik pulak hehe 
Mesti jangkit rasa malu dari suami aku la tu tiba2 pindah kat aku haha


Laksa sarang ni aku makan masa ada festival makanan
Aku lepas tawaf 1 kawasan tu tengok ape yang ade pilihan aku mesti laksa jugak
Memang aku hantu laksa pun
Encik suami mulanya nak makan nasik pastu tengok2 beliau ambik laksa jugak haha 
Layan la makan bawah khemah situ


Macam menarik aiskrim kelapa ni tu yang nak cuba rasa okla sedap jugak tapi yang habiskan encik suamila sebab aku mudah kenyang


Aku suka kalau jalan2 kat mall nampak buah yang dah siap2 potong camni senang nak ngap je hehe tapi balik basuhla dulu kan


Masa ni aku gi jenguk pawagam tapi kat luar je la sebab ramai cakap cerita upin ipin yang baru tu best tapi aku tak masuk tengok pun saje tibe2 sampai situ pastu gi jalan2 je kat mall cari tempat makan lagi best hehe


Encik suami test spek ni aku yang suruh nak tengok camne rupe pakai benda alah ni hehe dah macam pelik pulak aku tengok haha encik suami plak melayan je peel binik tingtong dia ni kihkihkih
Maaple kadang2 aku ni peel tak tentu jugak
Biasala perempuan banyak peelnye ye kan? haha


Masa ni sarapan pagi
Ade sekali tu lalu kedai makan ni nampak cam best je so simpan hasrat nak sarapan sini sebab aku memang suka sarapan pagi jadinya bila cuti jomla bang kita sarapan sini walaupun bagi encik suami hari cuti adalah hari tido sedunia tapj bagi aku tidak boleh ye hahaha mesti berpagi2 jugak bersarapan ha ha


Bahagianya bila bersarapan pagi santai2 macam ni tak tergesa2 


Laksa dengan burger 
2 makanan yang cepat dibeli dan dimakan hehe


Ni aku buat puding kastard untuk berbuka
Lapisan pertama hanyalah tepung kastard , garam , air , gula , susu pekat manis


Lapisan kedua
tepung kastard , susu cair , susu pekat manis , esen vanila , merah telur , gula merah
Kalau ada koktail buah boleh masukkan pada lapisan pertama tadi baru tuang lapisan kedua tapi aku lupa nak beli so macam ni je lah sedap makan sejuk2


Ni aku singgah bazar ramadhan seberang jalan rumah aku
Ambik nasi ayam kak wok , kerabu mangga dengan beli murtabak ayam cheese dengan daging
Alhamdulillah kenyang


Ni masa aku atas eskelator nampak ni
Nanti nak cubelah


Masa ni menu berbuka hari ketiga
Senang je juadah berbuka aku
Cucur goreng dengan masak ayam kicap dengan rendang ayam

Alhamdulillah dengan rezeki2 makanan2 nk
Syukur selalu 

Okla korang aku ade keje nak buat ni
Nanti sambumg pot pet lagi ye hehe
daaaa wassalam...

Sunday, 5 May 2019

MAKAN MALAM HAPPY RAMADHAN



Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak korang esok😊

Lame kan aku tak menaip 
Entah ape yang aku sibukkan pun tahla
Tapi aku rasa memang aku sentiasa sibuk
Rindu nak pot pet pot pet kat blog kesayangan ni
So marila borak jap walaupun mata sudah pedih2 nak tido

So malam aku tak masak
Selalulah blur nak masak ape
Akhirnya dalam pada aku melangkah ke dapur konon nak masak nasi terus patah balik duduk kat meja makan fikir2 jap terus ajak encik suami makan kat luar hehe
Kata lusa dah berpuasa so jom kita makan2 kat luar je nanti puasa nak teraweh lagi kan 


Aku order Chicken Parmesan lepas belek2 buku menu baca 2,3 kali tapi masih lagi tak tahu nak makan ape ha ha memang itu masalah aku kalau makan di luar tapi menu ni sedap walaupun takde nasi boleh je tambah nasi macam aku tambah butter rice makan dengan chicken parmesan ni fuhh Alhamdulillah sedap pun sedap 😘👍


Nasi lemak Ayam Crispy encik suami order
Rasanya oklah sedap
Ayam goreng dia memang rangup sedap 😘


Butter Rice ni memang sedap tah resepi ape restoran ni pakai rase macam aku tak pernah guna bahan2 dia
Licinla makan dengan chicken parmesan tadi tu


Sedap air honeydew ni
Air sampai dulu jadinya asyik makan je air ni sebab ape makan bukan minum haha sebab air dia macam salji tu yang makan 1 sudu ke berapa sudu tah rasa macam kenyang dengan air je pulak 🤣


Dek ramai pengunjung malam ni so bersabarla tunggu hidangan sampai
Mata encik suami sudah kuyu nak tido ha ha
Aku pulak asyik menguap je kejenye
Sampai tinggal aku dengan encik suami je kat ruang tu macam kami je sewa 1 ruang yang besar tu hehe
Dengan lagu2 sentimental teringat cerita korea yang sewa 1 tempat makan semata2 nak lamar kekasihnya tu haha
Mimpilah 😄
Bolehla berangan kejap sementara tunggu hidangan lengkap tiba 😅


Balik makan malam terus masak puding kastard koktail ni
Bolehla buat makan berbuka lusa 😄
Senang je masak cara aku

Masak susu cair , air , gula melaka sampai gula melaka larut
Masuk tepung jagung yang dilarutkan dulu ke dalam susu cair tadi
Kacau2 sampai menggelegak kejap tutup api tuang dalam bekas yang diisi dengan koktail buah2an
Tunggu suam jap baru masukkan dalam peti ais


Bila mode rajin terus aku kemas2 meja makan jadikan ruang menonton sekali
Senang sambil makan sambil layan tv 😄


Wassalam


Wednesday, 3 April 2019

BERPAGI2 SANTAI DI SECRET RECIPE



Cerita hari jumaat yang lepas2 ha ha
Maapla aku kemalasan nak menaip blog
Mungkin idea nak membebel terbang ntah pi mana hehe
So ceritanya pagi2 hari tu aku ajak encik suami gi secret recipe
Konon nak layan makan kek 
Sekali lain pulak yang diorder hehe


Air ni encik suami yang order
Share je sebab aku selalu minum tak habis
So kalau agak2 tak cukup bolehla order lagi
Tapi cukup je yang penting tak membazir hehe


Pagi2 memang layan perasaan mengantuk
Awal2 pagi dah kena teman bini hehe
Sebab bini suka keluar awal2 pagi
Rase fresh , tenang , aman , harmoni
Gituuu hahaha


So aku order Asam Laksa
Sebab bunyik macam laksa
Dahla aku ni hantu laksa
Bila rasa asam laksa ni ok la
Bolehla layan pagi2 hehe


Muka masih mengantuk tapi dah tercongok kat secret recipe hehe


Menu encik suami
Nasik dengan beliau bak irama dan lagu haha
Tapi grill salmon tu sedap


Sebelum makan biaselah hehe
Dah faham sangat hobi si binik
Sebenarnya binik dalam mode mengantuk tapi nak keluar
Gitula jadinya hehe


Malamnya ada pasar malam
So tapau beli nasik ayam dengan roti kebab
Roti kebab tu pedasssss 🤤
Mungkin banyak letak lada hitam
tapi licin jugak makan
Memang ajaib 🤣

Aku taip ni jam 1 12 pagi
Esok pagi nak puasa rejab
Esokkan hari israk mikraj
Jomla kita pertingkatkan amalan kebaikkan
Ok tido dulu nanti nak sahur
Wassalam....

Sunday, 3 March 2019

KARNIVAL HARI KETIGA DI MAPs



Sempena Karnival Maps @ Movie Animation Parks ni aku terjah sekali lagi sebab bulan March ni masuk adalah PERCUMA 😍
Nak main permainan dalam tu je kena bayar
Tu pun kalau korang nak main
Selebihnya tempat2 makan yang tak murah jugak tak mahal sangat2
Sesekali bolehla layan

Tapi aku makan dekat khemah2 karnival tu je sebab harga pun okla bagi aku yang tak kaya macam korang 😉
Janji sedap kat tekak aku hehe

Wefie sket seronok sampai untuk kali kedua 😍

Cuaca panas sempat je senyum 🤣
Panas macam dalam oven dah ni so cepat2 cari tempat redup ha ha


Asteroid Attack
Nak naik ke tak? Naik ke tak?
😅


Time tengahari lepas makan memang time tido haha 😄


Asteroid Attack ni aku tengok ramai je beratur naik haha
Korang memang beranilah berbanding aku yang nak pikir 1000 kali ni 🤣🤣🤣


Aku ambil gambar je ok tak naik pun haha jangan ingat aku naik pulak 🤣


Dalam perjalanan ke kawasan permainan
Luas tasek sini
Time tak panas berangin je
Best 😍👍


Jom makan lapaq dah ni ha ha 😉


Aku order laksa RM4.80
sedap 😍👍
Air aku order sirap selasih
segar je rase


Nasi Tomato Ayam Beriani RM7.80
sedap
menu encik suami order
Air lemon pudina RM2 pun sedap , segar je minum time cuaca membahang


Makan tengahari kat sini
Aku order laksa RM4.80 encik suami order nasi tomato ayam beriani
Memang sedaplah 😍👍
Hargai sangat bila penjual jual makanan seikhlas hati
Semua sedap


Yeayy dah sampai pun maps ni 😍
Orang dewasa bila datang tempat ni terus karakter akan bertukar menjadi kanak2 riang haha 😄
Ke aku je? ha ha


Encik suami awal2 dah surrender bila di tanya nak naik tak asteroid attack ni 😄
Aku pun tak pasti tahap keberanian aku nak naik permainan ni ha ha
Betul ke aku berani?
Nanti aku pikir 1000 kali dulu 🤣🤣🤣


Mata masing2 jadi kecik bila bergambar time cuaca panas 😅


Aku pun tak pasti kenapa aku datang sini time tengahari dahlah panas payung pun tak bawak pastu encik suami pun lupa bawak topi makanya layankan aje la kepanasan kat situ adeh 😂

Tuesday, 26 February 2019

JALAN2 DI AEON MALL DAN GHOST PEPPER TWISTER




Hai Korang 🙋‍♀️
Aku taip ni jam 4.30 pagi
Aku tertido awal pastu terbangun dekat jam 4 pagi
So buat ape yang patut 
Pastu mata dah segar bugar ha ha
Mehla update sebab ade gambar 😄

Malam tadi aku dengan encik suami ke Aeon Mall
Saje je buang2 masa kat situ hehe
Last2 tak beli ape pun terus keluar gi makan malam
Nak makan malam pun jadi masalah sebab tak tahu nak makan kat mana ha ha
Last2 hmmmmmmm masuk KFC je 🤦‍♀️😄


Masa ni dekat jam 10 malam
Aeon Mall tak lama nak tutup
Aku lalu tepi kedai roti nampak ni
Ish sedap ke roti ni
Tengok je la tak beli pun ha ha


Aku order set ayam , cheezy wedges dengan fries
Air memang aku tukar milo taknak ais
Air gas memang aku tak berapa nak layan sangat
Layan bila teringin je
Banyak tukar ke milo tanpa ais
Lagi sedap 😗

Masa nak order pun aku amek masa sket sebab aku selalu blur2 tak tahu nak makan ape haha
Time nak pilih menu la time aku tak suke sebab kena fikir2 
Mesti staff amek order tu kutuk aku diam2 ha ha
Nak pilih menu pun susah ke? 😄
Menciklah 
Sebab aku tak suke buat orang tertunggu2
Walaupun sekadar amek order aku
Kang aku bangun gi amek sendiri kang haaa 🤣


Abam cuba menu terbaru KFC ni 
Namanya GHOST PEPPER TWISTER
Aku rasela jugak sikit
Okla boleh layan tekak aku ni
Ape je tekak aku tak layan?
Tolak kayu , batu serta menu haram je ha ha


Twister ni boleh beli set atau ala carte
Ala2 cam kebab jugakla
Tapi kebab arab lagi lah sedap 😄

Oklah aku stop dulu
Dah jam 5.18 pagi
Esok pagi aku dengan encik suami ada urusan sikit
Tapi pagi esok aku nak sarapan menu favourite yummy 
Ce teka apekah ia? ha ha 
Daaaaa 🙋‍♀️😍