Friday, 30 October 2020

SARAPAN DI IMPIANA HOTEL IPOH

 


Alhamdulillah pagi ni aku dengan encik suami gi sarapan di Impiana Hotel Ipoh , sekepala RM15 makanlah sampai kenyang dari jam 8 pagi sampailah 10 pagi hehe 😘


Encik suamila gi amek makanan 😄 aku kalau dah duduk makan pulak santai2 memang idakla nak rajin bangun gi amek kikikiki 🤣 



Menu pagi Jumaat ni Nasi Lemak Ayam Kari , Sotong Goreng Sayur , Mee Sup , Lontong , Omelette , Tomato Grill , Sosej Grill , Buah Tembikai dengan Tembikai Susu , Pau Kaya , Kacang , Kopi , Teh , Mango Juice 👍Alhamdulillah sedap2 semua



Bihun sup ni sedap encik suami kata 😘 aku tak amek pun sebab dah amek nasik lemak hihi memang sarapan orang kampung je perut aku ni 😄




Makanlah kami sampai 5 minit nak jam 10 pagi baru kami keluar hehe mengah nak habiskan tak baik membazir 😄






Cafe sebelah kolam renang je , nak makan di dalam boleh kat luar pun boleh tapi aku makan kat dalam saja layan aircond 😄


Dari tepi tingkap boleh nampak kolam renang kat luar tu , memang ada yang turun mandi budak2 pun ada

Dah kenyang mohle beredar sambung zZzZzZ 😄 encik suami la aku tak kikikiki....Sekian dulu ye daaaa 😍

 


 



 

Saturday, 24 October 2020

MAKAN MALAM @ 21 GRILL



Malam ni aku tak masak 🤣🤣🤣 adoi tu la kan buntu lah nak masak ape hari2 aku jenis malam nak makan ringkas2 je tapi encik suami wajib menu nasik dah aku jugak kena masak pastu mana boleh aku tak makan sekali hahaha dah bila nak ramping macam model? 😃 Oklah jadi aku ambik keputusan gi 21 grill je hehe jom layan menu di situ 😘

          BRIYANI LAMB + FRIES + DRINK x 2 CUPS

RM32.90







 CARAMEL MACHIATO COFFEE SPECIAL

RM9.90

 

 

PART 10 : TRIP BIRTHDAY ISTERI2 TXCJ @ CAMERON HIGHLANDS

 


Sampai je di Ladang Teh Sg Palas lepas parking kami naik bas sekolah ke cafe atas hehe dulu takde perkhidmatan ni tapi masa aku gi tu dah ade takle penat nak menapak ke atas kan lagipun percuma je , kami lepak2 order air teh dengan pastri ayam & coklat sedap 😘👍lepas tu bergambar je lah sebelum turun menghala ke simpang pulai , Alhamdulillah cuaca bagus , jalan lengang , tak sesak senang kami nak ke mana2 sepanjang percutian kami dari 16 okt 2020 - 17 okt 2020 😍

  























             Alhamdulilah lepas santai2 di Ladang Teh Sg Palas kami bergerak turun singgah di surau solat semua terus turun ke arah Simpang Pulai , apa yang boleh aku simpulkan aku bersyukur sangat2 sebab Allah S.W.T permudahkan percutian Hari Lahir aku bersama kawan2 aku Qilah & Eqa 😍 sebab sebelum tu setiap hari aku berdoa semoga percutian kami menjadi kenangan yang manis tanpa sebarang masalah dan berjalan lancar , memang seronok sangat percutian pada 16 okt 2020 - 18 okt 2020 😍 dalam masa sama kita jaga kita tetap kami jaga ikut segala s.o.p dan yang paling penting hak Allah kita jaga terutama solat , kita jaga hak Allah insyaAllah Allah jaga kita dengan melancarkan segala urusan kita 😍 Alhamdulillah.....💖

PART 9 : TRIP BIRTHDAY ISTERI2 TXCJ @ CAMERON HIGHLANDS

 


Pagi ni kami tak plan ke mana2 pun hanya habiskan masa dalam homestay sebelum check out jam 12 , sarapan pagi qilah dengan suaminya turun gi beli nasik lemak & kopi o panas pastu kami panaskan lebihan lauk2 steamboat semalam makan dengan nasik lemak hehe mana nak dapat sarapan nasik lemak steamboat kan 😄 pastu aku hidangkan jugak parmesan cheese cake dengan durian crepe tu pastu lepas makan rehat2 jap sebelum sambung tido hehe tapi aku dengan encik suami turun gi merayau2 sekitar perumahan Cameron Jaya bergambar serba sedikit dalam suhu sejuk bestnya lah 😍












Lepas bergambar balik homestay dorang masih layan tido sebab masih awal lagi hehe aku terus kemas2 beg sebab jam 12 nanti nak check out , lepas check out kitorang terus menghala ke brinchang sebab Qilah nak shopping sayur hehe mana lagi kalau tak Kea Farm tapi aku dengan Eka terus ke tempat seterusnya kami tunggu Qilah di situ , jom ke part seterusnya hehe 😃