NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk Bumi dapat melihat imej bulan yang paling besar sepanjang tahun ini semalam.
Keadaan itu berlaku apabila kedudukan bulan paling dekat dengan Bumi pada jarak 357,000 kilometer.
Posisi tersebut adalah 24,600 kilometer lebih dekat daripada purata jarak Bumi dengan bulan.
Saintis Balai Cerap Tentera Laut AS, Geoff Chester berkata, pada
kedudukan tersebut, bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar daripada
biasa.
"Namun, anda sukar mengesan perbezaan ini dengan menggunakan mata kasar," kata Chester.
Menurutnya, fenomena itu yang dinamakan adibulan, akan menyebabkan
kejadian air pasang besar ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat.
Namun, beliau menolak mitos Barat yang mengaitkan fenomena adibulan
dengan peristiwa luar biasa termasuk ramai orang akan menjadi kurang
siuman dan bencana alam akan meningkat. - Agensi
(sumber :kosmo)
di Taman Papago Phoenix Amerika Syarikat...dekatnyela bulan tu cam leh pegang jek..
patutla semalam time keluar terdetik je hati bile tgk bulan tersangatla besar macam dekat sangat dengan bumi...cahaya dia terang dari biase....fikir macam2 je time tu heee :)
No comments:
Post a Comment