Assalamu'alaikum....jom kite baca tajuk panas hari ni...panas22222..
terlampau cerdik sampai menyimpang dari Al Quran & Sunnah.....sila bertaubat banyak2....
KDN haramkan buku Irshad Manji
25/05/2012 3:00am
KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku
tulisan Irshad Manji bertajuk ”Allah, Kebebasan dan Cinta” dan versi
Bahasa Inggeris ”Allah, Liberty and Love” kerana mengelirukan orang awam
dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
Timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah
larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya ”boleh menggemparkan fikiran
orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.” Buku
itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), katanya.
"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan
bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus
kepada pluralisme,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap
Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar
kesucian agama Islam.
Selain itu, katanya buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.
"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat
fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan
bahasa malah lebih dari lima kali sehari,” katanya.
Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada
orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.
Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan
penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi
hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan
al-hadis. — BERNAMA
benarlah Allah mengatakan dalam Al Quran...manusia itu asalnya dari air yang hina tiba2 mereka menjadi penentang yang nyata...alangkah HINA nya mereka itu dan tunggulah balasan dariNya jika mereka tidak bertaubat padaNya.......
sesak hati dengan masalah ummat manusia sekarang...terlampau cerdik sampai sanggup membuat logik akal sendiri tanpa berpandukan Al Quran dan Assunnah....
benarlah Allah mengatakan dalam Al Quran...manusia itu asalnya dari air yang hina tiba2 mereka menjadi penentang yang nyata...alangkah HINA nya mereka itu dan tunggulah balasan dariNya jika mereka tidak bertaubat padaNya.......
breakfast Bihun Tomyam sambil memikirkan masalah manusia2 yang berani2 menentang hukum Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment