Monday, 21 May 2012

kongsi2 pengetahuan...

hmmm korang2 pernah dengar tak mane2 ceramah atau mane2 ustaz atau mane2 bacaan ade bercakap tentang perempuan yang pakai tudung tp mcm nampak bonggol kat atas kepala dia.....Nabi bersabda....Allah melaknat perempuan yang meninggikan rambut seperti bonggol unta.....zaman baginda belum ada perempuan2 yang buat camtu tp Nabi bersabda di akhir zaman akan ada......




 Sabda Rasulullah s.a.w. : Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun  ” (riwayat Muslim) 

 

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) Hadith - Sahih Muslim, #6840, Narrated Abu Hurayrah







Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-




so ce tgk di persekitaran kita...berapa ramai perempuan2 yang kita tgk pakai tudung tp dengan sengaja meninggikan bahagian belakang rambutnya mcm bonggol unta???..ramaikan...so bertepatan dengan sabda baginda tu...tak tahu la dorg ni tahu atau sengaja buat tak tahu atau tak tahu......takutnye laaaa sebab setiap kali cekmi tgk terus teringat sabda baginda......nak tegur aiseh camne ek...kang terasa plak....tp harap2 suatu hari nanti mereka2 ni sedar la sendiri...tak pun belajarla ilmu agama lebih lagi kan....memang cantik tp cantik dengan cara dilaknat Allah..mahu kah???...Na'uzubillahiminzalik.....

No comments: