GAMBAR Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004.
salam semua...
sekadar berkongsi td terbaca kat kosmo kejadian di atas ni....
tgk betapa keciknye planet Zuhrah berbanding matahari.....apatah bumi yang kite diami ni???....Maha Besar Allah....
GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji
astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi
matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.
Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk
Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.
Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains
Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil
transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.
Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan
mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus
universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai
menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.
"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet
Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke
planetarium," ujarnya.
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.
Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik
berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama
enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata
gerhana.
td gi Romantika ngan cik yong...dari nak cuci mata terus cuci dompet sekali hahaha...then balik tu terus gi kl sentral jap then balik umah...eh lapo la plak time nih..mane encik somi belum balik nih (7.59 malam)..jap gi nak kuar plak...hmm makan mane plak mlm ni kan...:)
No comments:
Post a Comment