LONDON: Seorang lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan
boleh bercakap lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu
lintas di sebuah sekolah.
Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.
Tetapi, selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce, 70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: “Saya gemar berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat ketika pergi dan balik sekolah.” Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah Sarjana Muda, tujuh Ijazah Sarjana dan lancar bercakap bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Russia.
Berry yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula
bekerja sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu
terluang sebelum menjadi penterjemah.
Bruce menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar.
“Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana,” katanya.(sumber metro)
time baca ni rase terpukul sebab sangat jeles dengan kelayakan2 yang beliau ade jika nak dibandingkan dengan diri ini.....
jika beliau boleh mengapa tidak kita???????.....fikir2kan (pesanan dan galakan untuk diri sendiri jugak)
jika beliau boleh mengapa tidak kita???????.....fikir2kan (pesanan dan galakan untuk diri sendiri jugak)
2 comments:
Beliau lbh mementingkn kepuasan diri....:-)
salam kenal
salam sal...:)
a'ah kan...bukan senang ade org camni...tabik tul...
Post a Comment