Friday, 28 February 2020

TENGAH2 MALAM CARI KEJE 😄



Bayam Brazil ni mak aku yang tanam kat kampung
Pastu aku ambik sikit tanam kat umah aku pulak
Senang je dia tumbuh
Cucuk batang daun tu je senang kan? 
Banyak kali dah aku masak2 
Ni aku nak tanam lagi 2 pasu pulak
Yelah takde la asyik ambik kat 1 pasu je kan 😄
Jadi keje pulak tengah2 malam aku ni hehe
Layannnn 🤣




APOM NASI 😘



Idea nak masak apom ni tibe2 je 😃
Tengah2 malam rajin pulak aku selongkar almari nak cari acuan2 apom tu kan 😄
Pastu basuh pulak satu per satu hehe
Bila mode rajin on memang camni la aku
Cuba mode malas on? 🤣
Acuan2 ni mak aku yang bagi
Maklumla masa muda2 dulu mak aku memang rajin masak kuih muih ni
Tapi sekarang dah tua2 bagi kat aku la pulak 😄
Tu pun berabad baru aku nak masak apom ni hehe



Aku kisar je 2 cawan nasik dengan 3 cawan air
Pastu tambah 3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
Setengah peket yis mauripan serbuk tu
gula 1 cawan
Perap 1 jam atau hingga esok





Alhamdulillah siap dah pun dekat jam 1 pagi 😄



Dah masak terus supper je lah 😄
Dulu2 aku selalu supper masa duduk asrama
pastu stay up masa kat kampus
tu yang dah terbiasa nak makan2 waktu2 camni 😄

Oklah sekian dulu
Aku nak layan cite Saka Sisters ni
Biaselah aku bukan jenis tido awal 😋
Taip pun sambil baring2 layan cite tu
jap lagi sambung Kiah mai pulak 😄👍
Daaaaa 💕

Thursday, 20 February 2020

PISANG TAK MASAK



Al kisahnya suami aku bawak balik pisang ni
Pisang ape ntah maaple aku memang fail bab nama2 buah pisang ni hehe
yang aku tahu pisang emas dengan pisang tanduk je 😃
bestkan ada kebun pisang 
mesti aku rajin guna pakai untuk masak2 
berangan nak ada kebun sendiri
tapi takut hangat2 tahi ayam je 🤣
Sudahnya beli je lah ha ha


Lepas biar atas meja selama 2 hari 
aku pun buat keputusan buat kerepek saja lah
potong nipis sikit rendam dalam air garam
gaul dengan kunyit dan juga garam
terus goreng dalam minyak panas



Aku goreng untuk aku makan je
lain2 tu aku masuk dalam peti ais
esok goreng lagi sedap makan masa panas2
cicah sos cili ke sos keju ke mayonis ke
layan je 😘


Video aku masak
alih2 pakai sudu je sebab kuali kecik
malas aku pakai senduk panjang tu
aku kan suka simple2 je
pemalas pun iye muahaha 😄
sape cakap aku rajin tu silap besar la haha


Aku rajin ade mase2 je
Banyak lagi tak rajin 😄
Maklumla sedang hibernasi je sekarang 😄
tunggula masa aku rajin nanti
24 jam pun tak cukup TAU 🤣

Oklah aku sebenarnya tadi sakit gigi
rasanya gigi aku ada berlubang sikit
aku kumur2 air garam je pastu sapu ubat gigi kat pipi yang gigi rasa sakit tu
Ajaib betul tak lama rasa dah ok 
tu yang aku boleh menaip ni haha sambil borak dengan cik farah pun tak tido lagi tu 
jam dah 2 23 pagi ni 😄

Oklah nanti borak lagi ye
daaaa...🙋‍♀️💕

Sunday, 16 February 2020

MAKAN MALAM DI RESTORAN HADRAMOUT



Malam ni aku rasa macam nak makan makanan ala arabian sebab dah takde idea nak masak ape hehe 😄bila encik suami balik je solat maghrib terus kitorang keluar tapi kami ke billion dulu beli barang2 dapur untuk masak sarapan pagi esok , masak ape? tungguuuu 😃


Lepas beli belah sikit kami terus ke restoran arab ni
Ramai jugak pelanggan hari ni
tapi takpe aku suke je ramai2 ni meriah sikit 😄💕


Lepas pesan menu tak lama air ni sampai dulu
Suami aku pesan air arab mint tea aku pulak pesan air cappucino panas
Dua2 sedaplah pada tekak aku 😘👍
Ada jugak puding karamel ni terus layan makan pencuci mulut dulu 😃


Puding Karamel yang sedap takla manis sangat jap je licin kami makan sementara tunggu pesanan2 lain sampai 😘
Belakang aku ada keluarga cina ni aku dah macam...yelah dengan macam2 berita sekarang ni kan...


Lepas tu sampai Kebab Ayam dengan daging ni
Sedap 😘👍💕


Salad Timun Tomato
Sedap dan segar 😘👍


Tak lama lepas kebab tu sampai hidangan nasik arab dengan ayam pun tiba
Makanlah kami sampai kenyang tu pun tak habis 😄 minta tolong pelayan situ bungkuskan hehe
Alhamdulillah puas hati makan kat sini 😘👍💕


Pisang ni encik suami bawak balik bos beliau bagi
pisang pun tak masak lagi aku tak fikir lagi nak masak ape 😃 esok2lah fikir hehe

Good Night 🙋‍♀️💕

Thursday, 13 February 2020

MELAWAT MUZIUM PADI ALOR SETAR



Balik je dari Keriang Hill tu kami dengan adik sekeluarga singgah jap di Muzium Padi
Sebab mak aku yang sungguh2 suruh gi tengok peralatan menuai padi dulu2 😃
Nama je orang Kedah tapi ni lah pertama kali aku gi muzium padi ni hehe 😄


Ok mak kami dah sampai 😍


adik aku sekeluarga depan pintu masuk muzium


Ape kaitan singa ni dengan muzium padi eh? ataupun sekadar replika 😃 gitu aku cuba mencari sebarang kaitan antara keduanya muahaha 🤣


Dah alang2 kan layan ajelah 😃


Macam betul2 je pemandangan tu 😍👍


Dekat kawasan sini lantai akan pusing perlahan2 sambil tengok pemandangan lukisan macam betul kat belakang tu 😍 
ada jurufoto jugak kalau nak bergambar bayarlah RM10 adik ipar aku belanja 😍💕
aku tak nak asalnya maklumlah dah remaja purba ni aku dah malas nak bergambar sangat 😂


Agaknya begini rupa kami kalau bertani dulu2 kan 😄



Dalam muzium 😎


pelbagai jenama dan gred beras ada dipamerkan 😎


Bedak ni aku pernah pakai dulu 😘


Cenderahati Muzium Padi gambar dengan kalender di belakang 💕😍

Lepas keluar kami lepak kat pondok di luar layan makan aiskrim jap 😄 pastu baru balik...sekian dulu 🙋‍♀️

Sunday, 9 February 2020

CUTI THAIPUSAM BALIK KAMPUNG JELAPANG PADI



Al kisah hari cuti thaipusam lepas aku balik kampung aku di Alor Setar dengan adik lelaki aku dan keluarganya
( ewah rasa macam tengah tulis karangan pula 😃 )

Adik aku singgah rumah aku jap pastu kitorang gerak ke Alor Setar sampai je di Sungai 2 adik aku tanya nak singgah makan kenduri ke? aku pun kata jomlah gi kenduri rumah mak menakan sepupu anaknya yang lelaki kawen lagipun dah lama aku tak jumpa mak menakan sepupu aku tu aku ingat lagi beliau pernah ikut keluarga aku gi bercuti ke Pulau Bidan masa aku darjah 1 ke 2 camtu lepas beliau kawen kami dah jarang2 jumpe 😃


Anak buah aku Ammar ni dah pandai nak bervideo call tu 😃 tak sabaq tunggu mak ngah comelnya ni balik muahaha 😄
Elok sampai kampung je peluk2 aku lepas rindu 😃
I'm so touching you know 😄


Suami aku dengan Aydan
anak adik lelaki aku 😍


Sebelum bertolak jom swafoto jap 😃


Makan kenduri jap 😃



Bersama ikmal dan addina
Semoga berbahagia sehingga ke Syurga
Aamiin... 😍💕


Sepupu aku Abang Adi dan keluarganya 
Dorang sampai dulu
Tak sempat aku jumpe 😃


Abang aku dengan mak pak pengantin dan pak menakan sepupu 💕


Sekarang ni aku makan dengan mata bukan dengan perut 😃 sebab tu mak aku kata aku semakin kecik muahaha aku tak diet ok cuma aku cepat kenyang bila makan dengan mata hehe


Masa ni lepas makan kenduri 😃
lepas makan tau lah apa jadi ha ha



Bila orang KL jumpa orang Aloq Setaq 😍


Adam anak buah pertama dah besar dah dia suara pun dah nak macam orang dewasa dulu duduk asrama tapi dah duduk semula dengan keluarga 😄


Arif macam biasalah kalau tak disuruh pandang kamera asyikla dengan game hp nya tu ish2 budak2 zaman sekarang 😃


Sibuk je 2 pupu ni buat kerja 😄
Ade2 je yang dikerjakan 2 budak kenit ni haha
Ammar & Aydan 😍💕




Main khemah2 pulak abang aku pasang depan rumah
kononnya nak tido situ
tapi ntahla sape yang tido situ malam tu 😄



Masa ni tengah makan
Aku ambik sikit ja agak2 boleh kenyang
tapi memang kenyang pun 😄