Saturday 1 February 2020

JJCM SAHABAT SELAMANYA 1.0 @ RAINBOW PARADISE BEACH RESORT PENANG



Pada 18/1 lepas aku ke Penang sebab dah pakat dengan sahabat2 lama aku jumpa kat sana , lama kami tak jumpa selepas habis belajar kemudian aku berpindah pulak rindu rasanya nak borak2 macam dulu 😃


seawal pagi tunggu kat stesyen ets kan memang muka mengantuk lagi pagi2 hehe 😄

Destinasi pertemuan kami di Rainbow Paradise Beach Resort Penang
RM150 semalaman
Bilik 1804
Tingkat 18
tinggi kan? tapi best sebab nampak laut dari balkoni bilik 😍

Pagi tu aku bertolak ke Penang dengan naik ETS jam 10.48 pagi dari Ipoh sampai Butterworth jam 12.29 tengahari sahabat aku Rin datang ambil , sahabat aku sorang lagi Farah sampai awal sikit dari aku kemudian kami terus pergi makan tengahari dulu di Masjid Terapung sebelum check in hotel jam 3 petang


Makan tengari di Masjid Terapung Tanjung Bunga Penang


Aku tak tahu kenapa aku order teh ais haha sebab dah lama tak minum ais2 ni mungkin sebab aku nampak meja depan pelanggan situ minum aku pun terorder 😄 sahabat aku Rin pun sama adoila hehe


Dah check in 😍
Jom naik bilik kami di tingkat 18
bilik no 4



Aku tak tahu semakin remaja purba ni aku dah malas nak bergambar sangat 😄 mungkin sebab gembira jumpa sahabat2 lama layan je la swafoto berlatar belakang lampu tido tu ha ha


Swafoto dekat balkoni bilik
Panas betul time ni 
belakang tu laut tengahari2 camni memang takdela lepak kat balkoni 😂


Petang2 atau malam2 baru best lepak2 dekat balkoni ni sejuk je mata tengok laut bawah tu 😎💕


SubhanAllah...cantikkan pemandangan kat bawah tu 😍 seharian pun aku sanggup duduk je kat balkoni kalau macam ni lah suasananya 💕


Bot2 membelah air di lautan menambah seri pemandangan kat bawah tu  😍




Katil ni kami cantumkan je rin tido tengah2 maklumla adik paling muda tapi dah anak 2 😄

 Dalam bilik kami duduk borak2 sambil minum teh o panas Farah buatkan dengan biskut2 yang kami bawak , banyak cerita yang nak diborakkan hehe 


Saat2 borak2 sambil minum teh o panas kegemaran kami bersama memang teringat balik zaman2 belajar dulu 😍💕 lagi2 minum panas2 dalam bilik aircond ya ampun best sangat ha ha



Swafoto dekat balkoni Rainbow Paradise Beach Resort 😍💕
Rin , Farah , aku
ex uitm 2000 - 2004


Dalam bilik 1804
Tingkat 18


Dah lepak2 bilik sekejap kami pun turun melawat kawasan hotel kat bawah sempat je swafoto depan lif hmmm...zaman sekarang kan layan je laaa 😄


tangga turun kat lobi
depan sana tu ada laut
memang cantik hotel ni
sesuaila dengan namanya Rainbow Paradise 😍


dah kat bawah 
jom tinjau kawasan yang cantik ni 😍💕


Ada kolam renang tapi kami tak sempat nak santai2 kat sini sebab nak ke tempat lain pulak maklumla sehari semalam je hmm tak cukupkan lain masa boleh panjangkan sikit 😄


Jalan2 tepi pantai depan hotel
masa ni memang panas tapi pemandangan memang cantik 😎💕


Dahla panas pakai pulak tudung dengan sweater merah ko rase? 🤣



Janji gambar cantikkan walaupun berpanas 😂💕


Suasana malam 😍


Depan pintu masuk Rainbow Paradise Beach Resort 💕

Malam kami berjalan ke Astaka Flamingo tempat makan2 Rin nak belanja malam ni , TQ Rin murah rezeki 😍


Farah dengan Rin order Jus Kedondong
Aku order Jus Lobak
Tapi percayalah jus kedondong memang sedap 😘👍
Aku ingatkan masam tapi tak masam pun 
Lain kali boleh order pulak 😃


Rin order Garlic Bread Sausage Cheese


Farah order Fish Picatta Set ni


aku order Grill Chicken Mushroom
sedap rasanya
Sebab rasa kenyang lagi
layan makan western food la pulak 😘

Balik bilik borak2 sambil tengok tv  kemudian lepak2 di balkoni tapi malam tak nampak sangat laut lepas kecuali kapal2 yang lalu


Kapal2 yang lalu nampak cahaya je dari balkoni kami
Sesekali angin bertiup masa kami tengah borak2
Damainya suasana 😍💕

Kemudian sambung tengok cerita seram tapi aku ni penakut sikit so aku tido dulu 😄


Hirup udara pagi 😍💕
Best betul duduk sini
Mendamaikan 💖


Kemudian kami turun sarapan santai2 sampai cafe nak tutup 😄 kalau ikutkan nak je kami lepak lama2 tapi ada lagi tempat kami nak jalan2 😍😎💕


Sementara tunggu rin ambik sarapan kita swafoto kejap ye cik farah 😄


aku keliling semua menu kat cafe hotel ha ha ambik sikit2 je tapi kenyang
pastu malas nak bangun 😃
Sedap2 menu hotel 👍


Hah dah cukup korum 
muka semua baru bangun tido 😄
dah subuh la tapi hehe


depan tu je laut 😍
bestkan 💕
Tenang damai je sarapan pagi kat hotel ni 💖



nak gerak dah masa ni 😃
hmm beratnya rasa hati nak check out
tak puas lagi nak duduk sini hehe


Dah siap semua nak keluar bilik dah 😎
Jom swafoto 📷


Nak check out dah
jap je macam tak puas lagi lepak sini kan 😃


Sementara tunggu rin uruskan perihal check out
apalagi aku dengan cik farah swafoto la lagi haha 😄


Cikgu Rin nun di kaunter sana 😍
Hai la sahabat sebilik time belajar dulu 
Dah 2 anak beliau 😊

kemudian kami teruskan jalan2 ke Ombak Damai kedai makan tepi pantai dekat Jalan Gertak Sanggul , Teluk Kumbar lepak2 makan2 borak2 pastu bergambar kat situ 
Bestkan hanya tu je aktiviti pertemuan kami 😍 rilek sangat


Jalan masuk ke Cafe Ombak Damai , Jalan Gertak Sanggul , Teluk Kumbar
depan tu je laut 😍💕










aku order Coconut Ice Cream 
Farah dengan Rin Coconut Shake
Kudapan Farah order keropok Lekor
Sedap2 semuanya 😘👍💕


Char Kuey Teow ni farah order 
Sedap katanya 😘👍


aku dengan rin order laksa
agak pedas pastu ade nenas
Nampak sedapkan coconut Ice Cream tu 😘👍

Masa check out Rin bawak kami ke rumahnya suami Rin siap buat Teh O panas dengan Pisang Goreng terbaiklah suami mithali tu 😄👍


Jumpa anak2 Rin maira dengan Uwais
Kemudian Rin sekeluarga hantar aku dengan Farah ke Penang Sentral
Lepas Salam2 berpelukkan kami pun berpisah kat situ balik ke destinasi masing2 

Harap masa2 akan datang dapat berjumpa lagi masa tu Farah pun dah kawen 😃👍
Nampaknya trip sahabat berkeluarga la pulak kan 😄

Sekian kisah reunion aku bersama sahabat2 aku di RAINBOW PARADISE BEACH RESORT 😍💕





































No comments: